Tidak cukup dengan ucapan maaf,Ketua Strategi PKR,Rafizi Ramli terpaksa membuat lakonan A.K.A menangis
bagi memastikan rakyat khususnya pengundi di Kajang tersentuh dan simpati
dengan pementasan drama terbaharu yang sedang dilakonkan ini.Ia dilakukan bagi
memastikan pengundi Kajang terus menerima PKR walaupun pada hakikatnya tindakan
yang dilakukan ini boleh disifatkan seperti mempermain-mainkan kepercayaan rakyat
sekali gus menghina sistem demokrasi negara.Paling menarik di dalam rakaman ‘drama air mata’ berdurasi 2 minit itu,Rafizi turut
meminta pengundi di Kajang agar menolak Anwar Ibrahim sekiranya merasakan
tindakan PKR ini merupakan satu ‘permainan’.
"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami” katanya.
Dia yang sebak dengan mata yang kemerah-merahan sehingga menyebabkan
ucapannya tersekat-sekat berkata,ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya."Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim
ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah. Namun apabila
tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan ???"
katanya lagi.
Setiausaha parti Sosialis Malaysia (PSM),S. Arutchelvan yang juga merupakan sekutu
pakatan pembangkang ketika mengulas isu yang dibangkitkan ini mengatakan PKR
tidak sepatutnya menjadikan isu pergolakan dalaman kerajaan campuran di negeri
Selangor sebagai beban kepada rakyat sehingga perlu diadakan satu pilihanraya kecil
di Kajang. Menurutnya lagi kesan daripada tindakan itu telah menyebabkan rakyat
marah.
“… bahawa PKR tidak dapat menangani masalah dalaman dan tidak boleh
menguruskan isu rumah tangga (sehingga) menyebabkan rakyat di Kajang terpaksa
menentukannya. Ia telah memberikan satu precedent (teladan) yang tidak baik,”
tegasnya.
Paling menarik,blogger ‘AmenoWorld’ yang begitu kuat menyokong pakatan
pembangkang sebelum ini dilihat turut tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan
itu.Menurutnya apa yang berlaku di Kajang hanyalah untuk menyelesaikan masalah
dalaman PKR yang telah menyebabkan rakyat turut diheret sama.
“Sejujurnya.Aku tahu,kau tahu,Rafizi tahu,Anwar tahu,Khalid tahu,PKR tahu,PR
tahu dan semua tahu pilihanraya di Kajang adalah kerana polemik dalaman PKR yang
nampaknya sudah semakin meruncing. Khalid tidak mahu berkompromi. Azmin tidak
mahu berkompromi. Semua tidak mahu berkompromi”, luahnya di dalam entri blog
tersebut.
Penulis blog tersebut turut berpandangan sekiranya masalah dalaman PKR ini masih
tidak dapat diselesaikan dengan kehadiran Anwar sebagai Adun Kajang,ia akan
menyebabkan rakyat sekali lagi menjadi mangsa keadaan.
“Kita katakan la saja bahawa Anwar akan berperanan menyelesaikan konflik
dalaman dengan Kajang move.Masalah dalaman PKR jika tidak diselesaikan ia akan
mengganggu-gugat pentadbiran dankelangsungan pemerintahan PR di Selangor
kerana masing-masing sibuk berbalah sesama sendiri.Maka,mula la masing-masing menyerang kawan dengan isu-isu peribadi.Maka,mula
la masing-masing tidak bersetuju antara satu sama lain mengenai usul-usul tertentu.Maka,mula la masing-masing mula mencari jalan macam mana nak jatuhkan pihak-
pihak yang tidak disenangi.Maka,oleh kerana wakil-wakil rakyat pun tak sehati sejiwa untuk menumpukan
perhatian bagi selesaikan masalah rakyat secara automatik hak rakyat akan dicabuli
dan terjejas,” luahnya lagi.
di bawah adalah video drama air mata yang dipentaskan oleh Rafizi baru-baru ini bagi
menarik simpati rakyat
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
*Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP?, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno?
**Jawapan: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
**1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS.
11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia -jkkk fan's club**
Post a Comment