Social Icons

Pages

Saturday, February 15, 2014

KANTOI !!! #PKNS BELANJA RM40 JUTA UNTUK BIAYA #PKNSFC !!!


Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin mendakwa Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah membelanjakan sebanyak RM40 juta bagi pasukan bola sepak Football Club PKNS (PKNS FC) itu sejak 2008.Raja Petra berkata demikian selepas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan satu pasukan petugas khas akan ditubuhkan bagi menyiasat penyelewengan kewangan di PKNS. Raja Petra mendakwa peruntukan itu dibelanjakan oleh badan kerajaan negeri untuk membiayai PKNS FC sejak PR mengambil alih kerajaan negeri.Beliau menambah bahawa sebelum tahun 2008,kos membiayai kelab bola sepak itu adalah kurang daripada RM2.5 juta setahun. 

"Kemudian ia mula meningkat, dan dalam tempoh tiga tahun yang lalu ia telah meningkat kepada setinggi RM10 juta setahun hari ini," katanya yang dipetik laman blognya Malaysia-Today.Raja Petra turut mendedahkan bahawa wang untuk membiayai PKNS FC itu datang daripada dua anak syarikat iaitu SIC dan Selaman."Masalah yang PKNS kini hadapi adalah bahawa akaun tersebut dalam keadaan kucar-kacir dan tiada siapa boleh memikirkan bagaimana wang telah dibelanjakan atau apa yang telah berlaku kepadanyaKebanyakan perbelanjaan yang tidak disokong dengan bukti dokumentasi," katanya.  

Dakwaan tersebut muncul sehari selepas Khalid dimaklumkan media bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa ini sedang menyiasat dakwaan bahawa dana untuk PKNS FC telah disalahgunakan.

UNTUK MENGETAHUI LAGI KISAH SEBENAR 


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

MCM 11 - "Macam Tu" Ke Ketua Menteri Melaka?

M*yWatch persoal sumber KM Melaka bayar RM200,000 untuk nombor plat kenderaan*

Pertubuhan pemantau jenayah MyWatch menuntut penjelasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (gambar) berhubung pembelian tujuh nombor plat kenderaan MCM yang merujuk kepada (Malacca Chief Minister) bernilai RM200,000. 

Pengerusi MyWatch, R Sanjeevan mendakwa, pihaknya diberikan dokumen keputusan bidaan nombor berkenaan yang turut tertera nama "Idris Bin Haron" yang mempunyai nama seperti ketua menteri Melaka itu dengan bidaan RM20,000 bagi nombor plat MCM 11. 

Antara *nombor plat lain yang dibida adalah MCM 2 hingga MCM 11*. 



Sanjeevan berkata, *nombor plate MCM 10 dibida pada harga RM15,510 oleh individu bernama "Fadilah Binti Abdullah" yang kebetulan mempunyai nama yang sama seperti isteri Idris. Manakala nombor pendaftaran MCM 2, MCM 3, MCM 4, MCM 5, dan MCM 7 dibida oleh setiausaha politik dan setiausaha sulit Idris.* Katanya, nama pembida MCM 3 bernilai RM55,100 "Rosli bin Hasan" juga kebetulan mempunyai nama sama seperti setiausaha sulit Idris. 

Percubaan The Malaysia Insider untuk mendapatkan pengesahan Idris dan Pejabat Ketua Menteri Melaka berhubung perkara ini bagaimanapun masih belum berhasil. -TMI

 
 
Blogger Templates