Social Icons

Pages

Wednesday, May 21, 2014

EKSKLUSIF !!! #CERMIN #TINTEDGELAP !!! #JPJ @JPJ_MALAYSIA TOLONG AMBIL PERHATIAN !!!


Gua ada sebuah kereta buruk dan kereta gua pakai tinted murah ja sekadar memenuhi kehendak semasa serta untuk melindungi diri dan penumpang dari panas matahari dan mengelakkan kereta gua jadi akuarium.Sebenarnya,gua tinted cermin kereta hanyalah untuk keselesaan keluarga serta penumpang kereta, bukannya bertujuan untuk tidak dikenali atau saja nak menyorok dari Polis dan JPJ..Gua pun bukan tak hensem sangat untuk menyorok disebalik tinted gelap beb.Dannnn...,gua juga bukannya ada rekod jenayah serta gua tak pernah disabitkan bersalah atas melanggar undang-undang negara kecuali kena saman ekor dan AES. Itupun sebab melebihi had laju yang tak sampai pun 110km/j.Bagi gua, tinted cermin kereta ni tak perlu lah jadi isu besar sangat sampai JPJ dan Polis nak buat operasi besar-besaran macam lah tinted cermin tu membahayakan nyawa dan juga keselamatan di jalanraya. Pada pendapat peribadi gua, peraturan cermin gelap ni dah sepatutnya dikaji semula ataupun dimansuhkan terus kerana dah tak relevan beb untuk halang rakyat guna tinted cermin sedangkan berlambak kedai yang offer pemasangannya. 

Lagi satu,kalau betul lah cermin gelap ni boleh menyumbang kepada bahaya dan kemalangan di jalanraya, gua nak sangat mintak JPJ atau Polis kemukakan angka sebenar yang dikaitkan dengan kemalangan jalanraya di Malaysia. Bagi sekali kajian yang menunjukkan bahawa dengan tidak tinted cermin kereta, kemalangan jalanraya dapat dikurangkan sekaligus dapat menyelamatkan nyawa pengguna di jalanraya ye.Dan berkenaan alasan dari JPJ serta Polis yang mendakwa tinted cermin gelap akan menimbulkan keraguan sama ada kenderaan tersebut mungkin membawa penjenayah, cuba jelaskan tentang van yang langsung tak mempunyai tingkap dikeseluruhan bahagian belakangnya.. Bas ekspress yang pakai tinted gelap serta pakai langsir pun terdedah kepada keraguan membawa penjenayah tapi kenapa JPJ dan Polis biarkan je bermaharajalela diatas jalanraya di Malaysia? So...,gua bukan menentang peraturan jalanraya yang dibuat untuk kebaikan pengguna seluruh Malaysia..,tapi gua menentang peraturan yang berat sebelah serta menyusahkan rakyat hanya semata-mata nak kaut keuntungan dan hanya nak memenuhi KPI bagi pihak-pihak tertentu.

Kena ingat jugak beb..., negara kita ni selalunya bercuaca panas..,dan kalau peraturan JPJ dan Polis taknak bagi rakyat tinted cermin gelap,itu dah kira peraturan kurang cerdik.Pastu kalau nak kaitkan kegiatan jenayah dengan tinted cermin gelap,kenyataan tu amatlah dangkal kerana Pegawai Polis serta JPJ sendiri guna tinted gelap pada kereta dorang kann... 

Kesimpulannya...,dah banyak negara luar benarkan penggunaan tinted cermin gelap di negara dorang..Tak pulak rakyat atau penguatkuasa dinegara tu ada masalah dengan kebenaran tersebut. 

Harapnya pihak JPJ dan juga Polis Malaysia ambik lah inisiatif untuk mengkaji semula peraturan-peraturan lapuk yang dah tak sesuai dengan peredaran zaman.Jangan pulak kerana keras kepala nak tunjuk kuasa, rakyat makin meluat dan imej penguatkuasa negara akan dipandang rendah. Gua sayang dan sokong JPJ dan juga PDRM.Gua taknak imej JPJ dan Polis Malaysia dipandang hina semata2 kerana isu remeh macam tinted cermin ni.. Peace!!! - MPP

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Cuba baca blog Mazidul...terbaekk!!!

 
 
Blogger Templates