Memang ada kebenaran tapi apa yang sebenarnya dikatakan MAIS.jom kita lihat kenyataan di bawah
Shah Alam : Aktiviti yang dibawa dalam program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' yang diadakan Ahad lalu di Central Park,Bandar Utama, Petaling Jaya,tidak seperti yang digambarkan oleh penganjur dalam surat permohonan kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Pengerusinya, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dalam satu kenyataan media hari ini,berkata beliau ada menerima cadangan mengadakan program itu dalam surat bertarikh 3 Oktober lalu dan membincangkannya dengan lebih lanjut dengan seorang daripada wakil penganjur.
"Saya difahamkan niat atau objektif penganjur program adalah untuk memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan kedudukan anjing dari segi perspektif Islam.Program ini juga meliputi latihan amali bagaimana hendak melaksanakan penyucian jika terkena atau tersentuh anjing. Mengambil kira objektif yang digariskan oleh penganjur, saya telah berbincang dengan Sahibus Samahah Datuk Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan program berkenaan kepada beliau," katanya.
Mohamad Adzib berkata, dalam surat bertarikh 3 Oktober itu, penganjur memaklumkan objektif program berkenaan adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam mengenai keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.Katanya,penganjur juga menyatakan program itu juga untuk memberi pendedahan mengenai keadaan bagaimana yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan; kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing kaedah untuk menyamak apabila berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan haiwan itu dan kaedah sertu serta penggunaan sabun yang diperbuat daripada tanah liat untuk tujuan penyucian.Beliau berkata,Mufti Selangor,dalam surat bertarikh 9 Oktober lalu, pula menerangkan walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada kepada manusia,Allah mengharamkan umat Islam untuk menyentuh haiwan itu dengan keadaan orang itu basah dan anjing itu kering dan sebaliknya.
"Persentuhan ini dianggap sebagai najis berat (mughallazah).Tetapi jika kedua-duanya kering,tidaklah dianggap najis.Oleh itu,jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, ia hendaklah ditambat di luar rumah untuk mengelakkan kita terlibat dengan najisnya.
"Perlakuan memegang,memeluk dan mencium oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari berkenaan amatlah dikesali kerana perlakuan itu bertentangan dengan hukum syarak," katanya.
Lihat komen mufti di bawah
ANDA NAK LAGI ???
KLIK DI SINI
UNTUK SELANJUTNYA
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Itulah sifat org munafik. Niatnya begitu halus dan jijik memusuhi Islam.
Post a Comment