Social Icons

Pages

Tuesday, June 10, 2014

FAKTA !!! #PKR AKAN LUMPUH TAK LAMA LAGI !!! WAJIB BACA !!!


Apa yang berlaku sekarang hanyalah satu prognosis politik.Besar kemungkinan natijah daripada sikap berpuak yang saling membenci dan dendam yang semakin mendalam ini akan mengakibatkan PKR lumpuh.Ia mungkin gagal untuk menarik minat ahli dan penyokong baru.Malah ahli dan golongan yang bersimpati dengannya akan mula berhijrah menyokong entiti politik lain.Sudah pasti mereka tidak mahu menaruh harapan kepada ketam-ketam politik yang cuba mengajar anak dan penyokong mereka untuk berjalan betul.

Baru ada seorang menteri besar pun,PKR tidak mampu mendisiplinkannya supaya akur pada visi dan misi parti.Lompongan budaya politik terbesar dalam PKR ialah ia mengambil pendirian bahawa ia sentiasa betul dan yang silap serta jahat ialah pihak lain.Ia juga bersikap serba tahu sehingga idea dan pandangan ahli serta penyokong sendiri sering diketepikan.Dalam mana-mana pertubuhan pun akan berlaku proses peningkatan kefahaman dan amalan dalam perjuangan.

Namun peningkatan itu tidak akan berlaku jika proses pemurnian adab dan kebudimanan akhlak tidak disemai sejak awal lagi.Usaha begini seharusnya terancang dan mereka tidak boleh dilemaskan oleh suasana hiruk pikuk yang diadun dengan rasa benci terhadap nasab keturunan kebanyakan pemimpin mereka sendiri yang dipanggil Umno.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

PADA SISI YANG POSITIF:

PKR ADALAH SATU-SATUNYA DI DUNIA YANG MENEPATI CIRI-CIRI DINASTI-NEPOTISTIK KEUNIVERSALAN.

Aku Yang Bingai said...

Belum tentu lagi, bro. Ramai lagi yang tak sedar diri dan juga golongan yang mencari jawatan akan menyertai mereka. hehehe

Anonymous said...

PKR ni dah terikut dengan budaya umno yang berpuak2 dan saling membenci dan pendendam.... cuma bab rasuah setakat ni PKR tak terikut lagi macam umno yang dah haprak

 
 
Blogger Templates