Ketika seluruh dunia bersedih atas tragedi yang menimpa pesawat MH17,seorang gadis yang mendakwa dirinya anak kepada salah seorang penumpang pula bergembira dengan berita itu.Melalui akaun Twitternya,Lisa Hasyim menggunakan hashtag #MH17 untuk meluahkan kegembiraannya, apabila menerima berita pesawat berkenaan telah terhempas di timur Ukraine.Dalam mesej tweetnya,gadis berkenaan mendakwa,dia tidak perlu lagi bersusah payah membunuh ayahnya,dengan berlakunya tragedi itu.
Lisa Hasyim mendakwa,dia benci bapanya,kerana pernah menjadi mangsa rogol lelaki berkenaan.Katanya,dia tidak kisah bapanya mati dalam insiden tragis berkenaan,kerana selama ini,bukan bapanya yang menyara kehidupannya,selain mengibaratkan bapanya seperti haruan makan anak.
Bagaimanapun,pengguna laman Twitter lain berasa sangsi dengan akaun itu, kerana ia baru diwujudkan beberapa jam,selepas tragedi MH17 tersebar.Pengguna Twitter @IzzahSulaiman berkata,mungkin akaun itu sengaja diwujudkan bagi mendapat publisiti murahan,selain dakwaan gadis itu kononnya bapanya salah seorang penumpang juga direka-reka.“Kalau betul ayahnya salah seorang penumpang MH17,kenapa tidak dedahkan sahaja namanya?” soalnya dalam mesej twitter.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
3 comments:
Melayu atau cina yang buat komen tu?Kalau cina, tak apa sebab undang2 Najib tidak boleh untuk orang cina. Kalau melayu, kejap lagi akan dapat liputan media dengan luas dan Ketua Polis Negara akan turut komen-walau tiada laporan,polis akan bertindak. Pemudi UMNO akan keluar kenyataan bertulis 10 muka surat mengutuk kenyataan melayu ini. Tak sampai 24jam, melayu ini pun ditangkap. Inilah kisah undang2 Najib.
To anoy 1.47..apa la koa mengarut..ini..byk berzikir dsan bertaubat di bulan ramadhan yg baik, sia2 la pahala kamu di bulan Puasa kerana nafsu mulut. Sebelum bercakap, fikir2 dahulu, kalau koa kafir, tak bleh nak buat apa2.
Kau jgn nk recist sgt !
Post a Comment