Pembangkang suka menggunakan istilah ‘selektif’ apabila menuduh kerajaan mengamalkan sikap berpilih-pilih dalam hubungannya dengan pemimpin atau parti pembangkang.Hanya dengan melihat insiden-insiden atau kenyataan tertentu pemimpin pembangkang baru rakyat sedar pihak mana sebenarnya yang suka bersikap selektif atau dalam peribahasa Melayunya ‘pilih bulu’.Ketika menghadiri majlis perjumpaan Presiden Barack Obama dengan
lebih 100 pemimpin muda peserta Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (YSEALI) itu berlangsung di Universiti Malaya baru-baru ini,Ahli Parlimen Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar bangun untuk bertanya pemimpin kuasa besar Amerika Syarikat itu tidak mahu bertanya dengan bapanya,Anwar.Obama tidak menjawab soalan itu apabila diberitahu oleh pihak keselamatan bahawa yang bertanya itu adalah anak pembangkang itu sendiri.Apabila soalan beliau tidak dihiraukan Obama,Nurul Izzah membuat kenyataan media mendakwa presiden itu mengamalkan sikap selektif dalam memperjuangkan demokrasi apabila bertindak tidak bertemu dengan Anwar.
Perlu dijelaskan,pentadbiran Amerika Syarikat yang membuat keputusan bahawa Presiden Obama tidak akan membuat pertemuan dengan ketua umum PKR semasa lawatan rasmi tiganya ke Malaysia.Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat,Susan Rice yang membuat kenyataan berkata tidak ada sebarang jadual pertemuan antara Obama dan Anwar.Tuduhan Anwar bahawa kerajaan Malaysia menekan Amerika Syarikat supaya Obama tidak bertemu Anwar tidak masuk akal jelas Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mempersoalkan bagaimana sebuah negara kecil boleh mendesak sebuah negara kuasa besar.Apabila pembangkang tidak dapat apa yang dihajati,mereka gemar menggunakan istilah selektif samada untuk menutup malu mereka atau mengalihkan isu sebenar.Pembangkang lupa bahawa dalam isu layanan terhadap media,merekalah ‘culprit’ yang selalu bersikap talam dua muka terutamanya terhadap media arus perdana.Siapa yang boleh lupa kata-kata ancaman Anwar kepada petugas media arus perdana, ‘U ulang I saman’,apabila ditanya bertalu-talu mengapa ketua pembangkang itu hanya gemar menyaman media tempatan tetapi tidak berani mengambil tindakan sama ke atas antarabangsa.Begitu juga ketika ditanya wartawan TV3 berkenaan isu jam Omega yang berhubungkait dengan video seks Anwar dengan pelacur Cina,beliau bersikap berang dan biadap terhadap pertugas media itu.
Dalam hal ini siapa sebenarnya yang bersikap selektif ??? Tidakkah parti rasis Dap bersikap selektif apabila mengharamkan media arus perdana khususnya Utusan Malaysia dan TV3 daripada membuat liputan berita sidang media dan sidang Dewan Undangan Negeri ???
Bagaimana pulangan tindakan PKR yang melekatkan notis di pintu bilik mesyuarat ibupejabat parti itu untuk tidak membenarkan kedua-dua media yang sama membuat liputan sidang media mereka ???
Petugas media hanya menjalankan tugas hakiki mereka sebagai wartawan dan mereka tidak sepatutnya dijadikan mangsa agenda politik pembangkang apabila sesuatu berita mendedahkan kelemahan, penyelewengan atau sikap hipokirt pemimpin pembangkang.Dalam perbicaraan dua kes liwat membabitkan Anwar pada 1998 dan 2008, pembangkang juga menuduh badan kehakiman negara bersikap selektif.Bagaimana kerajaan atau pihak kehakiman boleh bersikap selektif apabila perbicaraan Anwar adalah hasil laporan polis yang telah dibuat oleh mangsa nafsu rakusnya.Apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Januari 2012,mengapa pembangkang tiba-tiba bersikap lunak terhadap badan kehakiman malah memuji hakim tersebut atas keputusan yang adil.Tidak timbul pula istilah-istilah seperti selektif, tidak adil, pincang, manipulasi, kroni dan sebagaimananya apabila ketua pembangkang itu dibebaskan.
Jadi sebenarnya pembangkanglah yang berpilih-pilih dalam sikap mereka untuk disesuaikan dengan agenda politik mereka.Apabila sesuautu keputusan atau tindakan kerajaan tidak memihak kepada mereka, maka kerajaan dituduh bersikap selektif.Sebaliknya,apabila keputusan mahkamah memenangkan mereka,hakim dipuji melambung malah pada ketika itu tidak ada cacat celanya pada badan kehakiman.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment