Social Icons

Pages

Tuesday, September 02, 2014

KEPADA @PDRMSIA DAN @KBAB51 !!! TOLONG AMBIL TINDAKAN KEPADA SEMUA PERTUBUHAN HARAM !!!


saya angkat tangan,tabik kepada pihak polis di atas jaminan untuk mengambil tindakan terhadap pertubuhan haram Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) seperti yang diumumkan.Memang sudah sampai masanya,pasukan yang tidak diketahui hujung pangkal akan fungsi penubuhannya ini (tapi menggunakan dana awam untuk beroperasi) diambil tindakan dimana-mana bahagian yang perlu.Apatah lagi bila ada beberapa kejadian dimana anggota pasukan ini bertindak kasar terhadap orang awam dan media yang membuat liputan.Nak kata macam Rukun Tetangga,sejak bila Rukun Tetangga kibar bendera parti politik ??? saya juga bimbang bila dimaklumkan bahawa ahli pasukan ini menggunakan senjata seperti cota dan sebagainya.Hari ini cota,esok mana tahu,bazooka pulak.Itu yang kita tak mahu,maka eloklah sangat pasukan polis bertindak sebelum melarat.Bagaimanapun,saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan yang sama terhadap semua pertubuhan haram di Malaysia ini. 

Kalau dibenar mencadang,nombor satu yang wajib diambil tindakan ialah PR.Ini pun pertubuhan haram,dah berapa tahun kata nak daftar tapi masih tak didaftarkan.Kalau alasannya kerajaan menghalang,kenapa tak bawa ke tengah,ke Mahkamah ??? Bahaya pertubuhan haram seperti Pakatan Rakyat ialah,mereka menipu dan mengelirukan rakyat dengan janji-janji kosong pilihanraya.Rakyat yang tertipu,tidak mampu membawa Pakatan Rakyat ke tengah bila janji tak bertunai sebab ia tidak di daftarkan. Demi kepentingan rakyat, ambillah tindakan kepada Pakatan Rakyat ini.Tak boleh dibenarkan mereka terus menjual nama itu sehingga rakyat keliru kerana menyangka mereka setaraf dengan BN. 

Hakikatnya,Pakatan Rakyat langsung tak sama dengan BN,bertanding pun atas tiket parti masing-masing.Bila berlaku keadaan seperti di Selangor sekarang,dah semua tak tahu nak buat apa,itulah jadinya negeri semaju Selangor tapi ditadbir Menteri Besar bebas dan dibantu 4 Exco PAS.Haru tak haru,hasil dari berkomponen yang didaftarkan dengan air liur semata-mata.Selepas orang yang menipu guna nama Pakatan Rakyat ini diambil tindakan,langkah seterusnya ialah menyasarkan pertubuhan-pertubuhan haram yang lain seperti Bersih,Negara-Ku,Royalti,ANAK,Suaram dan sebagainya.Semua ini perlu dibenteras dari terus menerus menipu rakyat.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Anonymous said...

Pertubuhan yg x berdaftar perlu diambil tindakan, x kiralah bawah krjn negeri..kalo rakyat berniaga xde lesen bukan main kena saman..kalo krjn negeri punya apasal nak kena lepas pulak?! kalo nak kata confirm nnt kena halang agak2la..rakyat yg nak berniaga lesen apply x dpt, kena reject..boleh je rakyat terima..apasal pulak krjn negeri x boleh terima pulak?! semua benda nak jd isu politik kalo kena kat diaorg ni..rubbish!

 
 
Blogger Templates