Social Icons

Pages

Thursday, July 03, 2014

KURANG AJAR !!! #PAKATAN #PEMBANGKANG MAIN ISU PERKAUMAN !!! APA CERITA NI ???


Semasa pilihan raya kecil Teluk Intan,Dap cuba pelbagai taktik untuk menyerang kerajaan.Antara taktik paling ketara ialah dengan menyentuh isu sensitif seperti hak-hak orang Melayu yang sedia termaktub di dalam Perlembagaan.Untuk melaksanakan strategi itu Dap memperkudakan pula seorang calon perempuan muda Melayu supaya ia tidak terlalu jelas bahawa yang menyerang isu itu sebenarnya adalah kumpulan ekstremis.Dalam kempennya calon Dap tersebut membangkitkan isu UiTM sebagai sebuah instititusi pendidikan yang amat berjasa membangunkan sertamengangkat martabat anak-anak Melayu. Calon tersebut membuat pelbagai tiduahn yang tidak berasas terhadap UiTM tanpa bercakap di atas fakta dan realiti hak-hak Melayu yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.Beliau bercakap seolah-olah negara ini tidak punyai sejarah panjang sehingga terbentuk sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan hari ini.Dap mencetuskan kontroversi tersebut tetapi tidak dapat menjawannya dengan fakta dan hujah yang kukuh. Akhirnya isu tersebut menjadi liabiliti dan menempelak Dap sendiri sehingga ia kehilangan kerusi parlimen tersebut. Selepas PRK Teluk Intan berakhir, isu UiTM disambung oleh PKR yang menjadi sekutu kuat Dap di dalam pakatan pembangkang. Seolah-olah PKR dan Dap berpakat untuk terus menyerang dan membangkitkan isu-isu berkaitan hak-hak Melayu supaya timbul rasa tidak senang di kalangan rakyat terhadap hak-hak yang diberi oleh Perlembagaan kepada oramg Melayu. 

Pembangkang mahu kontroversi yang ditimbulkan oleh Dap semasa kempen pilihan raya kecil terus dihidupkandan diapi-apikan demi agenda politik bobrok mereka.PKR pula membangkitkan mengenai sewa yang dibayar kepada syarikat yang membina kampus-kampus UiTM di beberapa tempat.Kononnya kos pembinaan kampus tidak setimpal dengan bayaran sewa yang terpaksa dibayar oleh kerajaan.Sekali lagi taktik pembangkang ialah menembak apa sahaja isu yang difikirkan mempunyai modal politik secara membabi buta dengan harapan ia boleh ‘meletup’.Inilah taktik yang digunapakai oleh pembangkang dengan mengemukankan isu setengah masak yang tidak disandarkan kepada fakta sebenar. Kalau adapun fakta yang mereka ketahui tidak menyebelahi mereka, fakta itu tidak akan dikeluarkan untuk pengetahuan rakyat.Antara contohnya ialah dakwaan kononnya perdana menteri terbabit dalam penanugerahan projek tambahan LRT laluan Ampang yng dibangkitkan oleh pemimpin PKR yang sama yang terbabit dalam pendedahan butiran akaun syarikat NFC. 

Apabil dikemukakan dokumen dan butiran mengenai projek tersebut dan alasan munasabah mengapa projek tersebut diberikan kepada syarikat terbabit, pembangkang terus senyap dan isu tersebut terus mati.Ini mendedahkan taktik tidak bertanggungjawab pembangkang yang langsung tidak beretika menggunakan maklumat yang tidak tepat dan kadangkala tersasar jauh daripada kebenaran mengenai isu yang cuba dibangkitkan.Dalam isu terbaru UiTM ini juga strategi yang sama digunakan dengan mengapi-api suasan supaya menjadi panas dengan statistik atau fakta yang belum tentu sahih atau sah.Apa yang harus dilakukan ialah pihak UiTM mengeluarkan fakta-fakta yang sebenar mengenai isu tersebut dalam masa terdekat supaya isu tersebut tidak terus diputar belitkan oleh pembangkang. Pembangkang hanya mahu mendapat modal politik murahan dengan menyerang UiTM yang menjadi benteng pertahanan pendidikan orang Melayu tanpa mengira kepentingan bangsa dan negara.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa suka buang karan? Kalau nampak ada terseleweng di UiTM kenapa tak pergi saja pejabat MACC? Awat sendiri nak jadi pemain macam Suarez dan refferee sekali gus? Wow, standard world cup tu, kik kik.

Anonymous said...

yalah tu,..

 
 
Blogger Templates