Keganasan yang tercetus semasa perhimpunan haram anti-GST pada Hari Buruh mengukuhkan persepsi rakyat bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.Keganasan yang berlaku bukan buat pertama kali tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam setiap demonstrasi dan perhimpunan yang diadakan terutamanya di ibu negara.
Mereka mendabik dada bahawa merekalah yang paling demokratik dan menjunjung undang-undang, kononnya berjuang untuk negara hukum.Bagaimanapun apabila undang-undang tidak menyebelahi mereka,pembangkanglah pihak yang pertama melanggari segala peraturan yang mereka pertahankan.Umpamanya pihak polis telah menyatakan perhimpunan anti-GST tersebut adalah haram dari segi undang-undang kerana penganjur tidak mematuhi syarat-syarat mengadakan perhimpunan sebagaimana termaktub di dalam Akta Perhimpuanan Aman 2012.Malah sebelum akta tersebut digubal pembangkang mahu agar mereka dibenarkan berhimpun di dalam stadium atau tempat tertutup.Apabila syarat tersebut dimasukkan dil dalam akta berkenaan merekalah yang pertama sekali menolaknya pula dan mahu mengadakan demonstrasi jalanan.
Dalam perhimpunan haram mana-mana pun pasti akan terjadi kejadian yang tidak diingini berlaku.Di dalam undang-undang sudah nyata dan jelas kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa bersama dalam sebarang perhimpunan.Apa yang berlaku penyokong pembangkang tetap menyeret anak-anak yang tidak berdosa dan mendedahkan mereka kepada risiko tercedera sekiranya terperangkap di dalam insiden keganasan.Pembangkang juga berjanji untuk tidak mengusik atau menganggu gugat tugas petugas media.Apabila yang berlaku adalah sebaliknya,wartawan diganasi dan dikasari sehingga ada yang tercedera.Perkara ini tidak harus berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengamalkan sikap terbuka berhubung kebebasan media.Sekiranya inilah sikap pembangkang yang mensasarkan pertugas media khususnya daripada media arus perdana masa depan industri media di negara ini akan gelap sekiranya pihak pembangkang memegang kuasa.Apa yang disebut oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim,Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kononnya kebebasan akan dijamin di bawah sekiranya mereka berkuasa hanyalah cakap kosong dan retorik sahaja.
Hakikatnya pembangkang adalah musuh media kerana walaupun mereka berkuasa di beberapa buah negeri, namun nasib pertugas media yang tidak disukai mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3 sentiasa didiskriminasi.Wartawan diancam dengan tindakan saman dan undang-undang setiap kali mereka mengajukan soalan yang mampu menggugatkan kredibiliti dan kewibawaan mereke sebagai pemimpin politik.Malah sering kali para wartawan media arus perdana dimalukan dan diperli dikhalayak ramai kerana bertanyakan soalan yang mereka anggap sensitif.
Bagaimanapun pemimpin pembangkang seperti Anwar amat lunak sekali apabila berdepan dengan media asing atau antarabangsa,jauh berbeza dengan layanan yang diberikan kepada media tempatan.Bagi Anwar media tempatan kecuali akhbar atau portal media yang menyokongnya, patut dilayan seperti hampas kerana kononnya tidak memberi ruang secukupnya kepada beliau.Tidakkah Anwar boleh dikatakan mendapat perhatian media saban hari di dalam media utama negara sejak 1998 ???
Mungkin beliau hanya media mengikut telunjuknya sepertimana beliau mencengkam media arus perdana semasa berada di dalam kerajaan dahulu.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment