Social Icons

Pages

Wednesday, June 25, 2014

#KALIMAHALLAH !!! #PAS RELA MENJUAL AGAMA ISLAM KERANA #DAP ??? APA CERITA NI ???


Perjuangan PAS untuk menegakkan Islam sudah lama terbukti sebagai sekadar hipokrasi untuk merebut kuasa politik.Namun,saya tidak pula menyangka yang PAS bukan sahaja sudah tidak ikhlas mempertahankan Islam,tetapi sanggup pula memperjuangkan Kristianisasi.Tindak tanduk dan dolak dalih PAS apabila berbicara tentang Kristian sudah lama meragukan kita semua.Sejak penyingkiran Datuk Hassan Ali berikutan isu murtad,PAS terus konsisten mempertahankan Kristian dan meminggirkan Islam.Dalam pada itu,PAS tetap mencuba untuk mengelirukan penyokong mereka dengan memainkan isu hudud.Bagaimanapun,isu hudud juga bagaikan ‘ditutup’ sendiri oleh PAS apabila UMNO bersedia bekerjasama melalui Jawatankuasa Teknikal bagi memastikan undang-undang tersebut dapat dirangka dengan sempurna dan direalisasikan.Akibatnya,PAS memutuskan untuk menangguhkan pembentangan hudud dan membisu seribu bahasa mengenainya.Bagi para pemerhati politik,kita semua sudah lama maklum bahawa PAS bukannya serius ingin melaksanakan hudud.Jika PAS serius,ia tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP yang menolak hudud mentah-mentah. 

Mana mungkin PAS akan dapat melaksanakan hudud selagi ia berada di dalam PR.Apatah lagi apabila DAP mengulangi buat kesekian kalinya bahawa negara ini bukan negara Islam tetapi negara sekular dan PAS pula langsung tidak membantah.Ini merupakan bukti paling kukuh bahawa PAS sememangnya tidak ingin melaksanakan hudud kerana tidak mungkin hudud dapat dilaksanakan di bawah negara sekular.Dengan itu,sebarang perbincangan mengenai hudud oleh PAS tidak harus dilayan lagi.Semua pihak wajib menerima hakikat bahawa PAS pada hari ini tidak lagi berminat mengenai hudud,Negara Islam mahupun Islam itu sendiri.PAS hari ini terlalu sibuk membela puak Kristian yang berusaha memurtadkan umat Islam.Menggunakan hujah dari AlQuran yang tidak membenarkan paksaan dalam agama maka PAS membela usaha Kristian untuk memurtadkan umat Islam melalui manipulasi Injil berbahasa Melayu dengan menggantikan nama Tuhan Bapa kepada nama ‘Allah’. 

PAS hari ini berdiri bersama-sama Kristian menempelak MAIS dan JAIS. PAS menolak peranan dan kuasa MAIS dan mendesak agar kuasa itu dihapuskan sahaja.Hujah PAS ialah MAIS telah memberi gambaran bahawa Islam tidak menghormati kitab agama lain apabila bertindak merampas Injil berbahasa Melayu yang menggunakan nama ‘Allah’ dari Bible Society tidak lama dahulu. MAIS bertegas dan enggan memulangkan Injil tersebut berdasarkan undang-undang yang mengharamkan penyalahgunaan nama Allah dalam risalah agama lain.Walaubagaimanapun,PAS memilih untuk membelakangkan undang-undang dan meletakkan kepentingan dakwah Kristian melebihi segala-galanya.Melihat isu ini secara adil dan rasional, maka mungkin MAIS atau JAIS tidak seharusnya menyerbu dan merampas Injil tersebut secara keras,tetapi persoalannya,bukankah pihak Bible Society juga tidak seharusnya melanggar undang-undang ??? Mungkin MAIS dan JAIS perlu menggunakan cara yang lebih ‘lembut’ dalam menangani isu ini, tetapi persoalannya juga, bukankah Bible Society juga boleh menggunakan cara yang lebih baik untuk berdakwah ??? Sehingga kini pihak Kristian tidak mampu berhujah apakah kesan dan akibat atau kelebihan atau mudarat sekiranya nama ‘Allah’ tidak digunakan dalam Injil berbahasa Melayu.Pihak Kristian tidak mampu menjelaskan apakah keperluannya menggunakan nama Allah di dalam Injil untuk edaran di Semenanjung walaupun ia bertentangan dengan undang-undang ??? Atau kenapa perlu ditimbulkan ketegangan dengan sengaja jika undang-undang itu tidak membawa mudarat kepada sesiapa ??? 

Malangnya,PAS nampaknya langsung tidak berminat untuk melihat isu ini dari sudut persepsi, pendapat dan perasaan umat Islam.Sebaliknya,PAS hanya mengambilnya dari perspektif Kristian semata-mata.Hakikatnya,Jika PAS ikhlas bercakap tentang hak, maka ia tidak perlu pun mempersoalkan kuasa MAIS berdasarkan satu insiden.PAS boleh menyatakan ketidakpuasan hati dengan tindakan MAIS tetapi tidak perlu sampai mendesak kepada penghapusan kuasa badan penguasa agama Islam itu.Justeru,saya hairan kenapa PAS ingin sangat agar kuasa MAIS yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan dihapuskan sahaja.Kenapa sampai begitu sekali ??? Sedarkah PAS bahawa tindakan itu bakal melemahkan kedudukan Islam di Selangor ??? Atau apakah itu yang sebenarnya PAS sedang perjuangkan, iaitu melemahkan kedudukan Islam ??? Melihat dari apa yang berlaku,rasanya tidak salah jika dikatakan bahawa PAS sebenarnya sedang memperjuangkan penyebaran agama Kristian di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

PAS sengaja menafikan wujudnya unsur manipulasi dalam aktiviti dakwah Kristian dan kini berusaha pula menutup ruang untuk pihak berkuasa agama Islam bertindak balas. Benar bahawa tidak ada paksaan dalam beragama, termasuk Islam.Tetapi kita juga harus ingat bahawa tidak ada manipulasi dan tipu helah dalam beragama, termasuk Kristian.Agama yang terpaksa disebarkan melalui manipulasi pastinya membawa ajaran yang salah kepada penganutnya.Juga,tidak ada jual beli dalam agama. Agama yang perlu menabur wang untuk membeli penganut,bukanlah agama,tetapi sekadar ‘ajaran’ untuk menyesatkan manusia.Apakah PAS tidak tahu semua ini ?? Atau PAS memang rela dibeli ???

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

7 comments:

Anonymous said...

agama kalau tulen susah nak disebarkan tetapi agama kalau tidak tulen apatah lagi kategori sesat mudah disebar.

ajaran sesat ada dalam semua agama, cumanya apakah semua agama mempunyai mekanisma dan kuasa untuk menghalang ajaran sesat?

Anonymous said...

Sama macam sistem politik ada yang condong pada sistem AS, ada yang hanya sedikit condong pada AS dan ada yang bertentangan dengan amalan AS.

Bagi yang condong kuat pada AS akan dianggap tulen dan bagi yang bertentangan dengan AS akan dianggap sesat.

Bagi pihak yang sedikit condong pada sistem AS dan terutama pihak yang bertentangan makanya sesatlah mereka dan jauhlah mereka dari restu AS.

Tidak dapat restu tak mengapa lagi teapi kalau silap hari bulan mereka akan dipaksa untuk mengikut 100% anutan AS atau dijadikan seteru.

Anonymous said...

Kuasa MAIS telah diwujudkan oleh pemimpin Islam/UMNO terdahulu sebagai benteng terakhir untuk orang2 Islam mempertahankan akidah orang2 Islam dari dimurtadkan oleh orang2 Kristian. Orang2 Kristian jahat mereka mempunyai agenda untuk mengkristiankan orang2 Melayu dengan apa cara sekali pun termasuk umpanan wang dan tipu daya. Kalau benteng terakhir ini pun mahu dipecah PAS, maka PAS akan dilaknati Allah. Semoga Allah menghancurkan PAS pada PRU14. Amin

SentiasaPanas said...

Amiin..

Anonymous said...

Lu owang jangan mpersendakn prjuangan pas ok?

Lu owang mmg xkan paham apa sbenarnya yg pas juangkn.
Pas la parti tunggal harapan melayu dan islam.
Ketokohan YM dan YB Tuan Guru@Tok Guru mmg tiada tandingan.
Beliau adalah pnghafal hadis trsohor seantero nusantara.
Walaupn skarang beliau diusia senja nk masuk Isyak tp rakyat kelantan yg ksesatan msih mncari beliau.
So jangan kutuk@mock dia k.

Anonymous said...

Parti umno ni memang dah terang2 sesat... dah la anti hadis... pastu gunakan agama untuk kepentingan perut masing2.. kata kat pas benarkan org kristian guna kalimah allah... kat sabah sarawak umno benarkan guna kalimah allah apa cita... nampak tak permainan umno... kalau admin ni memang dia tak nampak dia penulis blog upahan...

Anonymous said...

Salam Bro,anoy june 28 at 11;32pm,cuba faham situasi dulu,jgn hentam sebarangan.Yang dihalang digunakan ialah di Semenanjung bukannya di Sabah atau Sarawak,Ngok!Dulu mana ada UMNO di Sabah atau Sarawak.Alo Brother! kalau nak bercakap tu pakai akailah sikit!

 
 
Blogger Templates