Social Icons

Pages

Saturday, March 01, 2014

BONGKAR !!! #MOU AIR !!! #KHALIDIBRAHIM KENA SERANG KAW-KAW !!!


Tindakan Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim yang membelakangkan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim berhubung keputusannya yang menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan kerajaan Persekutuan terus mendapat kecaman.Terbaru ahli parlimen Pas dari kumpulan ‘Anwarista’,Dzulkefly Ahmad mempersoalkan keputusan mengejut itu dan meminta Khalid untuk tampil memberikan penjelasan.Sehubungan dengan itu,dia meminta Kerajaan Negeri Selangor memberikan penjelasan berhubung syarat-syarat yang terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani itu dan meminta agar semua terma tersebut dijelaskan kepada para pemimpin PR termasuk Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Dia yang juga merupakan ahli jawatankuasa Pas Pusat,seolah-olah tidak berpuas hati dan mempertikaikan rasional di sebalik langkah itu sambil menyifatkan ia berkemungkinan akan dibatalkan sejurus selepas pilihan raya (PRK) Kajang tamat.   

Terdahulu apabila diasak berulang kali oleh pihak media,terpaksa menjelaskan,dia dan parti langsung tidak dimaklumkan mengenai keputusan Khalid.Malah menurut penasihat ekonomi Selangor itu lagi,dia masih mengkaji tindakan tersebut dan enggan membrikan sebarang komen mengenainya.Selain Anwar Timbalan Presiden PKR,Azmin turut dilihat seperti mempertikaikan keputusan tersebut apabila ‘bersetuju’ dengan pandangan bekas Presiden,Majlis Peguam,Ambiga Sreenevasan yang meminta agar keseluruhan terma MoU itu didedahkan.Azmin melalui laman twitternya semalam, menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Ambiga itu.Bercakap kepada pemberita,Khalid menjelaskan dia tidak memberitahu Anwar dan partinya berikutan beberapa sebab untuk memastikan bahawa pelaksanaan perjanjian itu adalah wajar dan mematuhi tadbir urus korporat yang betul.Khalid berkata,terdapat juga kebimbangan bahawa sekiranya terdapat maklumat yang disalahgunakan,keseluruhan transaksi akan dianggap sebagai tidak sah.Menurutnya lagi,dia mengambil langkah ke hadapan untuk menandatangani MoU itu atas kapasiti sebagai pemimpin PKR yang sudah mengetahui mengenai perjanjian itu sejak 2012 dan parameter transaksi itu tidak pernah berubah.Persoalannya,mengapakah Anwar dan para ‘pengikutnya’ begitu marah dengan tindakan Khalid itu ???? 

Sedangkan mereka sebelum ini sering menggunakan isu ini untuk menekan Khalid dan menyalahkan kerajaan bagi menimbulkan kemarahan rakyat.Kesimpulannya mudah,Anwar sebenarnya sedar tindakan Khalid yang ‘terburu-buru’ ingin menyelesaikan masalah rakyat Selangor itu telah menyebabkan dia kehabisan modal untuk terus menghasut masyarakat khususnya pengundi di Kajang agar membenci kerajaan.Di masa yang sama,tindakan populis Khalid ini bakal ‘merosakkan’ peluangnya untuk memaksa Menteri Besar itu meletakkan jawatan sekiranya dia berjaya memenangi kerusi Dun Kajang.Sedangkan sebagai seorang pemimpin yang kononnya ‘suci’,Anwar sepatutnya bersetuju dengan keputusan Khalid yang mahu isu air diselesaikan dengan segera.Bukankah ini membuktikan,Anwar sebenarnya hanya mementingkan kepentingan politiknya semata-mata dan bukannya meletakkan kepentingan rakyat seperti yang sering di dakwa sebelum ini.saya ulang balik,lepas tu anwar pulak bermimpi nak jadi menteri besar selangor.macam ni kerr nak jadi menteri besar selangor ??? rakyat derita pasal air,yang anwar ibrahim pulak tak tahu pasal perjanjian tu kononnya.lebih baik tolong rakyat,jangan bagi rakyat menderita.ada faham kaaa ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates