Nampaknya setiap kali tibanya musim pilihan raya baik umum (PRU),negeri (PRN)
mahupun kecil (PRK) pembangkang seolah-olah telah kehabisan modal apabila sering
membangkitkan isu pengundi hantu.Jika sebelum ini,Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim cuba membakar sentimen
kemarahan rakyat dengan membangkitkan isu 40,000 pengundi hantu,kini anak
saudaranya,Badrul Hisham Shaharin turut dilihat cuba menggunakan isu yang sama.Mungkin kerana khuatir Anwar ditolak oleh majoriti pengundi di Kajang,Badrul
mendakwa ribuan warga asing dari Myanmar di kesan berada di Kajang.
“Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar
hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA”
ujar anak saudara kepada Anwar itu.Anwar sebelum ini ibarat ‘cacing kepanasan’ apabila GAGAL membuktikan fitnah yang
dilemparkan kononnya seramai 40,000 warga Bangladesh telah mengundi Barisan
Nasional (BN) dalam PRU yang lalu.Antara hujah yang digunakan ialah,kononnya ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang
ditangkap itu tidak tahu menyanyikan lagu negaraku dan sebagainya.Namun apa
yang lebih memalukan, ada di kalangan ‘pengundi bangla’ yang ditangkap itu adalah
merupakan ahli parti itu sendiri.Dia juga berulang kali memainkan isu ’40,000 pengundi Bangla’ di sepanjang
kempen ‘Black 505’ bagi meminta rakyat menyokong desakan untuk menolak
keputusan PRU-13. Namun apabila himpunan tersebut GAGAL menarik sokongan
seperti yang diharapkan.Tidak tahan dengan asakan yang mencabarnya untuk membuktikan fitnah yang
dilemparkan itu,Anwar akhirnya terpaksa membuat ‘pusingan u-turn’ dengan menafikan
dia pernah membangkitkan isu tersebut.
"Tuduhan tersebut sengaja diadakan dan cuba diputarbelitkan oleh penulis blog Umno,"
katanya dalam satu sidang media di Parlimen sebelum ini.Perdana Menteri ketika mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan,beliau memiliki
bukti Ketua Pembangkang itu pernah membuat dakwaan sedemikian menerusi teks
ceramah dan juga daripada media-media pro pembangkang. "‘Saya dengar ucapan dia,saya banyak sumber yang dengar ucapan dia,(tetapi
sekarang ini) dia nak nafikan pula.Tetapi muka depan akhbar Suara Keadilan ada (tulis) tentang 40,000 Bangladesh
itu,ucapan dia (Anwar) juga sindir kepada kita bahawa rakyat tidak sokong kita,yang
sokong adalah rakyat Bangladesh dan Filipina,Apabila saya kata 40,000 warga Bangladesh itu tidak betul,tidak ada bukti,Perdana
Menteri Bangladesh pun kata (tuduhan) itu tidak mungkin,dia (Anwar) pusing kata
bahawa dia tidak kata begitu”, katanya sebelum ini ketika mengulas kenyataan ‘u-turn’
Anwar.
Kesimpulannya isu warga asing ini sengaja diwujudkan agar dapat dijadikan modal
untuk menimbulkan persepsi di kalangan rakyat.Sekiranya sebelum ini rakyat
Bangladesh dijadikan mangsa,kini tiba giliran warga Myanmar pula dijadikan sebagai
korban.Mungkin kerana takut ditertawakan oleh rakyat,sekiranya dia membangkitkan semula
isu pengundi hantu ini,maka jalan terbaik adalah menggunakan ‘anak saudaranya’
sebagai kambing hitam dan persediaan sekiranya GAGAL mempertahankan kerusi Dun
Kajang.Dengan cara ini,mungkin Anwar boleh menutup malu dengan mengatakan ’40,000 ribu
pengundi Myanmar’ adalah punca kekalahannya di Dun Kajang.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Kem Anwar dah kering idea. perkara yg tak masuk akal juga dibangkitkan. Yang pasti PRK Kajang pasti fight punya !
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2014/02/pilihanraya-kecil-n25-kajang-mungkinkah.html
Sampai bila anwar nak buat bohong,balas dendam,demo. ramalan pak malau anwar akan lebih HINA masa akan datang.
Post a Comment