Social Icons

Pages

Thursday, July 03, 2014

FAKTA !!! #PAKATAN #PEMBANGKANG SEBENARNYA TAKUT JIKA #UMNO BERANI MEMBUAT SESUATU !!!


Setiap kali Perdana Menteri membuka mulut,setiap kali juga pembangkang akan mencari jalan untuk memanipulasi atau memutarbelit kenyataan beliau.Kadangkala,pembangkang sengaja berpura-pura tidak memahami maksud sebenar Perdana Menteri,walaupun pada hakikatnya ia begitu jelas.Ucapan Perdana Menteri dalam majlis ulangtahun UMNO Cheras pada 24 Jun lepas,turut tidak ketinggalan dari menjadi mangsa manipulasi pembangkang.Dalam ucapan tersebut,beliau menyeru agar ahli-ahli UMNO menjadi berani.Beliau memberi contoh keberanian yang ditunjukkan oleh Islamic State of Iraq in the Levant (ISIL) yang telah berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun nisbah kekuatan mereka ialah 1:30.Menurut beliau, 

“Sebagai bukti – sama ada kita bersetuju atau tidak dengan mereka bukanlah soalnya – kumpulan ISIL dengan kekuatan hanya 1,300 orang telah berjaya mengalahkan tentera Iraq seramai 30,000 sehinggakan Jeneral dengan 3,4 bintang juga terpaksa lari menyelamatkan diri, terjun dari tingkap di tengah malam. Kenapa? Kernaa mereka takut kepada pihak yang berani.” 

Tanpa perlu memberi penjelasan lanjut,kita semua sedia maklum bahawa Perdana Menteri hanya menyeru UMNO agar mencontohi semangat dan keberanian ISIL dan bukannya untuk menjadi pemberontak seperti mereka.Malah,di awal ayat juga beliau telah menegaskan bahawa kita tidak semestinya setuju dengan tindakan militia tersebut.Walaubagaimanapun,pembangkang telah sengaja berpura-pura tidak faham dengan menyalahtafsirkan kenyataan beliau sebagai menyokong dan mengkagumi ISIL.Kononnya,kenyataan Perdana Menteri dikhuatiri telah menimbulkan rasa ‘kurang senang’ dalam hubungan Malaysia-Iraq.Kononnya,Perdana Menteri kurang peka serta cuai dalam menyusun ayat.Kononnya,Perdana Menteri sememangnya menyokong keganasan dan berbagai-bagai konon lagi. 

Jika begini cara pemikiran pembangkang maka tentulah kita juga tidak boleh merujuk dan belajar apa-apa dari sejarah yang berkaitan peperangan dan keganasan.Mengikut sejarah,Tsun Zu iaitu seorang panglima tentera,pakar strategi dan ahli falsafah terkenal China telah bertindak membunuh dua orang gundik kesayangan Maharaja kerana gagal mengikut arahan dalam satu latihan ketenteraan ke atas para gundik.Hari ini,kita sering merujuk kepada Tsun Zu jika bercakap tentang seni peperangan dan cara memberi arahan.Justeru,apakah ini bermakna dunia mengiktiraf cara latihannya yang tiada belas kasihan ??? Kita juga sering merujuk kepada Adolf Hitler,pemimpin Nazi yang kejam apabila memperkatakan tentang keberkesanan kepimpinan.Tiada siapa boleh menafikan kehebatan Hitler yang mampu mengerahkan ribuan tentera yang setia bagi memperjuangkan matlamatnya. Sejarah Hitler kini menjadi pengajaran yang berguna kepada semua.Justeru,apakah ini bermakna dunia hari ini menyokong kekejamannya ??? Tentu sekali tidak. 

Berdasarkan hakikat ini,sesungguhnya tiada apa yang salah dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai ISIL.Tidak salah UMNO mencontohi keberanian mereka asalkan keberanian itu diarahkan ke haluan yang betul. Mungkin ini sebenarnya yang ditakuti oleh pembangkang iaitu kebangkitan semangat UMNO.Mungkin pembangkang merasa takut sendiri setelah melancarkan strategi memprovokasi dan mencabar undang-undang, Melayu dan Islam tanpa henti. Selama ini pembangkang berani berbuat demikian kerana pasti yang UMNO tidak akan bertindak balas secara keras. Kini pembangkang takut semuanya akan berubah jika UMNO benar-benar menghayati ucapan Perdana Menteri itu.Seharusnya pembangkang lebih bijak dan bertanggungjawab dalam mengatur strategi politik.Taktik menimbulkan ketegangan yang mereka lakukan hari ini cukup membahayakan. Jika keadaan ini berterusan,UMNO tidak perlukan tiupan semangat keberanian ISIL,tetapi cukup dengan kesedaran dan jatidiri yang kuat untuk bangkit menentang kejahatan pembangkang.

Namun,walau apapun terjadi kita pasti bahawa UMNO adalah parti yang waras,matang dan bijak serta tidak akan bertindak ganas dalam apa jua situasi.Yang ganas di Malaysia hanyalah pembangkang dan ini telah terbukti dalam demonstrasi yang dianjurkan mereka, hatta dalam pemilihan parti mereka sendiri.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Kalau nak contoh AS nanti akan ada pihak akan kata di tangan AS lagi ramai manusia yang terkorban.

Habis nak contohi siapa? Gerombolan Chin Peng? Hmmm

Anonymous said...

alsisi ade..,

 
 
Blogger Templates