Tembelang media barat untuk memburuk-burukan imej Malaysia kononnya seorang ahli keluarga penumpang pesawat MH370 dikasari,terbongkar apabila wanita warga China tersebut tampil menafikan laporan BBC tersebut.Liu Guiqui,ibu kepada salah seorang penumpang yang dipaparkan di dalam video kekecohan yang tersebar dengan meluasnya itu,menafikan bahawa beliau telah dilayan dengan buruk oleh pihak berkuasa Malaysia semasa berlaku kekecohan di Hotel Sama Sama Rabu lepas.
“Itu tidak benar.Saya dikelilingi oleh wartawan.Pada mulanya saya rasa seorang anggota polis muda hendak menarik saya.Pada mulanya,saya tidak faham apa yang sedang berlaku.Tetapi kemudian seseorang memberitahu saya supaya jangan panik.Mereka memberitahu saya mereka berada di situ untuk melindungi saya,” katanya kepada CCTV Amerika dalam satu temubual eksklusif.
Liu memberitahu,dia datang bersama enam warga China yang lain ke Kuala Lumpur untuk bertanyakan kepada ahli-ahli politik tentang apa yang berlaku kepada anaknya.Dalam video tersebut,Liu dilihat diusung keluar dari bilik sidang media di hotel itu sambil meraung dengan kuat bagi menuntut penjelasan dari pihak berkuasa Malaysia.
“Pada hari itu,sudah 12 hari pesawat itu menghilang.Saya tidak faham mengapa tidak ada apa-apa berita.Tiada sebarang berita mengenai anak saya,” katanya.
Liu turut menegaskan,beliau tidak berasa pihak Malaysia menerima kritikan terhadap cara negara itu mengendalikan krisis ini.
“Saya tidak percaya itu adalah situasinya.Saya pasti mereka (Malaysia) berada di bawah tekanan yang tinggi.Saya faham mereka sedang sibuk mencari pesawat.Jadi, mereka tidak boleh memberikan perhatian kepada keluarga penumpang,” katanya.Wartawan yang menemubual wanita itu dikejutkan seketika apabila Liu berlutut sambil mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari pesawat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua negara yang cuba untuk mencari keluarga kami. Saya perlu berlutut untuk menunjukkan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu dalam usaha-usaha untuk mencari ahli keluarga kami.Terima kasih banyak-banyak kerana mencari keluarga kami. Saya berterima kasih kepada mereka,” katanya.Sementara itu,Pemangku Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengulas mengenai perkara itu dalam twitternya berkataB: "Kebenaran akan sentiasa wujud."
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Perangai PR dgn BBC sekutu US-CIA sama shj.. kerja nk fitnah dn nak jatuhkan Krjn Malaysia.. hairan kenapa semua ini berlaku.. melainkan KONSPIRASI jahat pihak tertentu-
#PRAY for MH370!
KENA TANYA PADA CHEF WAN.... DIA BIJAKSANA.. PANDAI MENGUJI DAN MERUMUSKAN MASYARAKAT MALAYSIA KUAT MELATAH ....??
Post a Comment