Social Icons

Pages

Saturday, March 15, 2014

#PRKKAJANG !!! DRAMA TERBARU #ANWARIBRAHIM DAN #WANAZIZAH DAN #M370 DIDEDAHKAN !!!


PRK Kajang kini terpahat dalam sejarah sebagai bukti sikap tidak bertanggungjawab PR dan sikap pentingkan diri Anwar Ibrahim yang kronik.Permainan politik Anwar nampaknya tidak punya had dan tidak mengira tempat.Anwar telah mempermainkan sistem demokrasi yang kononnya diperjuangkannya.Anwar juga telah mempermainkan rakyat Kajang yang memberi kepercayaan kepada partinya dengan menyuruh ADUN yang lama meletak jawatan tanpa sebab.Kini,kerusi tersebut cuba digantikan dengan isterinya,Wan Azizah,pastinya sebagai proksi dirinya.Mungkin kerana itu,PRK Kajang dihadapi dalam keadaan ‘dingin’ sekali.Rata-rata,ceramah PR tidak mendapat sambutan sehangat biasa.Rakyat seolah-olah letih dan kurang berminat dengan PRK yang sebenarnya tidak perlu sama sekali.Rakyat juga mungkin terkilan dengan pembaziran yang berlaku akibat PRK ini.Kehilangan MH370 juga merupakan faktor utama di mana PRK Kajang menjadi dingin.Jelas,rakyat Malaysia rata-ratanya jauh lebih matang dan tidak berminat dengan permainan politik yang keterlaluan apatah lagi yang sengaja diada- adakan.   

Tumpuan rakyat adalah pada pencarian MH370 serta nasib penumpang,krew dan keluarga mereka. Ini adalah isu besar yang sebenar,kerana ia melibatkan nyawa manusia.Tumpuan negara asing kepada Malaysia juga menjadi topik utama di kalangan rakyat.Rata-rata rakyat merasa gusar dan tidak mampu mengelak prasangka terhadap agenda tersembunyi negara asing di sebalik bantuan yang dihulurkan.Hanya beberapa kerat sahaja di kalangan rakyat yang berminat dengan politik berbanding isu besar lain.Mereka ini merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat yang melihat segala-galanya dari segi politik sempit yang berlegar di sekitar Ketua Umum mereka sahaja.Kononnya,semua yang berlaku ada kena mengena dengan Anwar,malah bencana jerebu juga adalah akibat dari ‘daulat’ Anwar.Pun begitu, mereka  ini hanya berdegar-degar di alam maya.Di dalam kempen-kempen di Kajang,termasuk ceramah Wan Azizah sendiri, tidak begitu mendapat sambutan.Acara karnival yang diadakan khas untuk berkempen juga tidak mampu menarik begitu ramai orang.Kalau ada pun, ia hanya dimeriahkan oleh orang dari luar Kajang, yang bukan merupakan pengundi di situ.Kebanyakan mereka adalah kumpulan kerahan dari PAS dan sedikit dari PKR.secara dasarnya,PR dan BN dilihat sama-sama yakin mampu menarik undi kaum Cina. Walaubagaimanapun, kita melihat kaum Cina turut memandang sinis dengan tujuan sebenar PRK ini diadakan.  

Hakikat bahawa ia dijadikan pentas untuk Anwar beraksi dalam menghadapi rayuan kes liwat, membuatkan ramai dari kaum Cina merasa ‘terganggu’.Nampaknya, Anwar kemungkinan telah membuat kesilapan yang besar dalam mengatur strategi melalui PRK Kajang.Tidak mustahil PRK yang dijangka dapat menyambung ‘nyawa’nya, bakal menamatkan terus riwayat politiknya.Anwar mungkin boleh merancang dengan sebegitu teliti, tetapi takdir jua yang menentukan.Takdirnya,Anwar telah kalah dalam rayuan kes liwatnya.Takdirnya,MH370 hilang dalam Anwar sedang membuat persediaan untuk ‘naik ke pentas’ meraih simpati.  Takdirnya, Anwar masih jauh dari menjadi Perdana Menteri tetapi mungkin menjadi banduan sekali lagi.Takdirnya,kempen Wan Azizah tidak lagi mampu menarik simpati.Suasana di Malaysia kini muram,terutama rakyat Selangor dan Kajang sendiri khasnya.Bukan kerana memikirkan nasib Anwar,tetapi memikirkan masalah air,denggi,pencemaran udara dan kehilangan MH370.Semua yang berlaku ini cukup menginsafkan. Rakyat kini sudah tidak ada masa untuk simpati pada Wan Azizah atau Anwar Ibrahim.Rakyat kini perlu simpati pada diri sendiri.    Apapun, kempen PRK Kajang tetap diteruskan dalam keadaan sedingin ais,biarpun cuaca begitu panas membahang dan kelam berjerebu.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Disarankan kerajaan membuat siasatan antarabangsa siapa dalang yg menyebabkan pesawat MH370 di rampas. Minta bantuan dari cina, russia dan france jgn cakap kita mintak tapi dia org voluteer menyiasat. Bukan masalah kawalan keselamatan kita tapi tali barut negara kita yg memberi kerjasama kepada perisik cia/ mossad masuk . Bila berlaku keganasan mereka akan tuduh Iran dalam misteri kehilangan kapal terbang kerana terdapat 2 rakyat iran yg tidak mempunyai passpot. Sedangkan mereka merupakan agen yahudi yg bekerja sebagai agen mossad.

Anonymous said...

Ada 1 spekulasi bertiup kencang ada 4 penumpang warga monggol yg tak didedahkan.sekarang mereka nak tgk pesawat dgn c4 yg mana lebih kuat.

 
 
Blogger Templates