Social Icons

Pages

Thursday, February 19, 2015

KANTOI !!! #KR1M !!! PENIPUAN PEMIMPIN #DAP @LIMLIPENG DIDEDAHKAN !!!


kantoi sudah !!! apa cerita ni lim lip eng ??? lain kali jangan nak menipu rakyat jerr !!! kan dah kena balun !!! jom kita lihat statement di bawah

Pengarah Urusan Kedai Rakyat 1Malaysia Datuk Dr Ameer Ali Mydin gesa wakil rakyat DAP tidak perdaya pengguna. 

Jangan memperdayakan pengguna,semak fakta anda dulu,kata Pengarah Urusan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Datuk Dr Ameer Ali Mydin kepada Lim Lip Eng berhubung dakwaan yang dibuat wakil rakyat DAP itu mengenai harga barangan di KR1M.Katanya,kenyataan ahli Parlimen Segambut itu yang mengatakan KR1M menjual sesetengah barangan pada harga lebih mahal dari pasar raya,adalah tidak berasas.Lim pada satu sidang akhbar di luar salah satu outlet KR1M di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur,hari ini memberi contoh 1 liter peluntur dijual pada RM1.29 sebotol di pasar raya besar tetapi RM2.60 di KR1M.

“Lim membandingkan peluntur KR1M yang mengandungi 5.25% sodium hipoklorit yang dijual pada RM2.60 dengan peluntur Tesco Everyday Value yang mengandungi 4.25% sodium hipoklorit dijual pada RM1.29,sedangkan dia seharusnya membandingkan antara peluntur KR1M itu dengan peluntur Tesco Choice yang juga mempunyai kandungan 5.25% sodium hipoklorit dijual pada RM3.05.Ini jelas menunjukkan Lim bukan saja cuba memperdayakan orang ramai tetapi juga bercakap tanpa berfikir panjang, tanpa melakukan penyelidikan rapi terlebih dulu," kata Ameer. 

Katanya,sangat jelas yang KR1M bukan saja menjual barangan berkualiti pada harga rendah,tetapi dalam kes ini,peluntur KR1M lebih murah 17% dibandingkan dengan peluntur Tesco Choice.Katanya,kandungan 5.25% sodium hipoklorit dalam peluntur KR1M sama standard dengan jenama peluntur lain yang terkenal di pasaran.Ameer menggesa Lim bersama-sama berusaha ke arah mencapai matlamat yang sama untuk mendesak peruncit dan pengilang menurunkan harga barang supaya rakyat Malaysia boleh menambah nilai kepada wang mereka."Kita sudah cukup menderita.Kita tidak perlu lebih banyak maklumat salah,tetapi perlu maklumat yang betul supaya kita membuat keputusan betul dengan bermaklumat.Fikirkan tentang mereka yang miskin,tidak pernah merungut, malah berterima kasih, kerana dengan adanya KR1M, mereka boleh membeli barangan dengan harga lebih murah tanpa perlu kompromi kualitinya," katanya. 

Lim hari ini berkata,banyak aduan diterimanya berkenaan harga barangan KR1M yang dikatakan lebih tinggi berbanding barangan dijual di pasar raya besar dan kualiti produk itu.Oleh itu,beliau menujukan soalan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,bertanya sekiranya rakyat Malaysia harus juga memboikot KR1M susulan gesaan menteri itu baru-baru ini agar pengguna memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barang. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

1 comment:

Zawawi Japilos said...

Dalam usaha rakyat bergelut menghadapi krisis kenaikan harga barang, KR1M terlebih dahulu naikkan harga barang.Setiap bulan pasti ada barang naikkan harga. kerajaan Najib dah usaha nak bantu rakyat tapi apa guna kalau ada KR1M jika harga lebih tinggi dari barangan di kedai runcit biasa. Biskut Krim pun dari mula buka rm2.60 dah jadi rm3.++.

 
 
Blogger Templates