Social Icons

Pages

Tuesday, March 18, 2014

KEHILANGAN #MH370 !!! JURUTERBANG ADALAH #FANATIK #ANWARIBRAHIM !!! KENAPA #PEMBANGKANG PULAK MENGELABAH ???


Sejak dari hari pertama kehilangan MH370 disedari,pihak pembangkang seolah-olah meraikan berita tersebut sebagai peluang untuk menghentam kerajaan.Kerajaan dikutuk sebagai lembab dan gagal menangani situasi kecemasan.Kerajaan dituduh sengaja menyembunyikan maklumat entah atas sebab apa, yang mana hanya mereka yang menuduhnya sahaja yang tahu.Kerajaan dihentam kerana tidak menggunakan aset pertahanan untuk operasi mencari.Kerajaan juga disindir kerana tidak menggunakan kaedah ‘Islam’ seperti ‘azan’ sebagai usaha alternatif.Tidak cukup dengan itu,pembangkang juga mengaitkan dosa-dosa juruterbang,pembantu juruterbang dan penumpang serta penjualan arak oleh MAS sebagai bahan untuk memburukkan kerajaan sebagai tidak cukup Islam dan menjadi punca bencana.Apabila media barat memburukkan pembantu juruterbang,pembangkang pun menyambutnya dengan membantu menyebar gambar-gambar yang menjejaskan imejnya.    

Dalam masa yang sama,pihak penyokong kerajaan pula terus membela juruterbang dan pembantunya serta menempelak pihak yang cuba memburukkan imej mereka.Ini dilakukan walaupun khabar angin telah menyatakan bahawa juruterbang tersebut merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pembenci kerajaan yang tegar.Para penyokong kerajaan telah mengenepikan sentimen politik dan mengajak semua rakyat Malaysia bersatu dan bukan menuding jari kepada sesiapa.Namun,seruan murni  kita dipandang sepi.Sebaliknya,pembangkang mengaitkan pula kejadian yang menimpa MH370 sebagai ‘bala’ akibat keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar.Ada juga yang berkata bahawa kerajaan sengaja ‘menghilangkan MH370’ bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kes Anwar Ibrahim dan Pilihanraya Kecil Kajang.Walaupun pencarian MH370 dibantu oleh begitu banyak negara lain termasuk kuasa besar dunia, tetapi segala kritikan dan cemuhan pembangkang hanya ditujukan kepada kerajaan Malaysia.Seolah-olah hanya kerajaan Malaysia yang lembab,yang salah dan yang bodoh kerana masih belum mempunyai sebarang petunjuk, tetapi negara lain tidak.Nampaknya,bencinya pembangkang kepada negara sendiri sudah tidak dapat ditahan- tahan lagi.   

Saban hari mereka mempertikai,menilai,menghukum,mencemuh,memaki dan memburukkan negara sendiri tanpa segan silu sambil disaksikan oleh seluruh dunia.Sampaikan ada rakyat negara lain pula yang menegur akan sikap mereka yang buruk itu.Itu pun mereka masih lagi tidak tahu malu.Bagaimanapun,perkembangan mutakhir yang disahkan oleh penyiasat dalam negara dan juga antarabangsa mengenai latarbelakang juruterbang, membuatkan pembangkang terkesima.Menurut pendedahan mereka,juruterbang MH370,iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan bukan sekadar penyokong Anwar Ibrahim,tetapi fanatik terhadapnya.Beliau sanggup hadir ke mahkamah menyaksikan rayuan kes liwat Anwar pada hari sebelum kejadian.Menurut rakan-rakan beliau,keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar benar-benar terkesan kepada dirinya.Kapten Zaharie,adalah ahli PKR seumur hidup.Telah berkahwin tetapi bercerai.Beliau dikatakan masih tinggal sebumbung dengan bekas isterinya dan anak- anak mereka.Setakat ini,bekas isteri dan anak-anaknya tidak dapat ditemui dan dikatakan telah menghilangkan diri sejak hari pertama kejadian.Maklumat dalaman menyatakan yang mereka telah berangkat ke Australia sehari sebelum MH370 hilang.Maklumat terkini ini nampaknya telah memaksa pembangkang memikirkan semula strategi menghentam kerajaan.Tian Chua,Kit Siang,Sivarasa dan penyokong- penyokong marhaen pembangkang di laman-laman sosial mula menukar skrip.    

Kini,mereka bertungkus lumus mencari jalan untuk membela Kapten Zaharie pula walaupun  sebelum ini beliau dicemuh dan diragui mereka.Mereka menolak sebarang kemungkinan yang kehilangan MH370 ada kaitan politik walaupun sebelum ini mereka juga yang cuba mempolitikkannya.Mereka mereka-reka cerita kononnya Kapten Zaharie tidak sepatutnya bertugas kerana bercuti pada hari tersebut tetapi terpaksa menggantikan rakannya.Jika sebelum ini mereka begitu galak membincangkan teori juruterbang menutup semua alat komunikasi, tetapi hari ini mereka berusaha mengajak kita pula bersikap terbuka sambil memberi gambaran yang juruterbang tidak bersalah.Hanya kerana Kapten Zaharie telah terbukti sebagai penyokong tegar pembangkang maka pembangkang merasakan yang mereka perlu mempertahankan beliau.Sikap berat sebelah dan terburu-buru pembangkang nampaknya telah memakan diri sendiri.Sekiranya pembangkang tidak cuba mempolitikkan perkara ini sejak dari mula maka mereka tentu tidak perlu menjadi kelam kabut dan memutarbelit pandangan sendiri.      Jelas, sikap penyokong pembangkang sememangnya tidak rasional.  

Justeru,saya tidak hairan jika Kapten Zaharie juga merupakan seorang yang tidak rasional.Bagaimanapun,tidak usahlah kita merendahkan diri kita ke tahap pemikiran pembangkang dengan cuba membuat andaian sendiri.Sebaiknya,kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk mencari jawapan kepada misteri MH370.Harapan kita agar episod ini dapat mematangkan sedikit pembangkang negara ini supaya tidak lagi terkinja-kinja mempolitikkan semua perkara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

K'jaan kita mesti JANGAN tunduk dgn. US-si DALANG-DUA-MUKA ini (patutlah Dunia, termasuk Tanah Melayu ISLAM kita ini mahu di’GAY‘kan oleh puak pengikut SYAITAN Illuminati Barat-Zionis , melalui ejen tempatannya termasuk si PELIWATSONGSANG - lihat di http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=40983, Repost: Obama’s Sodomite Past Comes Back To Haunt Him, By Wayne Madsen on January 8, 2012 - kalau berita ini tak benar, tentu Obama dan gengnya, dah SAMAN)!

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego Garcia ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke Kepulauan Andaman, dari awal lagi!

Sedgkn tentu pengkalan militari ini akan memantau seluruh Lautan Hindi utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; dan http://www.blissful-wisdom.com/rothschild-sponsored-zionism-world-banking-control-and-israel.html, Rothschild sponsored Zionism, World Banking Control, and Israel.

Makcik Sambal Belacan.

cikgu leha said...

Tak terima akal ..pilot ber pengalaman nak buat bende mcm ni...so jgn tuduh tanpa sebarang bukti...yg pasti ade yg tak kena yg kita tak terfikir...semoga flight MH370 dijumpai & semua selamat. ...

Anonymous said...

kita tidak menuduh, tetapi logik akal mengatakan hanya org yg berpengalam yg boleh buat sesuatu perkara menjadi mudah....satu lagi bila kapal terbang diterbangkan secara manual siapkah yg berkuasa selain drpd org yg merampas kapal terbang tersebut......tak mungkin peramugari atau peramugara yg berkuasa.....anyway kita ramai ramai berdoa semoga Allah melindungi mereka yg terlibat.

 
 
Blogger Templates