Menerima panggilan dari Mursyidul Am PAS,Datuk Nik Abdul Aziz yang bertanyakan khabar dirinya selepas bercerai,menunjukkan kedudukan bekas pelakon wanita,Abby Abadi di sisi Nik Aziz begitu tinggi sebenarnya.Instagram Abby AbadiUmum mengetahui,kes perceraian antara Abby dan suaminya,Muhammad Noor Farhan,telah pun selesai pada Rabu lalu selepas Farhan membuat lafaz cerai melalui sistem pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei tahun ini dan dikira sebagai sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.Menurut laporan harakahdaily.net,selepas berita perceraian Abby disahkan oleh semua media,Nik Aziz secara peribadinya telah membuat panggilan telefon kepada pelakon wanita itu pada Rabu lalu.Malah,Abby sendiri melalui laman Instagramnya turut menyatakan mengakui menerima panggilan telefon dari Nik Aziz yang dikatanya sedih mendengar berita perpisahan antara dirinya dan bekas suami.Semua pihak tahu,selepas Abby bercerai dengan bekas suaminya yang pertama iaitu Norman Hakim dan selepas pulang dari menunaikan umrah di Mekah,Abby telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan lebih mendekatkan diri kepada Tuhan.
Malah,perubahan Abby itu diterima baik oleh semua pihak.Namun,lama-kelamaan pembawakan diri Abby mengenai isu agama dilihat semakin agresif di mana mudah menjatuhkan hukum kepada pihak yang melakukan kesilapan.Serta,mudah bagi Abby untuk bersuara mengenai isu agama tanpa fakta dan hujah yang kukuh.Penglibatan dirinya ke dalam dunia politik dan menyertai parti PAS juga membuatkan ramai pihak,malah ada segelintir dari peminatnya terkadang tidak boleh menerima cara pelakon wanita itu berpolitik memandangkan Abby baru sahaja menglibatkan diri dalam dunia politik sementalah dirinya masih lagi kurang pengalaman untuk berpolitik.
Ada masanya Abby mengkritik dan mengutuk parti politik lain kerana tidak senada dengan PAS.Juga,ada masanya Abby membenarkan sesuatu perkara yang dilihat sebagai mencemarkan agama Islam yang dilaksanakan oleh parti PAS.Abby sering kali menyokong kata-kata Nik Aziz yang mendakwa UMNO dan Barisan Nasional sebagai parti yang tidak mengamalkan hukum Islam.
Namun,apabila pendapat menyatakan PAS sebagai parti yang hanya bersandarkan atas nama Islam kerana bersengkongkol dengan DAP dan PKR,dirinya tampil memberitahu PAS diatas jalan yang benar kerana menegakkan syiar Islam demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sebenar dan hubungan PAS dengan kedua parti itu sebagai kerjasama yang baik.Pergerakan Abby yang aktif memberikan ceramah dalam setiap aktiviti anjuran PAS memberikan ruang yang besar buat Abby untuk bercerita semua keburukan dan kelemahan kerajaan Malaysia walaupun ada isunya yang ditokok-tambah.Tetapi,selepas menerima cinta baru dalam hidupnya dan bergelar isteri sekali lagi,Abby dilihat mengambil pendekatan menjauhkan diri dari dunia politik.Serta,tidak lagi aktif berceramah seperti selalu.Berbalik kepada perkara menerima panggilan dari Nik Aziz, di sini,tidak ada salahnya Abby menerima panggilan telefon dari Nik Aziz,guru yang disayanginya.
Kerana,Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengasihi sesama saudara Islamnya.Namun,ia dilihat sebagai satu jalan kemungkinan Abby akan kembali menjadikan politik sebagai pentas utama kerjayanya selepas tidak lagi terikat dengan status sebagai isteri orang.Maka,negara kita akan sekali lagi menerima kehadiran ‘Ustazah Abby’ yang lantang bersuara dan berhujah mengenai politik tanpa ada sebarang fakta dan lebih kepada melebarkan dakyah PAS yang penuh dengan tipu muslihat semata-mata.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
12 comments:
Maka akan terlopong la mulut ostat-ostat PAS dengan air liur berjujuran melihat Ostajah Abby lalu depan mata..
lepas ni baru lah bolih dikatakan Abby tiga rasa..macam ikan tiga rasa..hihihihi
apa pandangan peribadi korang thadap wanita yang menjadi janda akibat bercerai hidup yg brkali-kali?
ni bkan soklan menghina krana soklan ni hanya pada janda2 cantik yg bnyak kali diceraikan atau mminta dceraikan.
abby kasi sama anwar aje. sumbat belakang.
Isyyyyy...! Korang ni.....
With the existence of social media more and more stupidity and hypocrisy will be exposed unintentionally.
Sometimes people just don't know how to react to those stupidity and hypocrisy - are they suppose to laugh? cry? sympathy? or what?
This what we call kifarah. Kifarah men advised kifarah women. Its okey what.
apakah betul saranan ini?
ikut apa yang di nasihatkan tetapi jangan ikut apa yang diperbuatkan
bagaimana kalau nasihat itu salah tetapi perbuatannya betul?
atau
nasihatnya tidak betul dan perbuatan juga tidak betul?
Tak baik cakau2 tau... Sakit i.. Ganaslah u ni..keh keh keh
Ore kelate kata ..
cakar harimau VS kerabat Buaya..
mcm mana Ustajah abby.. nak cuba ?
Maka ini peluang exco exco Pas merisik janda dalam PAS terutama Abby ni... buat bini kedua. Apa salahnya kan!
Aku terangsang dengan janda yang BRUTUL.
Aku pengamal tegar Pil Singa diminum bersama Air Cop Badak.
Gelaranku Ustaz Barbar Al Maasum Gua Tempurung.
Silakan Adik Abby Abang setia menunggu.
Post a Comment