Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenuhi hampir kesemua kehendak AirAsia Bhd untuk syarikat itu beropearsi dari terminal penerbangan tambang rendah baharu,klia2.Pengurus Besar Kanan (perkhidmatan operasi) MAHB,Datuk Azmi Murad berkata,syarikat penerbangan tambang rendah yang enggan berpindah ke klia2 dengan memberi pelbagai alasan,termasuk keselamatan merupakan antara penerima manfaat terbesar apabila beroperasi di klia2.Antara beberapa perkara yang dikehendaki AirAsia dan tidak dipenuhi MAHB ialah spa dan muzium,katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini.Berikutan operasi penerbangan di klia2 bermula pada 2 Mei dan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) sedia ada ditutup pada 9 Mei,AirAsia tiada pilihan melainkan beroperasi dari lapangan terbang baharu itu.Azmi berkata, pemindahan ke klia2 sudah dipersetujui semua pihak,termasuk Jabatan Imigresen,Kastam Diraja Malaysia,Polis serta pihak berkuasa kesihatan.
AirAsia,syarikat penerbangan tambang rendah terbesar Asia,dijangka menggunakan 80 peratus lapangan tebang baharu di Sepang.Rabu lepas,Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan LCCT akan ditutup pada 9 Mei,namun AirAsia menyuarakan rasa tidak puas hatinya dan tidak bersetuju berpindah ke lapangan terbang baharu itu kecuali beberapa kehendaknya ditangani.Ia termasuk fungsinya serta jaminan keselamatan.Menurut Azmi,MAHB sudah melaksanakan Ketersediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang (ORAT), ujian bagi menguji aspek fungsi dan operasi sejak awal Februari dan “kami sangat berpuas hati”.Berharga RM4 bilion,beliau berkata klia2,yang akan mengendalikan kira-kira 45 juta penumpang setahun dan disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA),bukan lapangan tebang kos rendah namun syarikat-syarikat yang menggunakannya membabitkan penerbangan kos rendah.”
Mengenai kebimbangan yang dibangkitkann oleh AirAsia dari segi keselamatan di klia2,Azmi berkata,klia2 lebih selamat berbanding LCCT memandangkan ia akan melaksanakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA penyedia utama dunia bagi penyelesaian perniagaan IT bersepadu.Beliau berkata,AirAsia tidak mahu menggunakan sistem SITA yang digunakan oleh operator-operator lapangan terbang dan menjadi pilihan semua syarikat penerbangan, sebaliknya mendesak untuk menggunakan sistem pemeriksaan masuk secara manual.
“Kita tidak boleh membandingkan klia2 dengan apa yang diguna pakai untuk operasi di LCCT, kerana lapangan terbang itu adalah lapangan terbang manual sepenuhnya, dengan pengurusan lapangan terbang dilakukan secara tradisional.Namun berdasarkan kapasiti penumpang yang besar yang dijangka dikendalikan oleh klia2, agak mustahil untuk beroperasi secara manual seperti dulu,” katanya
dan menambah sistem SITA memberikan kemudahan dari segi kesinambungan perniagaan dan fleksibiliti di kaunter-kaunter di klia2.Mengenai jambatan udara yang didakwa AirAsia sebagai membazir,Azmi berkata kemudahan itu penting untuk penumpang terutama bagi penumpang yang menghadapi masalah fizikal,warga tua dan ibu yang mempunyai anak kecil serta kanak-kanak.Ia juga sangat penting ketika cuaca buruk seperti hujan lebat atau ketika panas terik.Beliau berkata,caj semasa ke atas lapangan terbang untuk penggunaan jambatan udara itu hanya RM85.00 sekali guna.Berdasarkan pesawat A320 yang membawa 180 penumpang semasa ketibaan atau berlepas,kos penggunaan kemudahan itu kurang daripada 25 sen bagi seorang penumpang.Kadar yang dikenakan oleh MAHB untuk jambatan udara itu antara yang terendah di rantau ini.Beliau berkata MAHB sentiasa menerima maklum balas daripada orang ramai supaya semua syarikat penerbangan menggunakan jambatan udara untuk keselesaan penumpang.
“Servis jambatan udara itu akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna dan saya difahamkan syarikat penerbangan yang lain mahu menggunakan kemudahan berkenaan.Sekiranya ada syarikat penerbangan yang mahu pengguna mereka berjalan kaki,itu terpulang kepada mereka kerana mahu atau tidak,kami tetap sediakan (servis jambatan udara),” katanya sambil menambah,MAHB turut menawarkan perkhidmatan bas.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
7 comments:
Apa Susah...? Kalau Air Asia tak mau pindah... lantak...Tutup aja radar untuk Air Asia di LCCT. Abis citer... Mampos tak dapat landing ....
xyah tutup radar..... pindahkan ajer imigresen n kastam dari lcct.... polis trafik pun dikerahkan jgn dok kat lcct.... kita nengok spa yg akan mintak imigresen, kastam, polis sendiri....
Alah pindahkan parking tu, no parking area,..bas, texi....tak boleh ambil penumpang, turun penumpang.......tutup kanteen...tutup kedai...tutup pintu klia...
Itulah untungnya jadi orang yang berkuasa, boleh demand apa saja. Untuk berniaga kerajaan sanggup buat satu airport baru untuknya dan berbagai kemudahan berbillion harganya.
Kalau sekadar rakyat marhaen untuk dapat bantuan sekampit beraspun berbagai kerenah.........
LEPAS NI DIA AKAN MINTAK BUATKAN MASJID GEREJA DAN RUMAH IBADAT DI KLIA2..ada semua tu baru dia pindah
Sapa2 yg comment ni.. tak tau cita.. senyap je.. mula2 mahb JANJI buat klia2 tu LOW COST nilai 2billion.. AA mintak LOW COST. Tp mahb buat another klia2 nilai 4billion... cuba pikir?? Adil ke itu? Itu Janji Mahb to AA.. low cost...so tak boleh salahkan AA 100%.
Betul tu.. sepatutnya nya jadi LOW COST terminal... bukan nya jadi another MAIN terminal mcm KLIA... wahai rakyat msia.. ni nama nya politic.. semua nak kaya.. semua nak masuk pocket.. 2billion jadi 4billion.. pkir la.. salah AA ke?
Post a Comment