Social Icons

Pages

Thursday, May 08, 2014

EKSKLUSIF !!! ANTARA KEHILANGAN PESAWAT #MH370 DAN 800 PERWAKILAN #CEC #DAP !!! MANA LAGI HEBAT ???


pada 5 mei yang lalu,Genap lah setahun PRU13 berlalu,pembangkang masih lagi belum dapat menggulingkan Barisan Nasional walaupun telah berkali-kali berdemonstrasi dengan berbagai-bagai taktik dilakukan termasuk berkhemah,berguling,merusuh dan menjemput campurtangan asing.Segala usaha pembangkang terbukti sia-sia sahaja kerana kuasa asing juga tidak mampu menafikan hakikat bahawa PRU di Malaysia berjalan dengan adil dan saksama.Ini terbukti dengan saingan sengit yang diberikan oleh pembangkang,sehingga memenangi atau mengekalkan beberapa negeri. Enggan menerima hakikat kekalahan,pembangkang terus menolak hakikat bahawa PRU tersebut adil.Malah,blog Lim Kit Siang menulis bahawa pada ulangtahun pertama PRU13 iaitu pada 5 mei lalu,Malaysia kononnya telah dikaburi polisi-polisi Datuk Seri Najib yang gagal dan keterdesakan ingin melihat perpecahan PR melalui Hudud.Kononnya,sejak BN memenangi PRU itu,negara terus berada dalam keadaan kelam dan tidak tentu hala tuju.Jelas,Kit Siang sedang mengalami sindrom penafian yang kronik mengenai dua perkara. 

Pertama,kekalahan dalam PRU13 dan kedua,Hudud sedang memecahbelahkan PRakyat.Kit Siang masih bercakap mengenai ‘undi popular’ walaupun ia tidak relevan dengan sistem pilihanraya di Malaysia dan Kit Siang juga masih menegaskan yang hudud bukan masalah sedangkan satu negara sudah riuh rendah dengan suara DAP yang menolak hudud sekeras-kerasnya.Jika kita melayari blog Kit Siang, kita akan dapat merasakan betapa beliau bukan sahaja mengalami sindrom penafian yang kronik tetapi juga seorang pemimpin yang amat tidak bertanggungjawab.Ini kerana,dalam Kit Siang asyik memikirkan ulangtahun pertama PRU13,beliau tidak pula ingin membangkitkan soal pemilihan CEC yang masih lagi belum selesai yang kini sudah menghampiri ulangtahun ke2.Pemilihan CEC DAP pada 15 Disember 2012 memperlihatkan DAP telah ‘tersalah kira’ sehingga membawa kepada pengiraan semula undi pada Januari 2013.Keputusan dari pengiraan semula tersebut bagaimanapun menimbulkan berbagai persoalan matematik berikutan penambahan dan pengurangan undi individu tertentu yang tidak masuk akal.Tidak cukup dengan itu,aduan juga dibuat kepada ROS oleh para perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat.Akibatnya,keputusan pengiraan semula telah ditolak dan DAP disaran mengadakan pemilihan semula.DAP bagaimanapun enggan bekerjasama dan memberi berbagai alasan mencabar perintah ROS.Walaubagaimanapun,parti itu akhirnya tidak mampu melawan undang-undang dan terpaksa mengadakan pemilihan semula 9 bulan selepas pemilihan asal, iaitu pada 29 September 2013. Malang bagi DAP, sekali lagi, aduan dibuat oleh pemimpin bawahan kepada ROS mengenai pemilihan yang bertentangan dengan prosedur parti. 

Selain itu,DAP juga telah gagal menjawab ke mana hilangnya 800 perwakilan di hari pemilihan semula, mahupun kehilangan lebih 700 dari mereka dalam pemilihan asal di tahun sebelumnya.Sehingga kini,setelah 17 bulan berlalu dari tarikh pemilihan CEC yang asal,DAP masih lagi berdolak dalih mengenainya.Lim Kit Siang pula nampaknya mengambil sikap membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kit Siang bagai melupakan terus masalah besar yang melanda parti itu, tetapi tidak malu pula untuk bercakap mengenai masalah negara di dalam blognya saban hari. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Blog Kit Siang bukannya prihatin, tetapi seolah-olah ‘obses’ mengenai kehilangan MH370. BN telah memenangi PRU-13 dan semua pihak termasuk para pemerhati luar berpuas hati dengan perjalanan dan keputusannya. Yang merungut dan menolak keputusan PRU tersebut hanyalah pembangkang, iaitu Pakatan Rakyat yang sentiasa memusuhi dan membangkang apa saja mengenai BN.

Namun,dalam kes pemilihan CEC DAP, pihak yang merungut dan menolak keputusannya bukanlah BN yakni musuh DAP,tetapi ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin kecil parti itu sendiri. Justeru, antara ulangtahun pertama PRU13 dengan pemilihan CEC DAP yang telah menghampiri ulangtahun kedua, apakah maknanya kepada rakyat Malaysia ??? Sebenarnya, apa yang dilihat oleh rakyat adalah jelas, iaitu negara terus bergerak ke hadapan, aman dan sejahtera selepas PRU13.Namun,DAP pula semakin hari semakin goyah, semakin hilang sokongan dari kalangan masyarakat Cina sendiri dan kini terumbang ambing pula dek isu hudud.Mungkin Kit Siang perlu berhenti menafikan hakikat bahawa partinya mempunyai masalah besar. Selagi Kit Siang enggan mengakui hakikat itu, maka selagi itulah masalah tidak akan selesai. DAP tidak boleh lari dari masalah atau berpaling dari undang-undang. Rakyat, termasuk ahli-ahli DAP sendiri bukannya anggota komunis atau hamba sahaya Maharaja Cina yang tidak mampu menyoal atau membantah sang Ketua. Jika parti sendiri tidak dapat mengikut prosedur. bagaimana DAP mampu berangan untuk memerintah negara ??? Untuk pengetahuan DAP, memerintah negara bukan seperti mentadbir perniagaan along atau kongsi gelap. Memerintah negara perlu bersandarkan undang-undang dan perlembagaan. 

Oleh itu,inilah disarankan kepada Kit Siang,daripada saban hari membincangkan kehilangan MH370 dan hal-hal negara,adalah lebih baik jika Lim Kit Siang menulis memperjelaskan mengenai ke mana hilangnya para perwakilan CEC semasa hari pemilihan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates