Social Icons

Pages

Tuesday, June 10, 2014

#PEMILIHANPKR !!! #PKR UMPAMA KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN DENGAN BETUL !!!


Panggillah sahaja ia proses penyulingan atau penapisan politik.Namun pemimpin-pemimpin PKR pasti akan cuba mengatakan episod huru-hara dalam proses pemilihan pemimpin 2014 parti itu sebagai satu “peningkatan” dalam perjuangannya.Pemimpin seperti Anwar Ibrahim akan menggunakan kemahirannya beretorik untuk mengistilahkan ia sebagai satu islah, pencerahan dan pelbagai lagi kata nama yang muluk untuk merangsang rakyat terus percaya kepada PKR. 

PKR akan menafsirkan sejarah untuk menanam persepsi luhur terhadap perjuangannya.Hujah paling besar yang mungkin dijaja ialah proses pemilihan ini akan “menyaring hanya pemimpin lebih baik ditonjolkan untuk mengarak obor keadilan,kebenaran dan demokrasi”.Maka sambungan hujah mereka tentu bahawasanya segala tuduhan rasuah,salahguna kuasa,kelemahan pengurus pemilihan dan juga rasukan samseng dalam pemilihan berkenaan “akan lebih mendewasakan” parti itu. 

Malangnya,semakin dekat garisan penamat pemilihan,semakin banyak “najis politik” yang dihamburkan oleh kalangan pimpinan PKR sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

BUKAN KETAM AJAR ANAK BERJALAN LURUS TETAPI DALAM KONTEKS ISU IA ADALAH IBARAT KETAM LARANG ANAK IKUT JEJAK PARENT.

YANG DIMAKSUDKAN IALAH PARENT BOLEH MENGKRITIK DAN ANAK PULA DIANJURKAN MENGKRITIK KEPADA PIHAK LUARAN TETAPI APABILA SI ANAK MENGKRITIK PIHAK DALAMAN IANYA TIDAK DIBENARKAN.

NATIJAHNYA IALAH DEMOKRASI ADALAH KEBEBASAN MENGKRITIK PIHAK LAWAN TETAPI BUKAN PARENT SENDIRI DAN KALAU KELEMAHAN PIHAK SENDIRI DIKRITIK MAKA BERSEDIALAH BERDEPAN DENGAN TINDAKBALAS KERAS DAN TEGAS TANPA KOMPROMI, HE HE.

 
 
Blogger Templates