minggu ini saya percaya ramai pemerhati politik dan rakyat Malaysia sedang mengalirkan air mata selepas membaca kenyataan media oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah yang mendakwa ayahnya iaitu Anwar Ibrahim sedang menderita sakit belakang sejak dihantar mendiami Penjara Sungai Buloh.Tapi air mata yang mengalir itu bukanlah disebabkan kesedihan sebaliknya dek kerana masing-masing terasa geli hati sampai ketawa terbahak-bahak tak kering gusi mengenangkan tayangan sandiwara meraih simpati lakonan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan keluarganya kini sudah bermula.Dah kering idea agaknya asyik mengulang tayang skrip yang sama seperti di zaman reformasi terlepas kerusi 1998- 2004 dulu,tapi saya yakin akan tetap ada penyokong Anwar yang akan termakan dengan sandiwara alaf baru ini yang diberi sentuhan serba baru demi nak raih simpati umum.Baru menghuni penjara tak sampai seminggu sudah sakit belakang,yang menariknya berminggu-minggu ke sana ke mari buat roadshow ‘Rakyat Hakim Negara’ sebelum dikenakan hukuman penjara tak pulak timbul masalah sakit belakang.Bercuti sambil berbasikal,menunggang kuda di luar negara boleh pula,dukung dan lambung cucu tak juga sakit belakangnya.
Setahun dua sebelum PRU-13 Anwar dilihat ke hulu hilir naik bas,naik jet untuk berceramah di seluruh negara sekali pun tak diungkit masalah sakit belakang.Habis PRU-13 buat lagi himpunan sana sini terpekik terlolong tak juga terdengar masalah sakit belakang.Sekarang bila masuk penjara sakit belakangnya terus sahaja datang.Logik kerrr ???
Sakit belakang apanya kalau boleh berdiri dan duduk serta berceramah sana sini dengan senang hati selama ini ??? Orang lain sakit belakang dia akan kurangkan ke hulu hilir sebaliknya lebih banyak merehatkan badan untuk mengurangkan kesakitan.Anwar pula tak pernah duduk diam,ada sahaja onar dibuatnya.Bagi kita yang waras kita faham semua itu hanya sandiwara Anwar dan keluarganya untuk raih sokongan dengan cara menipu masyarakat.Tapi bagi penyokong Anwar,kisah-kisah bodoh sebegini sudah cukup untuk mereka jadikan alasan untuk buat onar berdemo di jalanan melepaskan amarah yang tak tahu hujung pangkal.Dulu dengan menggunakan alasan sakit belakang Anwar dan keluarganya mendesak Kerajaan membebaskan Anwar untuk berubat di Jerman konon rawatan dalam negeri tidak meyakinkan.Disebarkan ceritera konon Anwar tidak boleh berdiri dan berjalan,hanya terpaksa duduk atas kerusi roda untuk ke sana ke mari dalam penjara dan hospital.
Disebabkan perkara yang sama NGO dan penyokong Anwar pun membuat demonstrasi jalanan menuduh Kerajaan menzalimi Anwar bila tidak diberi pelepasan meninggalkan negara.Mereka percaya buta meski pun rakaman video di hospital tika itu menunjukkan Anwar boleh berdiri dan duduk sesuka hati.Berdasarkan sejarah sandiwara Anwar yang penuh penipuan itu kita boleh jangkakan dalam tempoh waktu terdekat ini alasan Anwar sakit belakang akan diguna pakai untuk tujuan politik PKR,silap-silap mereka desak supaya Anwar segera dibebaskan konon atas dasar perikemanusian.Tak mustahil juga disebabkan perkara yang sama dimanfaatkan untuk desak campur tangan luar seperti dahulu.Anwar dan keluarga 69 nya kita kena akui kehebatan mereka sekeluarga dalam bab putar belit,menipu dan bermain propaganda untuk raih simpati politik.
Dulu Wan Azizah pernah dakwa Anwar disuntik dengan darah HIV positif,tak mustahil selepas sandiwara sakit belakang cerita yang sama berulang.Malah kita tak boleh tolak kemungkinan kisah keracunan arsernik dulu pun diulang kembali dengan sentuhan skrip baru untuk mengabui kewarasan akal penyokong PKR.Jangan terkejut kalau beberapa waktu dari sekarang misalnya bila ada kes lain dibicarakan di mahkamah,tiba-tiba Anwar berkerusi roda dan tengkuknya pula ada penyokong leher seperti dulu.Dalam keadaan terdesak Anwar akan lakukan apa sahaja.Demikian dengan keluarga puaka 69 yang akan mainkan peranan sebaiknya untuk kepentingan mereka sekeluarga.
Gen Y vigil dan demo di sogo,mereka makan sedap di hotel 5 bintang !!! muahahaha
APA KATA ANDA ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment