Berita bencana banjir melanda Sabah yang didakwa tidak mendapat perhatian pihak berwajib tersebar luas di laman sosial.Beberapa pengguna laman sosial Facebook dan Twitter berkongsi gambar situasi banjir di beberapa kawasan malah ada yang menulis kapsyen mendakwa kerajaan tidak peduli dengan bencana itu.Sebuah ‘page’ Facebook yang mengguna nama King Jason berkongsi sembilan keping gambar yang menunjukkan situasi banjir yang berbeza.Mendakwa berita banjir melanda Sabah itu tidak dilaporkan media,akaun itu mempertikaikan soal bantuan kerajaan...
Kapsyen tersebut berbunyi, “gambar-gambar banjir terburuk melanda Sabah terkini yang tidak dilapor berita. Bandar Beaufort dan sekitar lumpuh akibat hujan berterusan.Mana dia bantuan dari kerajaan? Adakah tengah ‘packing’ barang berlogo BN dulu? Adakah hanya perlu undi Sabah dan rakyatnya diabai? Semoga rakyat Sabah sedar bahawa mereka hanya dianak tiri semata-mata untuk ‘fix deposit’ kerusi Parlimen bagi mentadbir Malaysia.”
Sebaliknya hasil tinjauan Sinar Harian Online di beberapa portal berita negeri itu menunjukkan pihak yang berwajib sudah mengambil tindakan sewajarnya.News Sabah Times,The Borneo Post Online, Berita Ehwal Semasa RTM Sabah dan portal berita lain telah menyiarkan soal bencana banjir itu dan perkembangannya.
Sebaliknya hasil tinjauan Sinar Harian Online di beberapa portal berita negeri itu menunjukkan pihak yang berwajib sudah mengambil tindakan sewajarnya.News Sabah Times,The Borneo Post Online, Berita Ehwal Semasa RTM Sabah dan portal berita lain telah menyiarkan soal bencana banjir itu dan perkembangannya.
Ketua Menteri Sabah,Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata kerajaan negeri akan memastikan kesemua penduduk yang terjejas tidak akan tercicir dan diberi bantuan sewajarnya, lapor portal RTM Sabah, hari ini.
Di Keningau pula seorang kanak-kanak dilaporkan maut setelah terjatuh dari bot penyelamat semasa operasi memindahkan penduduk ke kawasan selamat, lapor New Sabah Times.Menurut bomba Sabah kejadian itu berlaku sekitar jam 10.30 pagi ketika operasi menyelamat Khamis lalu menggunakan bot di Kampung Mempikit Keningau.
Terbaru,35 buah sekolah di daerah Keningau, Beaufort,Tenom,Nabawan dan Sandakan ditutup ekoran bencana banjir yang menjejaskan lebih 600 pelajarnya.
Menurut Pengarah Pendidikan Negeri,Datuk Jame Alip,sekolah yang tetlibat adalah SK Inadung,SK Kepayan Baru,SK Kuala Kahaba,SK Mempagar,SK Suasa,SMK St Paul,SK Ladang Sapong,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Sen,SK Pementerian,SK Penontomon,SK Sandak dan SMK Teknik di Sandakan.
Sementara beberapa sekolah lain ditutup kerana banjir yang berlaku disifatkan berbahaya kepada pelajar
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment