Social Icons

Pages

Wednesday, July 02, 2014

FAKTA !!! #PKR SUDAH NAZAK DAN TUNGGU NAK TUMBANG !!! WAJIB BACA !!!



Antara alasan yang paling kelakar yang diberikan oleh PKR berhubung insiden tumbuk menumbuk dan berkelahi antara ahli-ahlinya pada mesyuarat agung dan pemilihan semula di beberapa cabangnya adalah disebabkan berebut teman wanita.Samada pengerusi jawatan pemilihan PKR,Johari Abdul seorang yang jahil dan tidak langsung ambil peduli apa yang berlaku di dalam partinya sendiri ataupun beliau sudah mati akal tidak tahu apa lagi alasan yang harus diberi.Keputusan muktamad siapa menang dan siapa kecundang di dalam pemilihan PKR 2014 masih belum dapat diumumkan sehingga sekarang.Ini kerana terlalu banyak dakwaan penyelewengan kertas undi dan politik wang sehingga hampir 40 cabang perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan dan pemilihan semula.Perkara ini tidak pernah berlaku kepada mana-mana parti politik di negara ini samada parti kerajaan ataupun pembangkang.Ini hanya berlaku kepada parti yang diterajui oleh sepasang suami isteri iaitu Anwar Ibrahim sebagai ketua umum dan Dr Wan Azizah Ismail selaku presiden dan jangan lupa juga anak mereka, Nurul Izzah menjawat naib presiden. 

Pemilihan semula hujung minggu lepas menyaksikan adegan-adegan bergaduh dan bertumbuk sehingga adalah yang cedera dikepala amat memalukan PKR yang kononnya sebuah parti yang dihidangkan kepada penyokong dan rakyat sebagai parti alternatif terbaik bagi menggantikan Barisan Nasional. Hakikatnya melihat kepada betapa kecoh dan huru hara PKR ditadbir di bawah Anwar dan Wan Azizah parti itu adalah menyerlahkan sifat jalanannya yang tidak pernah dikikis daripada imej. Daripada jalan ia bangun dan tumbuh sebagai gerakan politik dan kepada jalan jugalah ia kembali untuk menserasikan dirinya kepada sifat asal.Betulkan kata mendiang Karpal Singh bahawa PKR rantaian paling rapuh dalam pakatan pembangkang.Beliau juga pernah berkata Anwar perlu bertaubat atau segala kesalahan yang dilakukan di dalam politik atau peribadi termasuk perbuatan meliwat pembantunya. 

Kini mulut Anwar terkunci kelu tidak tahu hendak berkata apa-apa kerana sememangnya tidak ada alasan lagi hendak disuap kepada rakyat yang melihat gelagat pemimpin dan ahli-ahli PKR.Apa hendak dikata apabila ahli-ahli berantakan sesama sendiri akibat berbalah kem mana yang patut menang dan puak mana yang menipu di dalam proses pemilihan.Hendak di tuduh ini angkara konspirasi Umno sudah jauh daripada logik dan fakta kerana yang bergaduh adalah ahli-ahli PKR sendiri.Sebenarnya Anwar sudah hilang kawalan terhadap partinya apabila ahli-ahlinya sedar bahawa perjuangan politiknya hanyalah untuk mengangkat diri beliau sebagai perdana menteri sahaja dan untuk menaikkan keluarganya di dalam parti. 

Antara kroni Anwar yang paling dibenci di dalam PKR sekarang ialah Azmin Ali.Amin yang amat lantang mengecam Umno kononnya parti itu mengamalkan kronisme dan politik wang kini terbabit pada tahap parah dalam isu yang dibangkitkan terhadap parti lawan.Apa yang dilakukan oleh kem Azmin untuk membeli undi, menghilangkan kertas undi,menggugut perwakilan yang menentangnya malah sanggup menggantung keahlian dalam PKR mereka yang lantang mengkritik beliau menjadi bukti kukuh parti itu sedang nazak dan akan lingkup tidak lama lagi.Ahli-ahli PKR sudah tahu tembelang Anwar dan dan Wan Azizah yang hanya mahu jawatan tertinggi parti itu berlegar di kalangan ahli keluarga mereka dan kroni seperti Azmin.

Para reformis yang bertungkus lumus bersama Anwar semasa era awal gerakan reformasi sudah tidak lagi mendapat apa-apa tempat atau jawatan di dalam parti.Malah kumpulan reformis sudah lama pupus kerana sumbangan dan jasa mereka kepada PKR tidak pernah mendapat penghargaan atau perhatian Anwar.Jika dahulu mereka penjual ikan atau sayur atau penarik beca sekarang nasib mereka lebih teruk dan terus dipinggirkan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Anonymous said...

Alhandullillah..jika benar..dan harap harap benar benar terjadi..yg menherankan macamana penyokong mereka yg ada mata tapi tak melihat..ada hati penuh dgn dendam..sedangkan apa yg dihidangkan pemerintah tidak sedikit pun dihargai....tetapi yg dipelipori Nuar yg jelas menjahanam fikiran dan harta rakyat itu yg mereka nampak...ish..ish betapa ruginya...cepat cepat la sedar wahai melayu yg terang terang dilembukan olih Nuar dan Wan Jijah...kesian lihat kamu yg akan jadi hamba di Negara kamu sendiri..
Sempena Ramadhan ni buka lah minda kamu dan berubahlah demi kebaikan bangsa melayu dan agama islam kamu.

Anonymous said...

Wanita yang disebut-sebutkan oleh ahli di dalam PKR adalah Nurul Izzah, sebab sesiapa yang menang kerusi bahagian ataupun peringkat negeri bakal ditunangkan dengan Nurul Izzah oleh Anwar selaku pemilih kesukaannya..

Maklumlah.. tuntutan Nurul Izzah untuk menjanda adalah demi bapanya dan bukannya demi suaminya...

Anonymous said...

Kuatnya PKR kerana kerusi.......muehehehe.......

 
 
Blogger Templates