Social Icons

Pages

Wednesday, March 04, 2015

FAKTA !!! KENAPA #LIMKITSIANG TAKUT SANGAT DENGAN PEMBENTANGAN HUKUM #HUDUD ???


hari ini Lim Kit Siang menggesa Kerajaan Negeri Kelantan untuk menangguhkan meminda enakmen syariah negeri itu bagi membolehkan pelaksanaan hudud sehingga ia selesai dibentang di Majlis Pimpinan Pakatan Haram.Katanya,pindaan enakmen itu belum lagi dibentang di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Haram sebagaimana yang diputuskan pada 8 Februari lalu,sebelum Ketua Umum PKR,Datuk Seri Anwar Ibrahim disumbat kembali ke penjara.Jadi,pada Kit Siang,hudud perlu dibentang kepada Majlis Pimpinan Pakatan Haram terlebih dahulu.Kemudian,ia perlu dikaji sedalam-dalamnya di dalam majlis berkenaan sebelum keputusan mengenainya dicapai.Sebenarnya saya tertanya-tanya,kenapa DAP “kalut” sangat sekiranya PAS membentang hudud pada 18 Mac ini ??? Yang bakal dibentang itu adalah pindaan hukum jenayah yang membabitkan kuasa Syariah sahaja.Malah sekiranya diluluskan sekali pun pindaan enakmen tersebut,ia hanya akan dikuatkuasa di negeri Kelantan sahaja.Saya lebih pelik,mengapa Kit Siang,Guan Eng,DAP dan PKR takut sangat pada hudud ??? 

Ketika mana undang-undang Syariah lain dibentang,dibentuk,diluluskan dan dilaksanakan,tidak pun mereka bantah.Sebagai contoh,hukum takzir dan qazaf pernah dibentang,dilulus dan dilaksanakan.Malah sebahagian dari hukum qisas yang mampu digubal di Malaysia turut termaktub di dalam undang-undangg Syariah Malaysia.Sekiranya diteliti,hukum-hukum berkenaan berkait rapat juga dengan jenayah syariah sebagaimana hudud.Tapi kenapa DAP tidak bantah undang-undang berkenaan ??? Atau DAP hanya buat bantahan secara “terpilih” ??? Atau DAP memang tidak dapat menerima undang-undang Islam di Malaysia secara keseluruhan ??? Jika dibentang dan diluluskan pindaan enakmen jenayah Syariah itu,apa kena mengena dengan Kit Siang ??? Pernahkah Kit Siang didakwa di bawah undang-undang Syariah sebelum ini di Malaysia ?? Pernah dia ditangkap khalwat atau zina ??? Apa hak Kit Siang untuk mempersoal tentang hal ehwal agama Islam di Malaysia ??? 

Sudah termaktub di perlembagaan negara tentang kedudukan istimewa Islam.Jadi kenapa dipersoal dan didesak oleh Kit Siang yang jelas bukan Islam ??? Apakah “Patriot Malaysia” itu tidak tahu bagaimana untuk menghormati hak dan keistimewaan Islam di negara ini ??? Perlu juga Kit Siang ingat bahawa Kerajaan Negeri Kelantan ditadbir oleh PAS sepenuhnya.Lagipun, Pakatan Haram itu sememangnya dari awal lagi tidak berdaftar,malah tidak mempunyai sebarang perjanjian atau undang-undang bertulis yang diperakui sah.Hakikat itu diakui sendiri oleh Setiausaha Agung PKR,Rafizi Ramli,sebelum ini dalam satu kenyataan.Jadi,Kit Siang atau DAP tiada hak untuk “mengajar” atau memaksa PAS untuk tunduk pada kehendak DAP dalam hal ehwal membabitkan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan,termasuk tentang pembentangan hudud. 

Justeru itu,saya menyarankan supaya “patriot Malaysia” itu sedar diri dan tahu di mana kedudukan DAP di mata PAS.Dengan suasana riuh-rendah para pemimpin DAP yang menghentam,mengugut dan memperlekeh PAS kini,apakah Kit Siang fikir parti itu akan menurut kehendaknya ??? Jangan mimpilah.Saya bukan ahli,penyokong atau “patriot Malaysia”.Saya sekadar seorang Islam,berbangsa Melayu dan merupakan bumiputera Malaysia yang sah hanya tinggal di luar negara dan saya tahu apa hak saya sebagai seorang muslim,bangsa Melayu dan bumiputera Tanah Melayu. 

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates