Social Icons

Pages

Monday, March 30, 2015

DEMO #KITALAWAN !!! @KBAB51 @PDRMSIA MEMBELASAH #PAKATAN #PEMBANGKANG KAW-KAW !!!


Polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang sengaja menghasut rakyat untuk tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara.Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata,Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghormati kebebasan untuk bersuara seperti yang dibenarkan Perlembagaan Persekutuan.Namun begitu menurutnya,polis tidak akan membenarkan kebebasan bersuara itu digunakan untuk menghasut agar sistem yang ada di negara kita ini tidak dihormati.Jelasnya lagi, anskap tindakan turut berubah mengikut ancaman di media sosial yang semakin kompleks.

“Hanya kerana keputusan mahkamah tidak memihak kepada kumpulan tertentu ia tidak bermakna mereka mempunyai kebebasan untuk menghasut.Oleh itu sebarang kegiatan yang menghasut orang ramai supaya tidak menghormati sistem yang mengikut undang-undang dan perlembagaan akan diambil tindakan,” tegas beliau merujuk kepada penganjuran himpunan #KitaLawan.Khalid berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-22 Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di ibu negara oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Ahad.Turut hadir,Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye.Dalam pada itu tegas Khalid semua tangkapan yang dilakukan adalah berdasarkan lunas undang-undang sedia ada dan bukannya sekadar tangkapan. 

“Mana-mana tangkapan dibawah kesalahan Akta Hasutan adalah dibuat mengikut Undang-undang dan Peraturan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara.Mereka tidak menghormati peraturan dan Undang-undnag yang termaktub dalam Sistem Perlembagaan kita,itu kita tidak boleh kompromi,” katanya.Beliau berkata demikian bagi mengulas kes tangkapan terbaharu yang melibatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad yang dibuat PDRM di rumahnya pukul 3.20 pagi tadi.Tambahnya,tidak mengira siapa dan kepada yang sengaja mengajak orang tidak menghormati sistem yang sedia ada di negara, akan diambil tindakan tegas.Terdahulu,Polis turut menahan Naib Presiden PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli bersama aktivis Hishamuddin Rais yang ditahan Jumaat lalu.Mereka direman 3 hari bagi tujuan siasatan lanjut.Sejak himpunan #KitaLawan mula diadakan pada setiap Sabtu setelah Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara lima tahun atas kesalahan meliwat, tujuh ahli parlimen pembangkang sudah ditahan polis, selain beberapa ahli politik Pakatan Rakyat yang lain serta aktivis himpunan itu. 

Mereka ialah Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai,Nurul Izzah Anwar,Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli,Ahli Parlimen PKR Batu,Tian Chua,Ahli Parlimen DAP Rasah,Teo Kok Seong,Ahli Parlimen PAS Kuala Krai,Dr Hatta Ramli,Ahli Parlimen PKR Sungai Siput,Dr Michael Jayakumar Devaraj dan terbaru pada jam 3.20 pagi tadi, hli Parlimen PAS Shah Alam,Khalid Samad.Turut ditahan ialah aktivis sosial,Hishammuddin Rais,ahli Sekretariat #KitaLawan Fariz Musa serta beberapa individu lain termasuk dua mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Tindakan polis itu dikiritik hebat dan dituduh sebagai usaha untuk mengancam atau menakut-nakutkan orang ramai untuk berhimpun bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan. - BNBBC 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

2 comments:

Anonymous said...

Mesti seram kalau seseiapa kena sama lock-up dengan PONDAN BABI TUA hisham rais!!!

Anonymous said...

Admin...sepatutnya iklan macam Ibu Puspita ni jangan disiarkan...berjudi (Toto 6D) tu kan haram bagi orang Islam. Mengarut ajer Ibu ni!!!

 
 
Blogger Templates