Social Icons

Pages

Monday, June 23, 2014

EKSKLUSIF !!! VIDEO PENUH KEKECOHAN #PEMILIHANPKR DI #KOTARAJA DIDEDAHKAN !!!


1 lagi video telah tersebar berkenaan kekecohan pemilihan PKR.Kali ini kes di kawasan Cabang Kota Raja yang melibatkan 2 orang petugas JPP dilaporkan telah mengalami kecederaan dalam sesi pemilihan semula.Pergaduhan yang tercetus pada kira-kira 4.15 petang itu bermula dari dalam dewan menyebabkan penyokong calon yang berada di luar berang.Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa pergaduhan itu bermula apabila seorang pengundi dipercayai cuba memecahkan peti undi selepas membuang undinya sehingga menimbulkan kekecohan.Penyokong calon yang mengetahui insiden itu merempuh pagar pusat mengundi namun dihalang Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang mengawal ketat pintu masuk utama ke dewan berkenaan.

Situasi tegang itu bertambah 'panas' apabila ada penyokong calon di luar dewan mula membaling kerusi antara satu sama lain.Kedua-dua mangsa,yang dipercayai penyokong dan pengundi,cedera di bahagian kepala menyebabkan proses pengundian semula cabang berkenaan terpaksa dihentikan.Difahamkan pengumuman penutupan pusat mengundi itu dibuat wakil JPP atas faktor keselamatan namun beliau menyatakan peti undi tidak dirosakkan dan dihantar ke ibu pejabat PKR dengan diiringi polis untuk proses pengiraan pada kira-kira 5.30 petang.Terdahulu,beberapa penyokong melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan seorang calon yang juga penyandang Ketua Cabang Kota Raja Dr Xavier Jayakumar kerana mengarahkan sekumpulan pengundi keluar dari dewan pengundian. K. Krishnan,mendakwa Xavier yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Andalas cuba menyalahgunakan kuasanya sebagai wakil rakyat.

JOM LIHAT VIDEO DI BAWAH



APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates