Gambar di atas dirakamkan di Bukit Gedung,Bayan Baru.sebelum ini,Lim Guan Eng kelam-kabut cuba membela dirinya selain cuba menyembunyikan kecenderungannya kepada PKM dan Chin Peng apabila mengarahkan konco-konconya membuat laporan polis terhadap mana-mana pertanyaan untuk kepastian tentang keputusan Kerajan Negeri Pulau Pinang yang diketuainya menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng.Sepanjang penafian Lim Guan Eng tentang hasrat Kerajaan Negeri untuk menukar nama Pesiaran Gurney kepada Pesiaran Chin Peng,tidak pernah sekalipun Lim Guan Eng menyatakan kebencian atau penentangan terhadap fahaman komunis, sekalipun kalau diikutkan rekod sejarah, PAP dan Lee Kuan Yew amat membenci dan memusuhi komunis sehingga sanggup mengenepikan egonya dengan mencadangkan penubuhan Malaysia pada sekitar 1961 bagi menyelamatkan diri dan PAP daripada kehilangan kuasa di Singapura.
Sebaliknya Lim Guan Eng dan DAP pula bersungguh-sungguh mahukan kerajaan Malaysia membuat pengiktirafan ke atas Chin Peng dan Parti Komunis Malaya terutama menerusi desakan agar abu mayat Chin Peng dibenarkan dibawa masuk ke Malaysia dan disemadian di negara ini kononnya Chin Peng adalah pejuang negara walaupun hakikatnya,Chin Peng tidak pernah menjadi rakyat negara ini.Dua minggu lepas,Parti Komunis Malaya dan bekas anggota-anggota serta penyokong dan ahli keluarga mereka telah mengadakan majlis makan malam,dalam cubaan untuk mengembangkan pengaruh dan mendapatkan sokongan terutama apabila melihat isyarat sokongan yang semakin besar dari kalangan generasi muda Melayu yang bukan sahaja malas membaca dan mengkaji sejarah tetapi lebih berminat dengan sejarah yang berpihak kepada komunis yang dikarang oleh komunis dan disebarluas oleh komunis.
Kenyataan yang diperakui sendiri oleh anggota PKM yang menyanjungi dan berterima kasih kepada Lim Guan Eng kerana menulis sesuatu untuk majlis makan malam tersebut, menunjukkan sokongan dan kekaguman kepada Komunis dan Chin Peng.
Menulis ungkapan baik atau puji-pujian merupakan salah satu budaya Cina yang masih diamalkan sehingga sekarang.
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
1 comment:
Kesian macai-macai kena kencing kah kah
Post a Comment