Social Icons

Pages

Wednesday, November 05, 2014

BREAKING NEWS !!! #LIWATII !!! DEMO BESAR-BESARAN SABTU INI JIKA #ANWARIBRAHIM MASUK PENJARA ???


Apa jua drama yang cuba diputar oleh pembangkang di luar bangunan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya,1 fakta yang kekal sebagai fakta kes ialah dakwaan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari Azlan adalah satu kes jenayah.Semua orang tahu pimpinan pembangkang seperti Tian Chua dari PKR tidak akan peduli apa yang sedang dibicarakan dalam mahkamah sebaliknya akan terus memekak ia sebagai kes politik yang dimainkan oleh kerajaan untuk 'paku' bos besar mereka.Jadi apa nak hairan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Batu ini cuba nak gertak kerajaan sewaktu berucap kepada sekitar 200 penyokong pembangkang yang berhimpun di luar mahkamah semalam.Katanya gelombang Reformasi kedua akan dimulakan dengan demonstrasi besar-besaran di Dataran Merdeka pada Sabtu dan Ahad ini jika mahkamah itu mengekalkan keputusan Anwar bersalah.Siapa boleh lupa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pernah satu masa dulu berkata mereka tidak akan benarkan Anwar masuk penjara walaupun sehari kerana kes liwat kedua ini. 

Menarik juga kalau ada peluang untuk bertanya mereka apa agaknya drama jika katakan kes yang dibicarakan itu melibatkan adik,abang atau saudara terdekat masing-masing. Mahukah mereka menuntut keadilan untuk si peliwat itu ??? Jawabnya lu fikirlah sendiri.Para penjenayah tegar yang berdepan kes mahkamah mungkin gembira melihat aski segelintir penyokong pembangkang yang angkat sepanduk dan memekak untuk tekan mahkamah.Samada secara sedar atau tidak puak-puak ini sudah menghalalkan satu trend yang tidak wajar berlaku dalam sistem kehakiman negara.Apa lagi ini satu kes jenayah.Anwar ialah individu begitu juga Saiful yang ada hak masing-masing dari segi perundangan negara.Kes ini adalah antara mereka berdua yang telah lalui proses pengadilan dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan dan kini di Mahkamah Persekutuan. Ini juga bukannya kes sekelip mata yang diputuskan pakai Lampu Aladin.Sebaliknya telah melalui lebih 60 kali penangguhan dan sudah memakan masa hampir enam tahun lamanya sehingga ramai yang sudah jemu jelak mendengarnya.. 

Sepanjang menunggu keputusan kes ini,Saiful sendiri sudah berkahwin dan sudah ada anak. Bodoh sangat kalau pimpinan pembangkang tidak tahu fakta kes kecuali hendak buat-buat bodoh.Senang cakap berani buat...kalau salah berani tanggung. Lagak pimpinan pembangkang hendak terus mempertahankan satu kemungkaran dan jenayah kes jika Anwar tetap didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan nyata semata-mata kerana agenda dan matlamat politik.Sekalipun mengunakan cogankata 'keadilan' namun dikaca mata mereka orang kerdil seperti Saiful tidak ada hak untuk menuntut keadilan. Mereka merasa undang-undang ada dibawah tapak kaki mereka dengan memekak di demonstrasi,ceramah,road show atas nama 'rakyat hakim negara'.Gempak Tian Chua bunyinya bagai guruh.Apa lagi kalau bukan itu cara aksinya. Ikut cerita orang dalam,kalangan pimpinan pembangkang kebelakangan ini cukup resah bila melihat roadshow mereka untuk menarik simpati kepada kes Anwar gagal menarik hadirin yang diharapkan. 

Lihat saja bagaimana aksi di sekitar bangunan Mahkamah Persekutaan sejak kes rayuan terakhir ini mula dibicarakan.Paling ramai pun beberapa ratus orang sahaja dan ada hari hanya beberapa puluh orang saja.sepatutnya semalam dijangka hari terakhir perbicaraan pun hanya sekitar 200 saja yang memekak di luar kawasan mahkamah.Kini tandatanya terus berlegar apakah keputusan kes rayuan yang ditunggu-tunggu ini akan keluar hari ini.Ramalan popular ialah kemungkinan itu agak tipis melihat pada kesuntukan waktu perbicaraan.Ketua pasukan peguam pendakwa Tan Sri Shafee Abdullah selesaikan hujahnya pada sebelah tengahari.Ia kemudian diikuti oleh hujah balas pasukan peguam pembela Anwar.Jangkaan asalnya semalam adalah hari terakhir perbicaraan.Namun apa yang pasti perbicaraan kes ini akan dilanjutkan ke hari Khamis.Perbicaraan ditangguhkan selepas Shafee selesai dengan hujahnya jam 3.15 petang.Ketua panel Hakim Tun Ariffin Zakaria juga membuat keputusan berkenaan untuk membolehkan pasukan peguam bela Anwar membuat persiapan bert hujah balas. 

Sementara itu Shafee yang ditemui wartawan selepas itu jangka paling awal penal hakim membuat keputusan keatas rayuan berkenaan,tak mustahil hari Jumaat ini.Apapun beliau juga tidak tolak kemungkinan seminggu atau dua lagi baru hakim buat keputusan.Sebagai rekod,dalam kes-kes penting sudah menjadi kebiasaan penal hakim ambil masa selepas habis perbicaraan untuk teliti hujah dan sebagainya sebelum membuat keputusan.

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

4 comments:

Anonymous said...

Semakin hebat nampaknya permainan agen-agen yahudi ni..

Hj Mohammad Hj Dit said...

Hari Jumaat ini hari kiamat buta DSAI. PKR dan MPs PR yg Islam patut dah mula baca Talkin untuk DSAI. Sekurang2ny memohon Allah agar Hakim2 membuat keputusan dgn tepat supaya manusia munafik yg bernama Anwar Ibrahim di hantar kepenjara. Selepas ini Malaysia aman. PKR pun Aman. Yg akan meraung sakan Wan Azizah dan Nurul Izzah. Bapa borek bini dan anak pun berintik2. Allah maha kaya dan telah memberi segala masa dan ruang untuk kembali kepangkal jalan tetapi DSAI memang dengil dan melawan ugamanya sendiri. Inilah balasan untuk permulaan dari Maha Esa.

CuCuBahahman said...

Sepatutnya rakyat turun ramai-ramai dan beri sokongan kepada Saiful yang telah di"groom" atau di"jinak" secara halus bagi memuaskan nafsu serakah Anwar ini. Layanan luar biasa seorang tukang buat teh dan kopi ini telah di"jinak" dengan harta (sut James Bond), wang (elauan dan tip) , pangkat (setiausaha sulit) dan bercuti luar negara. Derita Saiful yang terperangkap dalam keadaan dilema ini telah tidak dapat di tahan lagi lalu dia membuat laporan polis dan menyerahakan segala2nya kepada Allah sebagai Hakim segala Hakim. Kini, Anwar sedang dan akan terima padahnya!!! Padan muka!!!. Bayangkan jika hal ini berlaku kepada anak kita, adik beradik kita, kaum keluarga kita atau seorang insan yang lain. Keadilan Untuk Saiful!!!.

Anonymous said...

Buat apa p bedemo buang masa saja . Kasi puas hawa nafsu nuar saja sedar2 la rakyat Malaysia.

 
 
Blogger Templates