Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR,Anwar
Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila
menggunakan gambar ‘recycle’ bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan
yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.Menurut Shaik Mohamad Amin atau dikenali sebagai SM Amin,gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika
pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9
Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di
tempat kejadian pada ketika itu.
“Tindakan,Anwar yang sengaja menyebarkan ‘gambar recycle’ itu untuk menunjukkan
seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun,
adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.Sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘anugerah tuhan’,dia tidak sepatutnya
menggunakan pendekatan murahan seperti itu,” ujarnya.
Isu gambar recycle ini bermula pada 27 Feb,seorang penyokong
Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul
12:35 petang dengan mengatakan status “Biar gambar berbicara
ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport”.Seterusnya pada pukul 12:52 petang,status tersebut telah ‘diretweet’ oleh
Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju
dengan ‘status’ tersebut.‘Retweet’ Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula
oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-
benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.Shaik turut beranggapan,tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan
kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara
tersebut.
Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan
berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak
membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar,Anwar cuba menyalahkan kerajaan
Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk
memalukannya.Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu,kembali menimpa dirinya,apabila
jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar
sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.Rentetan daripada itu,masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas
telah memperbodohkan dirinya sendiri.Di laman media-media sosial pula,penuh
dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon,Ultraman,Kesatria Baja Hitam
dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan
itu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
orenji ni mmg antara macai kesayangn nuar.. sama la dgn king jason... like gud2 je ayat last2 skali penipu sama cm boss dia.. kahkahkah
Ini bukan manusia anugerah tuhan tetapi entah apa nak cakap tak tahu yang akan dilaknati tuhan, itulah penyokong PR yang benar dan terbukti benar tidak mudah utk dipercaya sebab hati sudah busuk hitam dan berulat. Ada akai tak nak guna, ada hati sudah berkarat. Hancusssssssssss.
Tak abis menipu dr peminpin parti kencing rakkyat hingga ke macai..ya allah buka lah pintu hati mereka ini.
Post a Comment