Umum mengetahui portal Malaysian Insider sering memberikan laporan berat sebelah
terutama yang melibatkan kerajaan dan parti Barisan Umno (BN).Walaupun sering
mendakwa sebagai media portal yang bebas tanpa menyokong mana-mana pihak,namun apabila diteliti setiap laporan yang dikeluarkan pasti ramai yang dapat menilai
sikap dan pendirian yang mereka.Dahulu portal tersebut hanya dilihat sebagai media yang pro-pembangkang,namun
mutakhir ini laporan yang mereka keluarkan bukan setakat ‘berat sebelah’ tetapi sering
kali dilihat menipu dengan mutar-belitkan kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan
BN.
Terbaru,mereka cuba mengelirukan masyarakat khususnya rakyat Sarawak dengan
memutarbelitkan kenyataan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Namun apabila disemak,ternyata Taib Mahmud TIDAK pernah mengeluarkan sebarang
kenyataan seperti itu.Portal pro-pembangkang itu sebelum ini melaporkan kononnya Taib Mahmud ketika
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) Sarawak
telah menasihati sesiapa pun yang bakal menggantikannya harus memastikan politik
rasis Umno tidak masuk ke negeri itu.Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,Hajah Nancy Syukri ketika dihubungi menafikan sekeras-kerasnya laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut. Beliau yang
turut hadir di dalam perjumpaan tersebut berkata,Ketua Menteri langsung tidak pernah
berkata seperti yang laporan tersebut.
“Mana ada CM (Ketua Menteri) berkata macam itu.Beliau tidak pernah bercakap
sedemikian malah amat menghargai hubungan dan kerjasama baik yang terjalin antara
persekutuan dan kerajaan negeri”,katanya. Menurutnya lagi,artikel yang dikeluarkan itu jelas mempunyai niat jahat yang sengaja
ingin mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat.Mungkin atas alasan tersebut,Jabatan Penerangan Sarawak telah
mengeluarkan makluman kepada semua pihak media agar tidak membuat liputan
terhadap mana-mana program yang melibatkan Ketua Menteri.Ia mungkin bertujuan bagi mengelakkan sebarang percubaan pihak-pihak tertentu yang
sengaja ingin mengambil kesempatan dengan mencetuskan rasa kurang senang di
kalangan masyarakat.
"Sukacita dimaklumkan bahawa jabatan ini diarah oleh Pejabat Ketua Menteri untuk
memohon kerjasama supaya tidak menghantar wartawan,jurufoto dan jurukamera
pada sebarang masa untuk membuat liputan ke atas ketua menteri tanpa sebarang
makluman," katanya menerusi kenyataan kepada semua media.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment