Social Icons

Pages

Sunday, March 02, 2014

FAKTA !!! #LIMGUANENG !!! APA CERITA CEC ??? JANGAN CERITA PASAL #INTEGRITI BOLEH TAK ???


Blog Kit Siang telah memaparkan artikel tulisan Boo Su Lyn di Malay Mail Online yang bertajuk ‘Election 2013 lacked integrity, study finds’.Artikel tersebut memetik kajian Electoral Integrity Project (EIP) yang mendapati bahawa Malaysia telah jatuh ke tangga ke 66 dari 73 buah negara dari segi integriti pilihanraya.Kajian tersebut menuduh parti memerintah sebagai memanipulasi persempadanan bagi memberi kelebihan kepada mereka.Tuduhan ini adalah berdasarkan persempadanan kawasan majoriti Melayu di luar bandar dan kawasan majoriti Cina di bandar yang dikatakan dibahagikan secara tidak adil bagi membolehkan parti memerintah menang berdasarkan jumlah kawasan,bukan jumlah pengundi.Malangnya,kajian yang dibuat oleh Professor Pippa Norris dan Dr. Ferran Martinez sebagai penulis bersama dari University Sydney dan Universiti Harvard ini, tidak pula menjelaskan bagaimana BN berjaya mengekalkan kemenangan sekian lama dengan persempadanan yang sama selama ini,jika ‘kaum’ merupakan faktor penting persempadanan.Hakikatnya,BN tidak pernah mengalami kemerosotan undi masyarakat Cina sepertimana 2013,sekali gus menafikan yang persempadanan dibuat berdasarkan ‘kaum’ atau dengan niat untuk memanipulasi. 

Kajian bebas oleh Prof. Pippa dan Dr. Ferran ini dilihat sebagai mempunyai motif yang diragui kerana sengaja mempersoal integriti pilihanraya Malaysia sedangkan keputusan yang di mana pembangkang berjaya menggoyahkan kedudukan BN,sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia merupakan satu pilihanraya yang adil dan tiada unsur-unsur manipulasi dalam apa jua segi. Logiknya, sekiranya BN mampu memanipulasi keadaan, tentulah parti itu tidak akan menang tipis, tetapi menang besar, dengan pembangkang tidak mampu merampas atau mengekalkan walau satu negeri sekali pun. Justeru, kajian yang begitu lemah ini tidak seharusnya diberi perhatian serius.Apa yang perlu diberi perhatian ialah tahap ketebalan muka Lim Kit Siang kerana tidak malu untuk terus menyentuh soal integriti di blognya sedangkan kedudukan partinya sendiri kini terumbang-ambing akibat masalah integriti pemimpinnya. Seharusnya, Kit Siang mencermin dulu mukanya dan muka anaknya dan seluruh anggota CECnya yang masih belum sah kedudukannya sehingga kini. Pemilihan CEC pada Disember 2012 telah diragui sejak dari awal lagi apabila parti itu mengumumkan yang mereka telah ‘tersilap kira’ sedangkan jumlah yang perlu dikira hanyalah lebih kurang 2,000 undi sahaja.Bertitik tolak dari itu,pengiraan semula dilakukan yang mana memperlihatkan kesilapan yang tidak logik dan konsisten dari segi matematik contohnya, pemenang ke-20 tiba-tiba menduduk tempat ke-6 serta tidak selari dengan perbezaan undi orang lain.

Tidak cukup dengan itu,ROS menerima aduan dari lebih 700 perwakilan India DAP bahawa mereka telah tidak menerima notis mesyuarat,sekali gus telah dipinggirkan dari mengundi.Sehingga ke hari ini,DAP masih belum dapat membuktikan yang notis mesyuarat telah dihantara kepada mereka ini.Berdasarkan aduan tersebut,ROS mengarahkan pengundian semula.Beberapa minggu sebelum pengundian semula, kedengaran lagi rungutan terutama dari pihak perwakilan India bahawa pemimpin atasan mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa perwakilan terpilih sahaja.Kemudiannya, apabila pengundian semula diadakan, hampir 800 perwakilan telah didapati ‘hilang’,manakala beberapa calon pula menarik diri di saat akhir menjadikan pemenangnya kekal sepertimana keputusan dari kiraan semula sebelumnya.Namun,keputusan yang ‘sama’ itu,tetap tidak mampu menutup belang pemimpin DAP apabila ROS menerima lagi aduan dari ahli dan pemimpin bawahan DAP yang mengemukakan bantahan terhadap mesyuarat CEC yang dijalankan tanpa mengikut prosedur parti. Perbalahan turut berlaku di peringkat negeri di mana anggota CEC yang tidak sah telah bertindak mengatasi pemimpin negeri yang dipilih secara demokrasi oleh ahli.

Bersandarkan kronologi ini,DAP sebenarnya sudah tidak punya apa-apa hak lagi walaupun untuk menyebut berkenaan ‘integriti’,apatah lagi mempersoal orang lain mengenainya. Kemelut CEC bukanlah masalah yang sengaja diada-adakan oleh parti lawan, tetapi merupakan masalah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parti sendiri.Jika ahli-ahli sendiri mempersoalkan integriti pemimpin DAP,apa hak pemimpin DAP untuk mempersoal integriti SPR mahupun BN ??? Jika undi 2,000 pun tak mampu mengira dan menimbulkan masalah sehingga berbulan dan bertahun-tahun,apa hak DAP untuk mempersoal SPR yang telah terbukti menjalankan kerja dengan baik saban tahun. Mungkinkah Kit Siang ingin menyatakan bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang adalah kerana SPR tiada integriti dan telah ‘dibeli’ oleh DAP ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

INTEGRITY===INTEGRE TIPU TI.
OLANG KULIT TEBAL KULIT BABI MEMANG ITU MACANG.
APA MAU HERAN.
TUDUH ORANG RASIS, TETAPI DIA PALING RASIS.
TUDUH ORANG KOTOR, DIA YANGPALING KOTOR.
JIJIK LAGI MENJIJKKAN.

Anonymous said...

KADUK NAIk JUNJUNG. . .

Anonymous said...

Alhamdulillah. Apek cinabeng yang turun dari belukar di bukit dan yang sinonim dengan kaduk naik junjung LGE ni, memang berpegang teguh dengan semboyan UBAH nya. Bravo. Manyak cantik lu...

Dulu naik kapcai sekarang naik 'the top range of the latest Mercedes model...' Pakai supir pulak tu. Dan ber 'body guard' (pasang yang Melayu beb...) Bukankah itu berUBAH, UBAH dan UBAH?

Without prejudice, I like his style (including his tancho-slick straight comb-back hair style...). Dia sungguh mengkotakan apa yang dia kata (tak ada main-main slogan punya). He walks the talk. BerUBAH. Yang kita nampak nyata ialah kapcai ke Merc. Yang kita tak nampak???? Wallahualam. Tetapi yang pasti dia berUBAH....

Wallahualam.

Alifmimyaro.

 
 
Blogger Templates