Hudud adalah masalah Pakatan,tetapi,dengan tidak semena-mena,ia turut menjadi masalah Barisan Nasional apabila UMNO mengambil pendirian terbuka terhadap cadangan perlaksanaan hudud di Kelantan.Sebelum ini pendirian UMNO mengenai hudud adalah jelas iaitu berpegang kepada hakikat bahawa ia tidak sesuai dengan landskap politik dan sosial negara ini.Malaysia adalah negara demokrasi di mana kita perlu menerima kemungkinan pertukaran kerajaan dan sekali gus pertukaran polisi.Malaysia juga mempunyai ratio antara Islam dan bukan Islam yang hampir seimbang sekali gus menjadikan perlaksanaan hudud tersangat sukar dan berisiko besar akan membawa ketidak-adilan.UMNO sebenarnya tidak perlu membuktikan keIslaman melalui hudud yang hanya merupakan sebahagian kecil di dalam Islam.Lebih dari itu,UMNO telah pun melaksanakan jauh lebih banyak program-program pembangunan dan perkembangan syiar Islam yang jauh lebih signifikan lagi.Malah,UMNO juga merupakan tonggak pertahanan bagi memastikan kedudukan Islam berada di tempat tertinggi di negara ini.Kita faham bahawa UMNO amat mendambakan perpaduan ummah dan tidak pernah jemu menghulur tangan persahabatan kepada PAS.Malangnya,dalam usaha itu,UMNO telah menjadi keliru,lalu goyah dalam memperkatakan pendirian mengenai hudud.UMNO akhirnya turut termakan dakyah PAS bahawa menolak hudud bermakna menolak Islam. UMNO kini ingin bekerjasama membantu PAS merealisasikan hudud di Kelantan.
Dalam pada itu,PKR dan DAP pula terus konsisten dan lantang dalam menolak hudud mentah-mentah.Namun,kedua-dua parti itu masih lagi bersama PAS.PAS juga nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda yang ia akan meninggalkan Pakatan walaupun kedua sekutunya membantah cadangannya untuk melaksanakan hudud di Kelantan.Apa yang menarik,mereka menekan MCA pula untuk membuktikan pendirian mengenai hudud.seperti dijangka,MCA pun memainkan peranan menekan UMNO dengan mengugut akan keluar dari BN sekiranya hudud dilaksanakan di Kelantan.Berdasarkan kenyataan PAS bahawa hudud tidak melibatkan bukan Islam,kita sudah dapat mengesan bahawa PAS sekali lagi bersandiwara.PAS tahu bahawa perlaksanaan hudud tanpa melibatkan bukan Islam adalah tidak adil dan tidak akan sekali-kali diluluskan.Namun,PAS sengaja membawa isu ini untuk menarik sokongan Melayu kembali kepada parti itu, sementara di masa yang sama,DAP pula memerangkap UMNO melalui MCA.sekiranya PAS serius ingin melaksanakan hudud,maka parti itu pasti akan keluar dari Pakatan secara sukarela apabila mendapat bantahan keras dari sekutunya dan sekiranya benar PAS serius,DAP sudah tentu akan menarik diri dari Pakatan kalau pun ia tidak memaksa PAS yang keluar.
Dengan ketiga-tiga parti terus kekal di dalam Pakatan,ia dengan sendirinya membuktikan bahawa PAS tidak serius untuk melaksanakan hudud.
Sebaliknya,hudud digunakan untuk memecahbelahkan BN.Nampaknya,UMNO telah gagal mengenali rakan dan lawan sekali gus.Apa yang berlaku menunjukkan bahawa UMNO gagal mengambil iktibar dari kesilapan dan memilih untuk ‘melupakan’ tikaman belakang MCA dalam PRU yang lalu.UMNO gagal membaca niat dan strategi pembangkang. UMNO gagal kerana UMNO tidak tetap pendirian.Di dalam politik,pihak yang mampu bertahan ialah pihak yang tetap pendirian.Lihat sahaja bagaimana PAS menjadi parti paling lemah dalam Pakatan kerana sering berubah pendirian dan hari ini,UMNO juga telah goyah sebaik sahaja ia melonggarkan pendirian.Parti yang tidak tetap pendirian akan mudah dipengaruhi dan dimanipulasi.Akhir kata,tidak perlu rasanya kita mengingatkan UMNO mengenai siapa MCA dan apa kaitannya dengan DAP.Sudah sampai masanya UMNO belajar berfikir sendiri.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
2 comments:
Yg aku nmpk PAS nak perangkap UMNO, tp dah tersalah langkah, masuk perangkap sendiri.
Tp pd aku, apa pun masuk perangkap OK lg, dr masuk Neraka. Ke org PAS ni sume ahli Badar yg dah dpt jaminan ampunan Allah swt ?
Apakah betul sekiranya menolak hudud bererti menolak Islam? Bagaimana dengan parti pas yang katanya menegakkan Islam tetapi terang terang berdampingan dengan yang bukan Islam (sikafir terang terangan menolak Islam)? Tidakkah itu lebih hina daripada permasalahan hudud yang di canangkan? Dan bagaimanakah pula bahagian kepada nenek moyang kita yang sudah kembali kerahmatullah apakah mati mereka mati yang hina disebabkab tidak terlaksananya hukum hudud dimasa hayat beliau? Mohon pencerahan.
Post a Comment