Social Icons

Pages

Monday, December 15, 2014

BACA BIBLE DALAM PENJARA SETIAP HARI !!! BOLEH PERCAYA KERR #ANWARIBRAHIM NI ???


Dihadapan penganut kristian didalam Gereja Our Holy Family Church Kajang pada 07 Dis 2014,Anwar Ibrahim mengaku kerap membaca bibel 'every other day'!!! Salam 2 all. 

Dalam satu lapuran oleh media Malaymail.online bertarikh 07 Disember 2014 baru-baru ini,Anwar Ibrahim dipetik sebagai mengaku membaca bible semasa didalam penjara 'every other day' (sila rujuk laman www.themalaymailonline.com/malaysia/article/i-read-the-bible-every-other-day-in-jail-says-anwar.Anwar dilapurkan berkata demikian dalam majlis sambutan bersama Deepavali-Krismas di Gereja Holy Family Church Kajang pada 07 Disember 2014 lepas,iaitu gereja yang sama beliau membuat ucapan pada 16.02.2014 mempersetujui kristian boleh mengguna-pakai kalimah Allah.Sambil merujuk kepada Father George Harrison,paderi gereja Holy Family Church tersebut,Anwar dilapurkan memetik sebaris daripada Kitab John didalam bibel yang menyatakan 'only the truth can set you free - hanya kebenaran boleh membebaskan kamu'.Saya pernah menjadi peguam Anwar selama hampir 12 tahun dan sepanjang enam tahun beliau didalam penjara,saya antara peguam yang kerap menziarahi beliau di Penjara Sg. Buloh.Saya juga antara peguam yang sering membawa buku untuk Anwar,samada yang beliau pesan ataupun yang dikirim oleh orang-orang tertentu. 

Malahan semasa dibebaskan daripada penjara pada 02.09.2004,saya lah antara peguam yang telah diberi kebenaran oleh pihak penjara untuk mengemaskan dan membawa keluar semua buku-buku yang ada dalam bilik Anwar.Sepanjang ingatan saya,saya tidak pernah melihat ada bibel didalam bilik Anwar atau didalam simpanannya.Saya sendiri tidak pernah melihat beliau membacanya.Tapi mungkin juga beliau membacanya semasa ketiadaan saya,atau mungkin juga beliau menyorokkan bibel tersebut supaya saya tidak nampak.Apa pun,memandangkan Anwar sendiri mengaku cara terbuka beliau ada membaca bibel 'every other day' selama didalam penjara, saya mahu tanya Anwar adakah beliau pernah membaca ayat-ayat berikut : 

1. Leviticus 20:13 - 'if there is a man who lies with a male as those who lie with a woman, both of them have committed a detestable act; they shall surely be put to death.Their blood guiltiness is upon them'. 

Terjemahan - Imamat 20:13 - 'dan jika ada lelaki yang bersetubuh dengan lelaki lain,mereka melakukan perbuatan keji dan hina dan kedua-duanya harus dihukum mati.Mereka mati kerana kesalahan mereka sendiri'.

2. 1-Corinthians 6:9 - 'do you know that the unrighteous will not inherit the kingdom of God? Do not be deceived; neither fornicators, nor idolaters, nor adulterers, nor effeminate, nor homosexual (including sodomist)...will inherit the kingdom of God' 

Terjemahan - 1-Korintus 6:9 - 'adakah kamu tahu bahawa mereka yang tidak patuh kepada kemauan tuhan tidak akan mewarisi kerajaan tuhan?

Jangan tertipu;orang yang buat cabul,penyembah berhala,penzina,pelaku homoseks (termasuk liwat & sodomi)...tidak akan mewarisi kerajaan tuhan'. 

SOALAN : 1. Jadi saya nak tanya soalan pertama kepada Anwar,kalau benar dia dah baca bibel every other day selama dalam penjara,adakah dia pernah membaca ayat-ayat diatas? Jika pernah baca,saya nak tanya Anwar adakah dia rasa layak mewarisi pemerintahan dan kerajaan tuhan? Dan adakah Anwar rasa dia layak jadi Perdana Menteri Malaysia ini? 

2. Saya juga nak tanya Anwar,selain daripada bibel,pernahkah dia baca kisah kaum Lut dan pengamal homoseks dan liwat seperti yang diceritakan didalam Al-Quran,antaranya dalam Surah-surah Al-A'raf 7:80-84, Asy-Shu'ara 26:165-174, Hudd 11:80-81, Al-Hijr 15:51-60.Kalau benar Anwar pernah membaca bibel,adakah Anwar tahu kisah-kisah ini juga diceritakan didalam bibel didalam buku Romans 1:26, Romans 1:27, Genesis 19:5-7, Leviticus 20:13, 1-Corinthians 6:9 dan beberapa lagi buku didalam bibel yang menceritakan kisah pengamal homoseks ini? 

3. Saya juga nak tanya puak evangelista dan para penganut kristian didalam DAP dan dikalangan penyokong pakatan pembangkang,adakah mereka pernah membaca ayat-ayat diatas yang terkandung didalam bibel mereka? Jika mereka pernah baca,adakah mereka masih mahu menjadikan Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka dan mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia? 

Soalan cepumas yang saya mahu tanya Anwar dan para penyokongnya,Anwar memetik sepotong ayat didalam kitab John dan menyatakan bahawa kebenaran akan membebaskannya.Persoalannya, adakah jika Mahkamah Persekutuan tidak membebaskannya daripada pertuduhan meliwat pembantunya Saiful,maka adakah Anwar bermaksud pertuduhan itu ada kebenarannya? 

Wallahua'lam dan wassalam. 

Adios amigos,grasias senor. 
Zulkifli Bin Noordin 
Jumaat 
19 Safar 1436 
12 Disember 2014

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates