Social Icons

Pages

Saturday, March 22, 2014

MISI MENCARI #MH370 !!! KENAPA #PEMBANGKANG TAK NAK PERTIKAI #AUSTRALIA ???


Rupa-rupanya,Australia telah menemui objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370 jauh lebih awal.Namun,negara itu telah mengambil masa sehingga 3-4 hari untuk melaporkannya kepada kerajaan mereka,sebelum menyampaikan berita itu kepada para pasukan mencari dan menyelamat di Malaysia.Kita faham bahawa Australia memerlukan masa untuk mengenalpasti dan mengesahkan perkara tersebut sebelum mengumumkannya dan kita tidak mencurigai atau menuduh Australia sebagai sengaja melambat- lambatkan atau menyembunyikan maklumat.Malah,kita menghargai sikap tanggungjawab Australia yang ingin mengesahkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengumuman.Nampaknya,pembangkang negara ini serta media-media asing turut menerima alasan Australia yang tidak melaporkan penemuan itu segera.Malah,mereka juga turut menerima penjelasan bahawa kapal-kapal Australia memerlukan 3-4 hari lagi untuk sampai ke kawasan di mana objek tersebut dikesan.Mereka juga menerima takdir,sepertimana penjelasan Australia,bahawa cuaca buruk pada ketika ini, bakal melambatkan lagi usaha pencarian.  

Tidak ada sedikit pun rungutan atau persoalan dikemukakan oleh mana-mana pihak tentang kelambatan Australia bertindak.Tiada tekanan kepada Australia untuk memberi penjelasan lanjut atau apa saja sepertimana yang terpaksa dihadapi oleh pihak Malaysia.Soalnya, kenapa ‘double standard’ ???   Kenapa setiap penjelasan dari Malaysia enggan diterima dengan dengan baik ??? Kenapa setiap minit yang diambil oleh pihak Malaysia untuk mencari dan terus mencari dihentam sebagai lembab ???  Kenapa setiap maklumat yang diumumkan oleh pihak Malaysia dituduh sebagai tidak lengkap ???  Bayangkan jika Malaysia mengambil masa 4 hari untuk mengumumkan penemuan seperti itu dan aset yang ada pula perlu mengambil masa 4 hari lagi untuk sampai ke kawasan penemuannya,maka pasti riuh- rendahlah pembangkang dan media asing mengutuk Malaysia sebagai tidak cekap.Bukan itu saja,Malaysia juga akan turut dipersalahkan jika memberi alasan cuaca buruk bakal melambatkan proses pencarian.  

Pendek kata,apa saja yang Malaysia lakukan akan dianggap tidak kena,tidak tepat dan salah sama sekali sehinggakan cuaca buruk juga akan dipersalahkan atas kerajaan Malaysia.Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa mentaliti dijajah yang mengagungkan kulit putih masih terpahat kuat di dalam minda pembangkang.Manakala media asing pula masih dengan mentaliti penjajah dan menganggap diri mereka sebagai lebih tinggi kedudukannya dari bangsa lain.Oleh itu,segala yang dibuat oleh bangsa Asia akan dikritik tetapi jika bangsa kulit putih berbuat perkara yang sama akan diterima dengan baik oleh mereka.Berdasarkan hakikat ini,Malaysia,terutamanya kepimpinan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam misi mencari dan menyelamat MH370,tidak harus mengambil pusing dengan kritikan pembangkang dan media asing.Abaikan mereka itu semua sebagai manusia hipokrit dan busuk hati.Hari ini,setiap manusia yang rasional akan dapat melihat pihak mana yang baik dan pihak mana yang merupakan perosak di muka bumi ini. 

