Social Icons

Pages

Wednesday, May 21, 2014

#PRKTELUKINTAN !!! APA HAK #DYANASOFYA BERCAKAP TENTANG PELUANG SAMARATA ???


Dyana Sofya,calon DAP di PRK Teluk Intan mungkin akan lebih dihormati jika beliau menggunakan pendekatan lain dalam kempennya.Dyana boleh menunjukkan sedikit kredibiliti dan kesedaran dengan menyentuh isu-isu tempatan tetapi sebaliknya,beliau memilih untuk menggunakan sepenuh tenaganya untuk berkempen membuktikan betapa beliau seorang yang ‘anti-semangat-nasionalis-Melayu’ tulen.Teluk Intan menjadi medan pertempuran Dyana dengan asal-usulnya sendiri.Dalam Dyana melaungkan perjuangan untuk semua bangsa,Dyana telah menolak untuk memperjuangkan bangsa Melayu dan bumiputera serta mengutuk sesiapa sahaja yang melakukannya.Dyana mempersoalkan UiTM kerana memberi kelebihan kepada Bumiputera tetapi Dyana tidak pula mengutuk UTAR memberi kelebihan kepada Cina.Dyana menegaskan bahawa beliau menentang pendidikan berasaskan kaum tetapi tidak pula menentang kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.Dyana bertanya, ‘bagaimana memasuki UiTM menjadikan seseorang itu ahli UMNO ???'

Jawapannya, memasuki UiTM tidak menjadikan beliau ahli UMNO tetapi ia menjadikan beliau salah seorang bumiputera yang cukup bertuah kerana mendapat peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi di dalam negara di mana pihak minoriti yang memegang kuasa ekonomi.Bagi membela diri,Dyana menyatakan bahawa beliau mencadangkan sebuah institusi yang sama seperti UiTM iaitu memberikan pendidikan yang murah dan berkualiti untuk semua bangsa bagi menepati prinsip peluang samarata.Jelas Dyana bersikap idealistik dan gagal melihat bahawa kesemarataan total tidak membawa kepada keadilan untuk semua.Tidak,selagi adanya iklan kerja kosong yang tertulis ‘Mandarin diutamakan’ dan tidak,selagi pihak pengurusan tertinggi di sektor swasta dikuasai oleh satu kaum sahaja iaitu Cina.Bercakap tentang peluang samarata,Dyana sepatutnya lebih mengetahui bahawa tidak semua mereka yang rajin,berkelayakan dan bijak akan mendapat apa yang mereka rasa mereka layak,jika tidak bagaimana seorang gadis muda yang tidak berpengalaman dan mendapat pendidikan dengan menggunakan ‘hak istimewa bumiputera’ diberi peluang bertanding PRK ??? 

Malah,bagaimana beliau menjadi Setiausaha Politik kepada ‘Maharaja’ DAP ??? Sedangkan ramai lagi yang telah berkhidmat lebih lama dengan dengan DAP dan mempunyai rekod pengalaman politik yang luas.Jadi,kenapa Dyana ??? Tentu sekali bukan kerana ‘merit’ atau ‘rajin’.Dyana menggunakan kelebihannya sebagai Melayu untuk memasuki UiTM dan kemudian menggunakan kelebihan yang sama untuk mengatasi semua individu lain yang lebih layak di dalam DAP untuk menjadi setiausaha kepada Kit Siang dan akhirnya calon pilihanraya semata-mata kerana DAP ingin mengaburi hakikat sikap perkauman mereka.Dengan jalan hidup sebegini,apakah kelayakan Dyana untuk bercakap mengenai hak samarata,kesamarataan total atau merit ??? anda sambung dengan komen,malas nak ulas panjang-panjang,anda tahu kan siapa dyana sofya yang sebenar ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates