Social Icons

Pages

Wednesday, March 04, 2015

FAKTA !!! PM @NAJIBRAZAK !!! #PULAUPINANG WAJAR DIKEMBALIKAN KEPADA #KEDAH !!!


- Pengenalan

PADA tahun 1786, Sultan Abdullah Mukarram Shah yang memerintah Kedah pada ketika itu, menyerahkan Pulau Pinang kepada wakil dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), Francis Light melalui satu perjanjian penyewaan.Light kemudian menamakan semula Pulau Pinang sebagai Prince of Wales, pangkalan British yang pertama pernah ditubuhkan di Tanah Melayu. Adakah penyerahan Pulau Pinang menerusi perjanjian penyewaan ini sah di sisi undang-undang antarabangsa?

Sejarah

Malaysia sebelum menjadi sebuah negara yang kita kenali hari ini, pernah dikuasai oleh beberapa kerajaan Melayu pra-penjajahan seperti Srivijaya, Majapahit, Kedah, Melaka, Brunei, Johor dan Aceh. Kedah adalah kerajaan tertua di kalangan kerajaan-kerajaan Melayu ini. Kedah telah diasaskan pada tahun 630 Masihi, lebih dikenali sebagai Kadaram pada ketika itu.Kedah pernah menjadi penguasa yang berpengaruh melampaui kawasan-kawasan yang kini menjadi wilayah negeri Kedah sekarang ini. Sewaktu era kegemilangannya, Kedah mempunyai pelabuhan yang kaya-raya dan catatan Tamil lampau memberikan Kedah julukan ‘kota segala kebahagiaan’.

Walaubagaimanapun,Kedah telah dijadikan negeri naungan Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu ulung yang berpusat di Palembang pada kurun ke-7 Masihi.Setelah keruntuhan Empayar Srivijaya pada kurun ke-13 Masihi, Kedah telah menjadi negeri vassal atau negeri bawahan empayar-empayar lain yang lebih berpengaruh di rantau ini seperti Majapahit, Kesultanan Melaka dan Siam. Kedah kemudiannya diletakkan sebagai negeri lindungan Inggeris setelah Perjanjian British-Siam dimeterai pada tahun 1909 di Bangkok.



Menjelang kurun ke-18 Masihi,Kedah muncul sebagai sebuah negeri Timur yang lemah,diapit oleh jiran-jirannya yang lebih berpengaruh iaitu Burma dan Siam.Kedua-dua kuasa serantau ini amat agresif dan sering berperang lalu mengancam kelangsungan Kesultanan Kedah.

Sewaktu pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah, Kedah telah mula mengirim bunga mas kepada Siam sebagai tanda mengiktiraf ketuanan Siam ke atas Kedah. Amalan ini telah dimulakan sejak tahun 1781.Namun begitu,terdapat juga pendapat bahawa pengiriman bunga mas oleh Kedah kepada Siam hanyalah sebagai tanda persahabatan di antara kedua-dua kerajaan dan tidak sama sekali menghakis kedaulatan Kesultanan Kedah.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
Post a Comment
 
 
Blogger Templates