Sebelum PRU-13,Anwar ada membuat kenyataan bahawa beliau akan bersara dari
politik sekiranya tidak berjaya merampas Putrajaya.Kononnya beliau telah ditawarkan
jawatan Pensyarah di Perancis walaupun kelayakannya hanyalah Ijazah Pengajian
Melayu tahap cukup makan.Kenyataan tersebut sedikit sebanyak memperlihatkan
perwatakan pemimpin yang matang yang tahu bila masanya untuk berhenti.Namun,rakyat Malaysia lebih mengenali siapa Anwar iaitu beliau adalah seorang
penipu tersohor.Hampir tiada satu kenyataan pun yang keluar dari mulutnya yang
boleh dipercayai.Justeru saya tidak hairan apabila Anwar kalah dalam PRU-13,beliau tidak mengotakan
kata-katanya untuk bersara,sebaliknya cuba merampas kuasa melalui jalanraya
kerana terlalu kempunan untuk menjadi Perdana Menteri.
Beberapa siri demonstrasi
diadakan termasuk mengerahkan penyokongnya berguling di dalam jerebu untuk
tujuan itu.Kesudahannya Anwar terpaksa juga mengangkat sumpah sebagai Ketua
Pembangkang dan bukannya Perdana Menteri.Hari ini,Anwar tidak lagi bercakap tentang persaraan tetapi beliau ingin menjadi Menteri
Besar pula.Katanya,beliau ingin membuktikan kepimpinannya melalui Selangor yang
merupakan negeri paling kaya di Malaysia.Kononnya,dengan cara inilah maka beliau
dapat mempertontonkan kepada rakyat ‘cara pemerintahannya’ yang jauh lebih baik
dan lebih telus dari BN.Bagi mencapai matlamat ini,Anwar telah membazirkan jutaan wang rakyat untuk
mengadakan Pilihanraya Kecil di Kajang.Anwar juga perlu menyingkirkan Khalid
Ibrahim.Sebelum itu,23 kakitangan PKNS yang tidak bersalah telah terlebih dahulu
menjadi mangsa penyingkiran dalam kemelut politik PKR ini,apabila mereka dibuang
kerja tanpa sebab bagi membolehkan pemimpin atasan parti menjalankan agenda
masing-masing.Pun begitu,pada mulanya,apabila ditanya mengenai jawatan MB, Anwar tetap memilih
untuk berbohong kononnya beliau tidak menginginkannya.Bagaimanapun,dalam wawancara yang dikendalikan wartawan BFM dan The Edge
yang disiarkan media rasmi kerajaan negeri Selangorkini pada 31 Januari lalu,Khalid
berkata
“Sebenarnya Anwar melihat melangkaui jawatan MB. Di penghujung cerita, matlamat
ialah peringkat Persekutuan dengan menjadikan Selangor sebagai batu loncatan.”
Anwar kemudiannya mengaku mempunyai perancangan untuk menjadi MB dalam
wawancara dengan Australia Network Newsline baru-baru ini.Kemudiannya,dalam wawancara dengan sebuah portal,Ant Daily,yang dipetik
oleh Antarapos,Anwar menyatakan bahawa beliau sedang menimbang
untuk ‘bertanding’ jawatan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu tak lama lagi.Alasan Anwar,Wan Azizah sudah lama ingin bersara dan bahawa jawatan
Ketua Umum yang disandangnya hanya ‘dicipta’ untuk beliau,yang pada ketika
dipenjara.Dalam kata lain,Wan Azizah sejak dari awal lagi hanya dilantik menjadi
Presiden atas dasar ‘sementara’ iaitu sehingga Anwar dibebaskan dan layak
mengambil-alih jawatan itu darinya.Nampaknya,Anwar bukan sahaja tidak jadi bersara,tetapi ingin menjadi MB,kemudian Presiden parti dan pastinya matlamat utamanya tetap jawatan Perdana
Menteri.
Benarlah kata sahabat Anwar,Jusuf Kalla dari Indonesia,iaitu ‘Anwar sudah
gila’,akibat terlalu tergila-gilakan kuasa.Anwar mungkin mengambil sikap ‘membujur lalu melintang patah’ kerana ‘alang-alang
menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’.Apa yang pasti ialah Anwar telah
menghabiskan hampir keseluruhan hidup dewasanya untuk merebut jawatan Perdana
Menteri dan beliau jelas enggan mengalah kepada takdir.Anwar bermimpi menjadi Perdana Menteri Biseksual pertama di sebuah negara
Islam dan Anwar berazam untuk membalas dendam kepada mereka yang telah
menggagalkan usahanya selama ini.Anwar tidak sanggup mati tanpa merasai empuk
kerusi Perdana Menteri dan membiarkan musuhnya menang.Untuk itu,semua orang perlu memberi jalan kepadanya – Lee Chin Cheh,kini bekas
ADUN Kajang,Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor sekarang dan isterinya sendiri
yang juga Presiden PKR iaitu Wan Azizah terpaksa meletak jawatan.Tidak mustahil,sekiranya laluan yang dibuka mereka ini masih belum dapat melonjakkan Anwar terus
ke kerusi Perdana Menteri,maka Anwar akan meminta penyokongnya mengadakan
demonstrasi dengan berkorban nasib,keringat,darah,nyawa dan juga maruah mereka,bagi membina jambatan untuknya ke Putrajaya.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
4 comments:
...,penipu hanya bercakap untuk mewajarkan apa yang dikatakan sebelumnya...
makin hari makin sewel dia ni
Ya Allah selamatkanlah bumi Malaysia ini dari makhluk yang mempunyai hati yang busuk dan pembohong seperti anuar ini. Kepada engkaulah kami memohon pertolongan. Aminnnn.
Kebanyakkan bijak pandai yang mendampingi DSA selama ini telah pun mengangkat kaki meninggalkan beliau setelah mengenali dan mengetahui serba sedikit tingkah laku dan pembohongan yang tak berkesudahan. Cuma yang tinggal bakat bakat baru yang cuma tompang sekaki mencari gelemor dan populariti dan mudah terperdaya dgn tipu muslihat DSA ini. Orang kata jenis buah belum masak atau putik. Kepada pengikut DSA yang berkedudukan selesa sedarlah bahawa takkan selesa kalau tidak kerana bijak pandai yang mentalbil negara dimasa lalu. jangan kerana dendam kesumat sanggup menggadai dan menghancurkan kedaulatan serta keharmonian kaum yang terbena.
Post a Comment