seorang wartawan Australia bertanya kepada Presiden Amerika Syarikat Obama tentang ketidakadilan Malaysia terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim termasuk dalam soal kes liwatnya.tentunya Anwar melompat dengan kegembiraan.Tetapi jawapan Obama dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib dalam sidang akhbar bersama yang disiarkan secara langsung ke seluruh dunia telah menyebabkan kegembiraan itu terhenti tiba tiba,Anwar jatuh tertunduk malu,kecewa dan marah kerana pertanyaan itu telah memberi peluang kepada Datuk Seri Najib untuk memberitahu hal yang sebenarnya.
Lebih menyakitkan hatinya ialah apabila Obama menyatakan keyakinan kepada Datuk Seri Najib sebagai seorang Refomer.Datuk Seri Najib menjelaskan bukan kerajaan Malaysia yang mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tindakan itu diambil oleh bekas kakitanganya sendiri dan kerajaan Malaysia yang mengamalkan demokrasi dan menghormati hak asasi manusia tidak berhak untuk menyekatnya dan membiarkan proses keadilan berlaku dan menyerahkan kepada keputusan mahkamah.Jawapan Obama selain dari menerima Datuk Seri Najib sebagai seorang Reformer telah menyatakan keyakinan bahawa Datuk Seri Najib akan dapat memperbaiki lagi kekurangan kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia di Malaysia.
Oleh kerana sidang akhbar itu disiarkan secara langsung keseluruh dunia setelah pertemuan yang mengambil masa lebih lama dari yang dijadualkan antara kedua pemimpin negara besar dan kecil itu yang menunjukan minat dan keyakinan Obama kepada Datuk Seri Najib maka tidak syak lagi jawapan mereka kepada pertanyaan wartawan Australia itu telah mencedera parahkan imej Anwar ke taraf yang sangat rendah.Hasrat wartawan itu hendak membangkitkan pembelaaan bekas Naib Presiden Amerika Al Gore terhadap Anwar Ibrahim dalam lawatannya dahulu,ternyata salah perhetongan sebaliknya menyerlahkan kesopanan dan penghormatan Obama kepada rakyat Malaysia berbanding dengan sikap biadap Al Gore terhadap rakyat Malaysia yang meninggalkan sejarah hitam dalam hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.Lawatan Obama yang jelas menampakan kerianganya selama berada di Malaysia dan kemesraannya dengan Datuk Seri Najib telah membina semula kerosakan hubungan antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dilakukan oleh Al Gore.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
9 comments:
SMTI - Al jubs mmg bangsat muka x tau malu. sekian.
Apa yang Presiden Obama dan DSN cakap memang betul dan kena pada tempat dia. Sekarang satu dunia dah tahu uang B.A.B.I aka Bang Non Al-Juburi Wal-Liwati Ad-Dajal adalah sex offender dan sdg menghitung hari ke resort Bamboo river....agar dia aman di sana.....kahkahkah
bila dia nk sg buloh eh? lmbt betulla...
..yg tanya soalan tu bukan Australian la tapi CBS White House correspondent nama dia Major Garret.. mmg dia selalu ikut US president on overseas trips..
satu satu tuhan tunjukkan pada dunia siapa dia anwar, tapi kenapa rakyat Malaysia, macai anwar tak mau terima hakikat dan kebenaran... kita tahu, dengan sembahyang hajat untuk mengutuk memburuk minta jatuh kerajaan, tuhan balikkan kepada PAS,PKR, cukup cukuplah berpolitik, sekiranya politik mu bersih, berjuang untuk rakyat, sudah tentu tuhan beri kajayaan pada mu PR...
Bila time pemimpin US biasanya Anwar yg tunjuk hero. Maklumlah dia masih ada kontek lg dgn ex2 boss White House..termasuk pasukan pelobi yahudi. Malangnya kali ni dia terkena sbb Obama tak sama pulak mcm yg lepas.. Lain team lain style lah bro.
Apa ke bangang admin ni dengan macai2 umno... sebenarnya bukan setakat anwar je yang patut terasa tapi najib pun sama jugak... takkan tak nampak sampai merah muka najib kena sindir dengan obama... kenyataan obama "supaya najib dapat memperbaiki lagi kekurangan perjalanan demokrasi dan hak asasi manusia" tu pun macai umno tak boleh faham makna tersirat lagi ke... najib pun boleh faham sampai muka merah macai tak boleh faham lagi ke... maksud tersirat dia sambil puji najib tu dia zahirkanlah rasa simpati terhadap anwar yg dia anggap telah teraniaya dengan amalan demokrasi malaysia yang kurang sempurna sebab menjatuhkan pesaing politik macam yang anwar kena... lambt pick up lah umno ni...
Kesian kepada puak puak pakatan, nak kan sangat tengok dalam tv si anuaq live dgn Obama tetapi Obama kata apa? Tak payah tak da masa nak layan.
terinaya apa kebendanya , dah terang terang si anuar tu melakukan persetubuhan haram ...org macam ni ka hangpa dok puja sgt.
Post a Comment