Social Icons

Pages

Saturday, May 10, 2014

KANTOI !!! SAH !!! ISU HUKUM #HUDUD PECAHKAN #PAKATAN #PEMBANGKANG !!!


Polemik hukum hudud antara Pas dan sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang bakal merungkai ikatan kerjasama yang dijalin selama ini.Di satu pihak kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bersama Pas untuk melihat kesesuaian pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan.Ini adalah amat penting kerana Islam sebagai agama syumul amat menitik beratkan soal keadilan dan ketelusan dalam melaksanakan undang-undang syariah.Kelemahan dalam menafsir atau melaksana hukum Tuhan bermkna kesan negatif yang terdalam terhadap keyakinan umat Islam dan juga bukan Islam melihat konsep keadilan yang menjadi tunjang maqasid syariah.Ini juga merupakan satu lagi usaha kerajaan Barisan Nasional untuk menyeleraskan satu standar yang boleh digunapakai di seluruh dunia Islam termasuk juga di negara bukan majoriti Islam.Mewujudkansatu indeks maqasid syariah yang dipelopori oleh Malaysia membolehkan ketidakseimbangan atau kelainan pelaksanaan hukum syariah yang berbeza di negara-negara islam diatasi.Pendekatan bagi mewujudkan satu indeks yang seragam bagi dunia Islam merupakan satu lagi innovasi Malaysia dalam memantapkan pemahaman dan penghayatan Islam di seluruh dunia.Adalah diharapkan indeks maqasid syariah ini boleh disandarkan kepada usaha untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. 

Melihat kepada suasana mesra antara kerajaan dan Pas dalam merealisasikan impian melaksanakan hukum hudud di negeri Cik Siti Wan Kembang itu,tidak mustahil seluruh umat Islam tanpa mengira fahaman politik akan menyokong penuhusaha murni kerajaan tersebut.Bagaimanapun dari segi politik pembangkang,Pas menghadapi tekanan dan kritikan yang hebat dari rakan-rakannya khususnya Dap.Dap mengekalkan sikap ektrimisnya menolak sebarang idea atau pertimbangan terhadap hukum hudud dengan menekankan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.Jika benar dakwaan mereka masakan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam sebagai Agama Negara. Ini bermakna Malaysia sudah menjadi sebuah negara Islam yang berdaulat seak merdeka.Bezanya pelaksanaan hukum Islam memakan masa yang panjang kerana undang-undang penal zaman Inggeris berjalan dan digunapakai.Pelaksanaan hukum Islam memerlukan penelitian dan kajian yang mendalam sebelum ianya dilaksanakan memandangkan keadaan unik masyarakat negara yang majmuk dan serba rencam dari segi budaya dan pegangan agama.Maka dakwaan Dap dan pembangkang Malaysia bukan sebuah negara Islam terbit daripada sikap jahil dan ektrimis yang menolak apa yang sudah termaktub di dalam Perlembagaan.Kemelut ideologi antara Pas dan Dap tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dan kalau ada pun perdamaian hubungan yang tegang tetap menghantui kerjasama politik antara keduanya. Lebih teruk kemungkinan besar pakatan antara Pas,Dap dan PKR akan terlerai dalam sedikit masa lagi apabila ketua de facto mereka, Anwar Ibrahim gagal menunjukkan kepimpinan menanganinya dengan baik. Anwar kini terlalu memikirkan nasib yan bakal menimpanya sekira rayuan kes liwat II ditolak Mahkamah Persekutuan. 

Malah beliau sejak awal sudah mengumumkan bahawa penjara Sg Buloh sedang menunggunya dan kali ini tidak ada lagi alasan bagi mengelakkan hukuman penjara.Melihat senario ini,Anwar tidak mampu memberi tumpuan kepada politik pakatan pembangkang.Apatah lagi kematian Karpal Singh telah meninggalkan satu kesan mendalam kepada pembangkang yang bergantung kepada kebijaksanaan mendiang dalam bidang undang-undang terutamanya berhubung isu hukum hudud.Kematian ahli parlimen Dap bagi Teluk Intan memarahkan lagi tekanan hebat yang kini dialami oleh pembangkang.Kini keangkuhan dan kesombongan mereka untuk menumbangka kerajaan yang sah melalui perhimpunan dan demonstrasi haram terjawab dengan kemelut dan pergolakan yang tidak reda.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates