Panglima Tentera Laut,Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menegaskan TIADA
sebarang kapal selam yang terlibat dalam operasi mencari dan mengesan (SAR)
pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.Menurutnya kapal selam tidak sesuai melakukan tugas itu kerana ia hanya dilengkapi
sistem sonar pengesan yang terhad dan tidak berupaya mengesan objek statik di dasar
laut.
“Sonar yang dipasang pada kapal selam tidak mampu mengesan atau menjejak apa-
apa objek yang berada di paras laut,ia hanya mampu mengesan objek yang bergerak
atau yang mengeluarkan bunyi,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat
Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam di Subang. Pimpinan pembangkang sebelum ini cuba mewujudkan sentimen kebencian di
kalangan rakyat apabila mempertikai keputusan kerajaan yang tidak menggunakan
kapal selam Scorpene untuk turut sama dalam operasi SAR yang dijalankan.Mereka mendakwa,tindakan itu sebagai satu usaha untuk menutup kelemahan
kerajaan,kononnya 2 buah kapal selam milik tentera laut itu tidak mampu berfungi
dengan baik dan tidak boleh menyelam.Sedangkan negara jiran,Singapura turut
menghantar kapal selam milik negara itu untuk membantu mencari pesawat MAS yang
hilang itu.
Sedangkan apabila diteliti semula,dakwaan yang mengatakan kerajaan Singapura
menghantar kapal selam ini sebenarnya tidak berasas.Media sebelum ini melaporkan Singapura telah menghantar MV Swift Rescue
Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) bagi membantu misi SAR.Namun apa
yang mereka tidak faham faham ialah SSRV ini adalah merupakan DEEP SEA SUBS
RESCUE dan bukannya sebuah kapal selam perang.Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan
mencari Black Box pada pesawat yang terhempas.Black Box ini sangat penting bagi
siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas.Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh
Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine.Ia adalah kapal sokongan yang
menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan
kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-
mana kapal selam yang karam di lautan dalam.
Namun,dalam masa yang sama juga ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap
kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai
kapal dan membantu siasatan punca nahas.Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini
Mahamiru Class telah pun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle)
bagi tugas mengesan periuk api.
Kesimpulannya, pembangkang sebenarnya telah kehabisan modal.Atas sebab itu
mereka terpaksa mereka cipta isu bagi memburukkan kerajaan.Sedangkan di dalam
keadaan seperti ini,semua rakyat sepatutnya bersatu hati dan mendoakan agar semua
yang terlibat dalam misteri kehilangan pesawat #MH370 ini terselamat dan bukannya
mencari siapa yang perlu dipersalahkan.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
biasala...nama pun pembangkang...dr ketua sampai pencacai semuanya pakai otak kaldai....ckp ikut sedap mulut aje, nampak sgt kebodohan mereka.
Bot nelayan lagi canggih dari kapal selam xboleh selam ni.akai ada ka.
Post a Comment