Tindakan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua
Umum PKR,Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian
Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.Terbaru ahli parlimen Pas dari kumpulan ‘Anwarista’,Dzulkefly Ahmad mempersoalkan
keputusan mengejut itu dan meminta Khalid untuk tampil memberikan penjelasan.Sehubungan dengan itu,dia meminta Kerajaan Negeri Selangor memberikan
penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum
persefahaman (MoU) yang ditandatangani itu dan meminta agar semua terma tersebut
dijelaskan kepada para pemimpin PR termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri.Dia yang juga merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat,seolah-olah tidak berpuas
hati dan mempertikaikan rasional di sebalik langkah itu sambil menyifatkan ia
berkemungkinan akan dibatalkan sejurus selepas pilihan raya (PRK) Kajang tamat.
Terdahulu apabila diasak berulang kali oleh pihak media,terpaksa menjelaskan,dia
dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan Khalid.Malah menurut
penasihat ekonomi Selangor itu lagi,dia masih mengkaji tindakan tersebut dan enggan
membrikan sebarang komen mengenainya.Selain Anwar Timbalan Presiden PKR,Azmin turut dilihat seperti mempertikaikan
keputusan tersebut apabila ‘bersetuju’ dengan pandangan bekas Presiden,Majlis
Peguam,Ambiga Sreenevasan yang meminta agar keseluruhan terma MoU itu
didedahkan.Azmin melalui laman twitternya semalam, menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh
Ambiga itu.Bercakap kepada pemberita,Khalid menjelaskan dia tidak memberitahu
Anwar dan partinya berikutan beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan
perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.Khalid berkata,terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang
disalahgunakan,keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah.Menurutnya
lagi,dia mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu atas kapasiti
sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012
dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.Persoalannya,mengapakah Anwar dan para ‘pengikutnya’ begitu marah dengan
tindakan Khalid itu ????
Sedangkan mereka sebelum ini sering menggunakan isu ini untuk
menekan Khalid dan menyalahkan kerajaan bagi menimbulkan kemarahan rakyat.Kesimpulannya mudah,Anwar sebenarnya sedar tindakan Khalid yang ‘terburu-buru’
ingin menyelesaikan masalah rakyat Selangor itu telah menyebabkan dia kehabisan
modal untuk terus menghasut masyarakat khususnya pengundi di Kajang agar
membenci kerajaan.Di masa yang sama,tindakan populis Khalid ini bakal ‘merosakkan’ peluangnya untuk
memaksa Menteri Besar itu meletakkan jawatan sekiranya dia berjaya memenangi
kerusi Dun Kajang.Sedangkan sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘suci’,Anwar sepatutnya
bersetuju dengan keputusan Khalid yang mahu isu air diselesaikan dengan segera.Bukankah ini membuktikan,Anwar sebenarnya hanya mementingkan kepentingan
politiknya semata-mata dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat seperti yang
sering di dakwa sebelum ini.saya ulang balik,lepas tu anwar pulak bermimpi nak jadi menteri besar selangor.macam ni kerr nak jadi menteri besar selangor ??? rakyat derita pasal air,yang anwar ibrahim pulak tak tahu pasal perjanjian tu kononnya.lebih baik tolong rakyat,jangan bagi rakyat menderita.ada faham kaaa ???
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Pergi mampus dengan PR berpolitik sepanjang hari dan musim. Jenis politikus bodoh sombong. berlagak bijak tetapi tolol mengalahkan lembu yang nak mampus.
Jenis bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh mengajar.
beginila perangai pemimpin PR apabila tersepit akan cari jalan untuk lepas tengkuk masing2..tpi skurang2 jln yg dpilih khalid utk kepentingan rakyat selangor..tapi anuwar..lu olang fikir sendililah...ha..ya!
Post a Comment