Social Icons

Pages

Thursday, March 20, 2014

EKSKLUSIF !!! #MH370 !!! DI MANA SEMANGAT PATRIOTISME KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA ???



Apa sumbangan yang kita hulurkan ??? 

Apa sokongan yang kita berikan ??? 

Bila pesawat MH370 hilang tiba-tiba !!! 

Adakah kerana perbezaan politik kita terus menyerang kerajaan ???

Adakah kerana sikap benci,maka sewenangnya anda menyalahkan kerajaan ???

TOLONG BACA ARTIKEL INI SAMPAI HABIS !!! 

MH370 : PATRIOTISME DAN POLITIK BENCI 

Sekarang adalah waktu-waktu yang sukar bagi Malaysia.Seluruh dunia memberi tumpuan berikutan kehilangan pesawat MH370.Ketika ini rakyat Malaysia perlu bersatu dan menyokong usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

"Lupakan soal perbezaan politik sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan usaha tersebut." 

Demikianlah pandangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika berbual-bual dengan wartawan Malaysia di Mauritius pada Selasa lalu.Beliau menjadi wakil kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib yang menangguhkan lawatan ke Mauritius berikutan peristiwa pesawat berkenaan.Sememangnya gesaan Mustapa tepat pada masanya memandangkan ketika ini media barat terus melakukan serangan kiri dan kanan,depan dan belakang kepada Malaysia.BBC London contohnya,setiap hari menjadikan berita tentang kehilangan pesawat ini sebagai tajuk utama tetapi semuanya dari sudut yang memperlekehkan Malaysia.Malah walaupun diberi peluang membuat liputan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),BBC merendah-rendahkan pasukan itu apabila menganggap pegawai dan anggota TUDM dalam pesawat tersebut hanya menjenguk dari tingkap sahaja bagi mencari MH370,maksudnya TUDM tidak menggunakan sebarang peralatan untuk berbuat demikian. Tetapi dalam soal media barat ini,ia bukanlah perkara baru apabila mereka menyerang Malaysia,namun apa yang lebih dikhuatirkan adalah bagaimana sebahagian daripada rakyat negara kita seolah-olah semakin luntur semangat patriotisme. 

Seruan pemimpin-pemimpin negara kita termasuklah Mustapa supaya kita bersatu dalam isu MH370 boleh diibarat seperti mencurah air ke atas daun keladi kepada mereka. Ini memandangkan bagi sesetengah ahli politik pembangkang, peristiwa kehilangan pesawat itu dijadikan peluru untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) apatah lagi ketika ini kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berlangsung.Mereka cuba meracuni fikiran rakyat apabila mendakwa kelewatan mengesan pesawat itu disebabkan kononnya ada kaitan dengan penyelewengan peruntukan dalam pembelian aset kerajaan khususnyKementerian Pertahanan.Walaupun mereka mengetahui kerajaan benar-benar perlu berhati-hati dalam menangani isu MH370 khususnya dalam membuat pengumuman perkembangan terbaru seperti mana yang dilakukan oleh Najib kelmarin,tetapi sesetengah pemimpin pembangkang tidak mempedulikan soal itu.Tetapi dalam masa sama mereka jugalah yang bersedia menyerang habis-habisan jika kerajaan tersilap membuat pengumuman yang boleh memalukan negara ini. 

Oleh kerana ada dalam kalangan pemimpin pembangkang mempolitikkan isu ini maka ia diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong mereka untuk turut berbuat demikian.Bacalah komen-komen dalam portal berita pro pembangkang,sudah pasti kita akan mendapati bagaimana politik kebencian akhirnya menyebabkan mereka semakin terhakis semangat patriotisme.Pelbagai komen,tohmahan dan fitnah dilemparkan malah lebih biadab lagi ada pula menjadikan peristiwa kehilangan pesawat MH370 bahan lawak.Dalam memperkatakan soal ini,cuba berfikir sejenak jika peristiwa seumpama ini yang menjadi tumpuan dunia berlaku di negara lain,adakah rakyatnya akan bersikap seperti mana sesetengah rakyat Malaysia ??? Beberapa peristiwa besar sebelum ini termasuk serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York membuktikan rakyat Amerika Syarikat bersatu menyokong pemerintah negara itu. Walaupun mereka mengetahui ada kelemahan dari segi perisikan negara itu namun mereka tidak mengambil kesempatan untuk menyerang pemerintah.Soal perbezaan politik diketepikan, tumpuan utama ialah bersatu keganasan dan menentang pencerobohan.Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Malaysia. Kita sukar untuk bersatu sehingga pengganas menceroboh negara ini pun seperti di Lahad Datu, Sabah mahu dipolitikkan. 

Keadaan ini amat bahaya kepada negara kerana akibat politik kepartian, semangat untuk bersatu semakin luntur, sebaliknya politik kebencian semakin disemarakkan.Sebahagian rakyat kita sudah tidak dapat membezakan yang mana harus dilihat dari sudut politik dan yang mana pula tidak boleh. Bagaimanapun apa yang berlaku sekarang semuanya dilihat dari sudut politik bukan sahaja dalam kes pesawat MH370 tetapi juga dalam perkara lain termasuklah keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi pemimpin pembangkang.Politik kebencian yang ditiupkan oleh pembangkang sejak penghujung 1998 mula membuahkan hasil dan ini adalah satu petanda buruk kepada negara.Ia terbukti apabila dari semasa ke semasa sebahagian rakyat semakin ghairah melakukan perbuatan yang mengugat keharmonian kaum dan agama serta bersedia memperlekehkan negara sendiri.Dalam isu MH370 ini pula, politik kebencian diiringi pula dengan politik taksub sehingga kejadian pesawat itu dikaitkan dengan keputusan mahkamah beberapa jam sebelum pesawat itu hilang. Penulis yang pulang ke Kedah semalam dimaklumkan pada Jumaat lalu dalam khutbahnya, seorang khatib di sebuah masjid di Permatang Pauh secara terbuka membuat kesimpulan bahawa kehilangan pesawat itu adalah pembalasan Allah. 

Alangkah jahilnya khatib tersebut yang begitu mudah membuat kesimpulan sedemikian tanpa usul periksa akibat hati dan minda sudah dibutakan dengan politik kepartian.Apa pun,saya percaya dan yakin bahawa majoriti rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik kepada penumpang dan anak kapal pesawat MH370.Biarlah puak yang mahu melihat ia dari sudut politik berbuat demikian kerana kelompok seumpama itu sudah tersongsang minda dan penglihatan mereka sebab itulah yang buruk mereka pertahankan dan yang baik mereka persendakan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Mudah cakap cara imdon, dan negara asia didik bangsa meka tak sama cara kita didk anak bangsa kita..tang tu Malaysia gagal menanam semangat kenegaraan di kalangan rakyat..PLKN hanya 3 bulan x menunjukkan kejayaan..x ada kesan..

Anonymous said...

Kalau memang lembab sangat, kasi balon saja leh walaupon dari UMNO....ada aku kesah....takkan nampak pemimpin buat kerja tak betul, tak boleh kutuk langsong juga keh?

 
 
Blogger Templates