Sesungguhnya,Malaysia telah berusaha dengan sedaya upaya bukan sahaja untuk mencari MH370 tetapi juga untuk menangani emosi dan keperluan keluarga mereka yang sedang menunggu berita.Biarpun dicemuh dan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang amat berat, tetapi pihak Malaysia kekal tenang dan professional dalam menghadapi apa jua dugaan.Tidak ada dari pihak pemimpin dan pegawai kita yang emosional dalam menangani kebiadapan sesetengah pihak.Tiada rungutan walaupun segala penat lelah mereka bertungkus lumus selama dua minggu tanpa rehat,langsung tidak dihargai,hatta dibalas pula dengan caci maki.Professionalisme dan komitmen Malaysia telah pun diiktiraf oleh semua 26 negara yang turut membantu dalam pencarian ini dan itu sudah cukup kerana Malaysia bukan melakukan ini kerana ingin dipuji,tetapi atas sikap kemanusiaan dan juga tanggungjawab yang tidak berbelah bagi.Mereka yang celik hati,pasti mampu melihat insiden ini sebagai panduan dan pedoman dalam menilai kerajaan.Hakikatnya,Malaysia telah dibantu oleh begitu ramai pakar dengan berbagai teknologi canggih tetapi mereka juga tidak mampu mencari MH370.  

Ini bermakna,bukan Malaysia yang salah,tetapi ia takdir yang tidak dapat diubah mahupun dijelaskan.Australia pula mengambil masa 3-4 hari untuk mengesahkan sesuatu penemuan.ini bermakna,Malaysia tidak pernah lembab dalam menjalankan misi ini, tetapi kerja-kerja pengesahan sememangnya amat sukar dilakukan.Justeru,pada hari ini kita semakin bangga menjadi rakyat Malaysia.Kita bangga mempunyai pemimpin yang tenang, sabar dan kekal fokus biarpun di saat yang amat tegang.Biarlah para pengkhianat dari pihak pembangkang dan juga media asing cuba merosakkan nama baik kita tetapi kita yakin nama Malaysia tetap harum atas keindahan budi dan adab para pemimpin kita. Semakin terserlah kini bahawa yang buruk dan busuknya adalah nama mereka yang sanggup mempolitikkan nyawa manusia serta tidak tahu menghargai usaha yang ikhlas lagi murni.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Australia dan si media-media besar Barat-ZIONIS DAJAL pun si PENIPU besar!

Yg. herannya kenapa MAS tak dikesan dr. awal, oleh satellite spy-kongsi Australia/CIA di Australia mahupun pengkalan US di Diego GarCIA, walaupun CIA dah yakin MAS melintasi atau terhempas di Lautan Hindi sebelum ini! Disyaki cebisan pesawat kalau jumpa, dibawa dr. Diego Garcia spt. yg. telah diramalkan Cabal Times dlm 'poll' dan artikelnya, dr. awal lagi!

Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang (walau pengkalan Diego GarCIA ini juga ada 2,000 pekerja bukan tentera contohnya kontaktor dll – tapi latarbelakang dan pergerakan pekerja-pekerja ini dan pelawat -pelawat ditapis/dikawal dgn. ketat, dan kenderaan bermotor persendirian tak dibenarkan; lihat di http://www.militaryinstallations.dod.mil/pls/psgprod/f?p=132:CONTENT:0::NO::P4_INST_ID,P4_INST_TYPE:930%2CINSTALLATION )!

Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

Sedgkn tentu pengkalan militari US ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; http://www.mazidulakmal.com/2014/03/diego-garcia-satu-kebarangkalian.html, DIEGO GARCIA : SATU KEBARANGKALIAN, Mac 20, 2014; dan http://musramrakunman.blogspot.com/2014/03/mh370-masuk-hari-ke-14-kehilangannya.html, MH370: Masuk Hari ke-14 Kehilangannya- Sebenarnya Amerika Tahu Di Mana Pesawat Itu, 20 March 2014; http://www.nst.com.my/nation/general/could-vital-info-be-down-under-1.520539, Could vital info be Down Under?, By HARIS HUSSAIN AND FARRAH NAZ KARIM, 19 March 2014 !

Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

March 19, 2014
(Before It's News)

By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

Makcik Sambal Belacan.

 
 
Blogger Templates