Social Icons

Pages

Saturday, March 22, 2014

SAH !!! #PEMBANGKANG TAK HARGAI LANGSUNG KOMITMEN PETUGAS #SAR #MH370 !!!


semalam,genap 2 minggu MH370 hilang dan ini bermakna 2 minggu jugalah petugas misi mencari dan menyelamat (SAR) tidak berehat.Beberapa individu penting dalam misi ini pernah berhari-hari tidak pulang ke rumah.Makan minum mereka juga pastinya sudah tidak lagi teratur.Itu belum lagi diambilkira mereka yang terlibat secara langsung di lautan.Mereka ini tentulah lebih hebat lagi tekanannya.Di celah-celah itu,petugas SAR juga terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa ‘tiada petunjuk langsung’ dalam kehilangan MH370.Namun,di masa yang sama,mereka perlu memberi laporan terkini hampir setiap jam.Bayangkan,apa yang dapat mereka laporkan jika tiada apa-apa perkembangan baru untuk diumumkan ???  Sedangkan seluruh dunia mengharapkan jawapan.Biarpun mereka telah melakukan sebaik mungkin,mereka terus didesak dan didesak malah dicaci dan dimaki pula.Tidak cukup dengan itu, mereka difitnah kononnya menyembunyikan maklumat.Mereka diketawakan,dihina dan diperlekeh dan yang paling dahsyat dijadikan bahan untuk melukis kartun dan disiarkan di media antarabangsa !!!    

Apa yang pelik,pakar dan penyiasat dari negara asing yang turut membantu,tidak pula dicemuh kerana tidak mampu membantu Malaysia.Tiada pula timbul soalan atau rungutan seperti “kenapa pakar dan penyiasat dari ‘kuasa besar dunia’ juga tidak dapat memberi jawapannya?”.Seolah-olah yang salah dan lembab di sini hanyalah Malaysia dan kepimpinannya dan inilah yang dijaja oleh pembangkang di serata dunia,di setiap media dan setiap ceramah mereka sama ada di Kajang mahupun Balingian.Sejak dari awal,pembangkang amat teruja dengan kehilangan MH370 namun tersentap sekejap kerana ia telah mengalih perhatian daripada kes liwat Anwar dan juga PRK Kajang dan Balingian.Walaubagaimanapun,mereka berjaya mencari sudut yang sesuai untuk menjadikan MH370 sebagai modal berkempen pula.Justeru,ke hulu ke hilir di dalam setiap kempen dan juga tulisan di media mereka, MH370 menjadi topik utama.Apa yang memualkan mengenai pembangkang ialah,mereka bukannya meluahkan rasa simpati atau prihatin mengenai MH370 dalam kempen dan media mereka,tetapi menghasut rakyat dengan kemarahan, kebencian dan fitnah terhadap kerajaan.       

Tuduhan kerajaan lembab,menyembunyikan maklumat dan kononnya ingin mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat,menjadi hujah utama di setiap ceramah dan media pembangkang.Kononnya,kerajaan terlalu takut dengan kebangkitan penyokong Anwar setelah Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat II dan memerlukan sesuatu untuk mengalih perhatian rakyat.Kenyataan ini,jika diteliti,kedengaran seolah-olah ingin menuduh kerajaan sengaja ‘menghilangkan’ MH370 pula.Keghairahan pembangkang dengan MH370 telah menyebabkan mereka lupa sebab utama PRK diadakan.PRK adalah untuk memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk masyarakat setempat.PRK adalah berkenaan nasib rakyat dan memajukan kawasan.  PRK bukan pentas untuk mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri atau untuk berlawan siapa yang paling pandai melayan media asing.Hakikatnya,rakyat Kajang mahupun Balingian tidak perlukan pemimpin yang mampu bercakap dengan media asing. 

Mereka perlukan pemimpin yang mampu membuka peluang pendidikan dan meningkatkan ekonomi mereka.Mereka perlukan pemimpin yang mampu menangani masalah harian seperti jalanraya ataupun bekalan air.itu saja.Namun,pembangkang jelas tidak peduli langsung dengan apa yang rakyat perlukan, tetapi sibuk memenuhi keperluan publisiti Anwar Ibrahim.Sedangkan,Anwar bukan calon PRK.Anwar juga bukan petugas SAR,bukan Ahli Lembaga Pengarah MAS,bukan Menteri Pengangkutan serta jauh sekali Perdana Menteri Malaysia.Anwar tidak terlibat bertungkus lumus mencari MH370.Anwar boleh saja berehat dan bersantai di rumah selepas berkempen PRK.Anwar tidak perlu bersekang mata menunggu maklumat baru dari pasukan SAR.Anwar tidak perlu melayan karenah keluarga mangsa dari seluruh negara.Anwar tidak perlu mengeluarkan setitik peluh atau satu sen pun untuk mencari MH370.Anwar tidur lena setiap malam,sebelum bangun menghentam kerajaan lagi keesokkannya.Pendek kata,dalam memperkatakan mengenai MH370,apa yang sebenarnya berlaku ialah kewujudan pembangkang  hanya memburukkan lagi keadaan.Jentera PRK serta media mereka pula sama saja dengan Anwar,iaitu langsung tidak berguna !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates