Social Icons

Pages

Saturday, May 10, 2014

EKSKLUSIF !!! #PAKATAN #PEMBANGKANG PERLU CERMIN DIRI SEBELUM SALAHKAN #UMNO !!!


Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tidak hairan dengan tindakan pakatan pembangkang yang mengelirukan rakyat berkaitan pelbagai isu termasuklah perancangan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).Katanya,memang kerja pembangkang yang akan mengelirukan rakyat dengan memberi fakta yang salah dan sengaja membuat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan.

“CBP merupakan satu kaedah yang kerajaan ketengahkan untuk membuat satu cara pengutipan cukai yang betul dan ia telah terbukti berkesan berdasarkan kepada 160 negara yang telah pun mengaplikasikannya.Pakatan pmbangkang sengaja buat tuduhan yang tidak betul kepada kerajaan kerana kononnya mereka sahaja yang betul malahan kalau dinilai dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita hari ini dapat dilihat bahawa pelbagai masalah rakyat yang timbul hari ini adalah disebabkan oleh kesilapan mereka sendiri.Dalam hal ini beliau memberikan masalah air di Negeri Selangor sebagai contoh untuk dinilai oleh rakyat.Masalah air yang berlaku sekarang ini disebabkan mereka yang lebih suka berpolitik sedangkan perkara ini telah diingatkan empat tahun lalu apabila kita telah minta kelulusan pembinaan takungan air empangan Langat 2 untuk air bersih diberi kepada rakyat namun ia tidak diendahkan.Kesediaan Kerajaan Negeri Pahang untuk menyalurkan air ke Negeri Selangor pun dipandang sepi kerana mereka menjadikan ia isu politik yang dipermainkan secara berterusan. Mereka tidak peduli kepada rakyat sebaliknya mereka hanya mahu menjadi populis.” 

Tegasnya,ini berbeza dengan kerajaan tadbiran Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan amat bertanggungjawab dan mempunyai perancangan sebagaimana yang dilakukan terhadap pembangunan Putrajaya. “Satu bandar baharu Putrajaya iaitu bandar pentadbiran kerajaan Persekutuan telah dibangunkan kerana kita sedar sekiranya kita kekal dengan Ibu Kota Kuala Lumpur maka tentunya kesesakan yang melampau akan berlaku. Dulu pun pembangkang mengatakan pembangunan Putrajaya tidak betul tapi hari ini.Begitu juga dengan CBP yang dibuat bukan untuk populariti tapi untuk percukaian yang betul demi masa hadapan negara,” katanya yang juga Ahli Parlimen Putrajaya. 

Bidasnya lagi, pembangkang akan sentiasa mengatakan apa-apa sahaja yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan adalah salah sedangkan mereka yang patut cermin diri mereka sendiri. “Lihatlah diri mereka sendiri, bagaimana pemilihan dalaman PKR misalnya sedangkan selama ini mereka nak minta bersih, bersih, bersih, tuduh SPR buat salah tapi inilah yang mereka dapat buktikan.Mereka menunding jari kepada orang lain tetapi dalam masa yang sama mereka sendiri tak betul kerana dalam pemilihan mereka berlaku pergaduhan sehinggakan bertumbuk .”

Katanya lagi,apa yang nak dihairankan dalam PKR kerana dalam parti itu wujudnya golongan-golongan yang kecewa ekoran gagal mendapat tempat dalam UMNO. – MediaUMNO

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates