Social Icons

Pages

Wednesday, October 08, 2014

BREAKING NEWS !!! #OKTOBERFEST DEDAH KEMELUT #PR MAKIN PARAH !!!


Sebelum ini kita semua maklum bahawa PR dilanda kemelut yang amat teruk dalam krisis pertukaran Menteri Besar Selangor baru-baru ini.Setelah mereka berhempas pulas selama beberapa bulan akhirnya Menteri Besar Selangor yang baru dilantik iaitu Azmin Ali yang selama ini bersengketa dengan Khalid Ibrahim dan hanya mengaku Anwar Ibrahim sebagai darah daging beliau.Belum pun reda kemelut tersebut 100%, kini Pakatan Selangor pula dilanda krisis isu Oktoberfest pula.Khalid Samad yang terkenal dengan kenyataan yang sentiasa berat sebelah membela pihak bukan Islam turut beraksi sekali lagi. 

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu,Khalid Samad,penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia kononnya tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.Beliau menggunakan alasan bahawa penganjuran pesta arak oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.Sebenarnya Khalid Samad ini buat-buat lupa dan tidak perasan bahawa Oktoberfest ini terang-terangan merupakan sebuah pesta bertemakan arak dan pihak penganjur jelas tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam.Program itu secara tidak langsung menzahirkan penghinaan dan tidak hormat kepada majoriti warganegara Malaysia beragama Islam yang sedang menyambut Hari Raya Aidiladha.Tambahan pula keterbukaan pihak kafir menganjurkan Oktoberfest ini telah menimbulkan suasana yang boleh mencemarkan imej sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. 

Tempoh penganjurannya yang panjang juga akan membawa keruntuhan moral dan kerosakan jati diri para belia yang sekali gus bertentangan dengan agenda kerajaan untuk membina generasi bermaruah.Walau apa pun alasan PR,hakikatnya mempromosikan Oktoberfest secara besar-besaran sememangnya telah mencabar sensitiviti umat Islam.Selain daripada itu,kerajaan Pakatan Selangor di bawah Azmin Ali telah menuduh kerajaan negeri di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama empat Exco PAS yang meluluskan penganjuran pesta arak,Oktoberfest.Perkara ini telah dinafikan memandangkan ianya merupakan satu fitnah.Permohonan pesta arak itu tidak pernah dibawa ke mesyuarat exco untuk diputuskan.apa akan jadi lepas ni,kita tungguuu

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates