Rafizi Ramli yang sekarang ini sedang berhadapan dengan pelbagai masalah,terutama sekali selepas dimalukan menerusi KAJANG MOVE ciptaannya yang telah gagal,kelihatan tenggelam punca dan serba tidak kena.Kes BAFIAnya belum selesai dan belum lagi dibicarakan.Usahanya untuk menolak kes tersebut, telah ditolak oleh mahkamah dan Rafizi Ramli yang sebelum itu cukup hebat, akhirnya tersungkur dan mulai menunjukkan ketakutannya.
Terbaru ialah apabila Rafizi Ramli cuba mengenakan seorang lelaki,WAN MUHAMMAD AZRI WAN JUSUH yang didakwanya sebagai blogger PAPAGOMO.Nampaknya,Rafizi Ramli sudah mula hilang tumpuan dan fokus sehinggakan terpaksa mencari isu dan nama dengan menumpang seorang blogger yang entah siapa identiti sebenar.Semuanya dilakukan oleh Pakar Strategi PKR itu untuk mengalihkan isu berhubung kegagalannya dalam KAJANG MOVE dan mengelakkan orang ramai daripada bercakap tentang BAFIA MOVE yang akan menghumbankannya ke dalam penjara.
Sebelum ini, Rafizi Ramli terdedah menerusi e-mailnya dengan Rahim Ghouse berhubung perancangan untuk membuat lima letupan dalam satu demonstrasi anjuran PKR dalam usaha mencari gelombang Reformasi yang difikirkan dapat menyelamatkan Anwar Ibrahim.
Pendedahan tersebut telah dinafikan oleh Rafizi Ramli walaupun Rahim Ghouse,bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, selain turut menjadi proksi Anwar Ibrahim mencuri duit negara untuk dibawa lari ke negara-negara asing termasuklah di Singapura,Indonesia,Thailand,Australia dan Jerman,tidak membuat sebarang penafian berhubung kandungan e-mail tersebut.Kini satu lagi kandungan e-mail antara Rafizi Ramli dengan salah seorang penggerak JINGGA 13 merangkap seorang blogger pro-PKR tegar,MILOSUAM telah terdedah.Kandungan e-mail berkenaan berkisar tentang dokumen yang cuba dijual kepada 'orang hubungan' Milosuam dalam UMNO Pagoh bertujuan untuk melaga-lagakan antara Team Muhyiddin Yassin dan Team Najib Abdul Razak.
PKR sedang menfokuskan untuk mewujudkan pergaduhan antara Team Timbalan Perdana Menteri dan Team Perdana Menteri bagi memudahkan Anwar Ibrahim masuk jarum dan seterusnya menyelamatkan dirinya daripada hukuman penjara dengan menjadi Perdana Menteri.Lebih daripada itu,Rafizi Ramli cuba memainkan peranan sebagai pencetus ketegangan dan permusuhan serta perang saudara di dalam negara ini bagi tujuan yang telah dinyatakan.Antara tugas dan strategi yang dirangka oleh Rafizi Ramli adalah mewujudkan permusuhan di kalangan kepimpinan UMNO-BN dengan menyebarkan pelbagai perkara karut selain mewujudkan kebencian antarabangsa dengan maklumat-maklumat palsu yang disalurkan menerusi kerjasama dengan Red Bean Army yang menggunakan medium Cina.
Perhatikan sahaja e-mail tersebut.
Dokumen yang dimaksudkan ternyata telah direkayasa oleh PKR dan kemudian didakwa sebagai ditulis oleh UMNO.Mungkin kerana itulah,MILOSUAM bertanya kepada Rafizi Ramli,apa jawapan yang harus diberikan apabila 'orang hubungan' dalam UMNO Pagoh bertanya tentang kesahihan dokumen berkenaan. - SC
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment