Social Icons

Pages

Monday, December 15, 2014

#CAARESOURCES !!! YANG KENYANG KELANTAN,YANG KENA KUTUK TERENGGANU !!! APA CERITA NI ???


Menteri Besar Terengganu,Datuk Seri Razif Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa syarikat CAA Resources dimana pemiliknya mendakwa membayar rasuah beratus juta ringgit untuk mendapat hak melombong di Bukit Besi,tidak pun wujud di negeri tersebut,apatah lagi punyai hak untuk melombong di Bukit Besi.Sebaliknya kata Razif,ada kemungkinan kawasan yang dimaksudkan terletak di Kelantan dimana CAA Resources ada kepentingan perniagaan melalui kerjasama dengan satu syarikat lain di negeri tersebut.Kenyataan ini ada rasionalnya sebab sebagai orang luar,dia mungkin maksudkan bukit yang banyak besi,diringkaskan jadi bukit besi. 

Benda macam ini pernah berlaku pun sebelum ini,apa nak dihairankan.Apa sekalipun,pengesahan ini menutup mulut PAS yang begitu teruja dengan dakwaan hearsay pemilik CAA Resources,Lee Yang kepada sebuah akhbar di New York mengenai perkara tersebut.Silap-silap selepas ini,kerajaan Terengganu takda kena mengena,kerajaan Kelantan yang mereka perintah pulak menghadapi tekanan untuk menjawab kaitan kerajaan negeri dengan CAA Resources ini sebab ikut Ahmad Razif,laporan tahunan syarikat itu untuk tahun 2013 ada menyebut tentang kepentingan mereka di Kelantan,bukan di Terengganu. 

Jadi,saya nak minta penjelasan kerajaan Kelantan sekarang,benar atau tidak mereka ada hubungan perniagaan dengan CAA Resources dan kalau ada,bagaimana hubungan perniagaan itu berlaku.ikut jalan lurus atau ikut jalan bengkang bengkok ??? Perkara ini penting untuk dijawab sebab selepas dakwaan hearsay Lee Yang itu tersebar,macam-macam fitnah dilemparkan kepada UMNO dan kerajaan Terengganu,apa sekali rupanya mereka yang ada kepentingan (ikut pada kenyataan Razif).Nasib baik PAS ada otak sikit bila SECARA RASMI mereka tidaklah menuduh tapi guna perkataan ‘mendakwa’ dan dituruti dengan ‘sila siasat’.Tapi lain ceritanya dengan balaci dibawah,hilang semua cerita tuntutan agama supaya disertakan bukti dan saksi,terus tuduh UMNO dan kerajaan negeri Terengganu sebagai korup.Kalau tidak,tinggal seluar dalam sajalah Hadi Awang kena saman

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

No comments:

 
 
Blogger Templates