Kecoh kisah Zaquan Adha curang dengan isteri,Ayu Raudhah tetapi kontroversi Abby Abadi cakar bekas suami dan mendera mental serta fizikal Mohd Noor Farhan lebih mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya.Mungkin juga kelantangan dan pengaruh Abby Abadi yang datang daripada golongan muslimah serta para penyokong daripada ideology politik yang sama membuatkan respon banyak diberikan terhadap kisah yang menimpa rumahtangga ketiga Abby atau Arbaeyah Manan itu.Seringkali dilihat Abby bijak mengatur jawapan mahupun balasan terhadap sebarang serangan melalui tulisan yang dibuat terhadapnya.Tetapi kali ini,seorang wartawan senior yang terkenal tampil menegur Abby yang sekian lama dikenalinya.Fauziah Samad atau popular dengan panggilan Kak Jee menerusi blognya baru-baru ini menulis surat terbuka untuk menegur dan menyelamatkan maruah Abby sebagai seorang selebriti,isteri,ibu dan juga sebagai wanita daripada terus dicaci orang-orang yang sekadar melihat ia dari sudut yang negatif sahaja.jom ikuti pandangan beliau di bawah
UNTUK SELANJUTNYA
Assalammualaikum
Arbakyah.Maaf jika nota ini Kjee tulis secara terbuka.Kjee lebih suka berterus terang dan telus.Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC,Bakyah jer),berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang,Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt,namun itu hak awak sebagai seorang manusia.Apapun Arbakyah,Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu,ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.Kalau dulu,awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu,sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga (pembetulan,sepengetahuan ammboi kali kedua).Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu.
Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak ‘menghangkut satu lori’ wartawan media cetak dan jugak elektronik,untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.Kini,episod budak Farhan pulak.Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.Langit tak selalunya cerah.Sebagai wanita,kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang.Jodoh,pertemuan,ajal dan maut di tangan Allah swt.Walaupun jodoh tidak berpanjangan,seharusnya sebagai wanita,yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini,awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan.Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu,seorang yang cukup matang.Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang.Apa-apa jerlah.Tetapi setelah jodoh tidak panjang,sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!
Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam.
Kjee mohon Arbakyah duduk semeja dengan rakan karib awak,Shasha Saidin.Contohi cara Shasha menangani masalah rumahtangganya.Walaupun tidak bertudung litup seperti awak,namun cara Shasha rasanya lebih Islamik dan sopan bagi seorang Muslimah! Kjee pernah menulis mengenai Shasha di SINI.Sudahlah Arbakyah.Tak payah bukak lagi pekung rumahtangga awak. Dia bagi kenyataan, awak balas. Dia kan budak hingusan. Melatah ikut naluri anak muda.Tapi awak yang sepatutnya lebih matang sebab sudah tiga kali berkahwin,tak perlu melatah!
Do not wash dirty linen in public!
Apapun cara awak pertahankan diri awak,your haters tetap tidak menyebelahi awak! Walaupun mereka jugak tidak mahu menyebelahi Farhan, namun jauh di sudut hati mereka,mereka tetap lebih mengasihani budak muda tersebut.
Alangkah elok dari mula lagi
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
6 comments:
ko jgn nk spin la, xkan wanita btaraf ustazah ni bole mpunyai sifat yg brutal sgx18?
xkn la muslimah naungan pas yg bkongsi micropon dgn ulama diatas pentas ni bole bsifat derhaka kat laki dia?
agak2 la bro nk spin pn.
abby dah kawen 3 kali ke??
-smh-
wanita bertaraf ustazah?? ko ni teruk sgt taksub dgn pompuan ni.. die blaja di pondok mana? mana taska,kafa,mengaji yg die mengajar?? artis pakai tudung lps tu jd selebriti pas atas stage ko da bg title ustazah.. terang lagi besuluh sblm kawin abby ckp laki die matang lepas cerai die cakap belum matang ..yg ni terang die spin xnak plak ko mengaku.. ulamak confirm maksum ke??? stakat jd ulamak politik agungkan parti siap spin hukum hakam .. ko 24 jam dgn abby ke smp ko leh confirm die tu baik sgt???? ko sndr hidup xmenentu dok betuhan kan ulamak lebih baik malu dgn paderi
USTAZAH ? KAH KAH KAH.. . BERKONGSI MICROPHONE DGN ULAMAK ? ( NYANYI LAGU BILAKAH NAK SAMPAI KE. ABBY PEGANG MICROPHONE?)
NAK TAU BRUTAL TAK BRUTAL TENGGOK VEDEO CLIP MCMANA NORMAN HAKIM KENA SERANG DPN PASARAYA CARREFOUR. SIAP BAWAK WARTAEAN ? POMPUAN JENIS APA KALAU SENGAJA BAGI MALI KT LAGI. TABEK PD NORMAN. COOL JE.
RUMAH TANGGA SENDARI TAK BOLEH JAGA LAGI MAU CKP MASAALAH NEGARA ? UGAMA LAGI ? APA BARANG BEB ?
Macai2 party ajaran sesat tu boleh ler ko germal abby oii. . .
Abang Aji Rasa Abang Aji sesuai sangat jika dijodohkan dengan Adik Abby. Abang Long kini berumur 45 tahun.
Lelaki umur begini sedang-sedang elok. Tak tinggi tak juga rendah, tak gemuk tak kurus, tak lembik masih tegang berdaulat.
Manis ada misai pun ada. Abang Aji ni duda anak tiada. Isteri mohon cerai kerana dia parti cop keris. Abang Aji pula parti cop bulan.
Abang Aji rasa kita memang ngam. Kita boleh buat konsert di pentas yang sama. Pasti box office.
Biar semua orang tahu kita Seiring sejalan. Adik Abby suka cakar-cakar, Abang Aji pulak suka tendang-tendang.Abang Aji pengamal tegar Pil Kuda manakala Adik Abby pula mengamal majun harimau.
Hebatkan kita. Sila hubungi Abang Aji di www.kudajantan.com.my
Post a Comment